Menantu tumpang rumah saya tapi sekarang dia mula buat macam2 untuk halau saya keluar dari rumah sendiri

Mulanya menantu minta nak duduk bilik saya sebab besar, nak tidur dengan anak – anak yang kecil. Sekarang anak dah besar, saya kena tidur sekali dengan cucu. Saya perasan barang saya banyak yang dah kena buang, dia memang nak halau saya keluar. Saya nekad bincang dengan anak – anak yang lain untuk jual rumah..

#Foto sekadar hiasan. Sebelum berumahtangga, lebih tepat ketika bercinta, tidak ada pasangan memikirkan bahawa perkahwinannya ini akan berjalan seiringan dengan seribu kekeliruan, perbaIahan, persengketaan, dan seterusnya berakhir dengan perpisahan.

Semua pasangan mendoakan perkahwinannya akan berakhir hingga ke akhir hayat di samping anak – anak dan cucu untuk meneruskan generasinya nanti. Tetapi kita merancang Allah menentukan. Demikian juga dengan doa ibu ayah, yang sentiasa mengharapkan anak – anaknya hidup aman damai bersama pasangan masing – masing hingga ke akhir hayat.

MaIangnya bila harapan dan doa tidak menjadi seperti dirancang, rasa kecewa sentiasa bertahta di d4da. Pembaca boleh panggil saya dengan nama Puan Mizan. Saya tidak pernah menduga runsing, gusar dan kecewanya hati ini, ketika anak perempuan saya, Uni, mengadu dia tidak tertahan lagi dengan per4ngai suaminya yang bukan sahaja garang tetapi suka menengking dan tidak pernah berpuas hati dengan apa juga yang dilakukan di dalam rumahnya.

Kerana kami duduk serumah, maka saya nasihatkan Uni bersabarlah, mungkin dia rimas dengan kerenah anak – anak yang masih kecil, dan saya suruh dia tumpukan perhatian kepada anak – anak dan jangan ganggu ayahnya terutama ketika balik kerja.

Bertahun juga Uni bersabar dan besarkan anak – anaknya sendiri hingga terp4ksa berhenti kerja. Nasihat saya jagalah suami demi masa depan, dan bersabarlah mungkin dia akan berubah satu hari nanti. Dengan penuh rasa duka di d4da, Uni terp4ksa hadapi per4ngai suami yang memang dibencinya itu.

Dan masa berlalu begitu pantas, tanpa saya sedari suami Uni bernama Kir sudah berubah mula membenci saya pulak. Awalnya memang saya tidak sedar saya fikirkan dia masih bersungut, mengeloh dan tak puas hati dengan Uni, saya pun diam, rupanya dia membenci saya.

Saya mula sedar setiap kali sed4ra mara saya datang berbual dengan saya, dia tunjuk per4ngai buruknya tidak mahu tegur atau menyapa sed4ra saya, apa lagi mahu bersalam. Dia anggap sed4ra saya yang datang macam tak wujud depan matanya.

Bila saya panggil Kir kerana nak kenalkan dengan sed4ra saya, dia terus berjalan tanpa menoleh kepada kami. Ya Allah malunya . Kata saud4ra saya biarkan mungkin dia ada masalah di pejabat. Peliknya bukan dengan seorang saud4ra, tetapi dengan setiap tetamu yang datang, tak kira saud4ra atau kawan – kawan saya yang nak jumpa saya, dia tak mahu tegur apalagi memandang mereka.

Lagi teruk baki air panas yang saya buat untuk minuman tetamu dia akan buang, kalau saya gunakan air perasa miliknya yang dia beli, dia akan sorok tak bagi saya buat minuman tambahan. Sekali dua dia buat per4ngai, mungkin saya rasa dia tak sengaja, tetapi kalau itulah per4ngainya setiap kali tetamu datang, maka jelaslah dia bencikan saya.

Lagi terang, dia tidak mahu berbual dengan saya, sebaliknya kalau ada makanan yang dia beli dia tak suka kalau saya makan. Buruk per4ngainya membuat sed4ra mara dan rakan – rakan mula tak mahu datang ke rumah saya lagi.

Setiap kali saya mahu bertanya Kir secara bertentang mata, tentang apa yang dia tak suka pada saya dan saud4ra mara saya yang datang, dia langsung tak pandang muka saya, dia jalan terus tidak mahu bercakap sepatah pun dengan saya.

Kalau ketika itu dia nak masuk bilik, dia akan tutup pintu sekuat hati sebagai tanda protesnya pada saya. Itu per4ngai sombongnya kalau tetamu datang. Tambah teruk lagi dia mula sekat apa juga makanan yang saya makan yang dia beli.

Dulu per4ngainya tak seperti ini, walaupun dia agak pendiam, tetapi tambah teruk bila dia mula menghempas barang – barang milik saya atau dia buang terus barangan saya kalau dia tak suka. Bila saya tanya Uni mengapa per4ngai Kir sem4kin teruk.

Kata Uni itulah per4ngainya yang membuat dia selalu tak puas hati dan minta berpisah dulu. Marah tak tentu pasal. Namun kerana mereka sudah lama berkahwin dan anak – anak pun sudah besar, saya terp4ksa sabar, tetapi berapa lama tahun lagi saya mesti bersabar.

Pernah sed4ra datang ke rumah, saya jamu makan nasi. Bila dia balik kerja, dia terus ke dapur dan saya dengar dia cakap dengan anaknya, katanya, “beras ni aku beli untuk korang makan bukan orang lain.” Tersentap kami yang sedang makan ketika itu.

Bila nak balik, saud4ra saya ajak saya ke kedai, dia beli beras, ayam, daging, gula kopi dan setin Milo dan beri sedikit duit untuk saya. Terk3jut saya, katanya kita dah tua jangan menyusahkan anak menantu, dan saud4ra saya suruh saya pindah rumah.

Hah! Apa saya kena pindah? Kenapa saya mesti pindah, ini rumah saya, di sinilah bina keluarga dari anak pertama hingga anak keempat. Bia suami meninggaI, saya tetap di sini, besarkan anak – anak, hantar mereka belajar dan setelah mereka bekerja saya kahwinkan mereka.

Benar bila suami meninggaI harta suami mesti difaraidkan. Tetapi saya ada anak lelaki dan perempuan, tidak ada siapa boleh halau saya keluar dari rumah ini, sebab saya besarkan dan sekolahkan anak – anak sendirian. Susah payah saya usaha sendiri, saya tak minta duit orang lain. Apa lagi meminta minta pada saud4ra mara.

Setelah mereka berkahwin, semuanya pindah bina keluarga sendiri, menyewa dan ada yang beli rumah. Kecuali yang seorang ini. Uni pernah ajak suaminya pindah, beli rumah sendiri, tetapi suaminya tak mahu pindah, tetap nak duduk rumah kami ini.

Pada awalnya bila tanya kenapa tak menyewa rumah sendiri? Kir bagi alasannya dia suka duduk rumah saya. Jadi takkan saya nak halau dia keluar rumah, bila dah ada anak saya beri dia duduk bilik saya yang besar sebab dia kata nak tidur dengan anak – anak yang masih kecil, bilik dia kecil, jadi saya pindah bilik kecil.

Bila anaknya sudah besar saya pulak kena kongsi bilik dengan anak perempuannya. Eh apa dah jadi. Tetapi fikirkan cucu, maka saya terp4ksa beralah. Tetapi saya terasa diri dipinggirkan. Kir buat saya macam saya menumpang rumahnya.

Dia control makan minum saya setiap hari bila balik kerja dia tanya anaknya, “siapa makan rendang ayam ini? Siapa makan kuih ini? Biskut ini aku baru beli dah habis sapa makan?” Aduh s4kitnya hati saya. Perbuatannya memang meny4kitkan hati.

Kir buat saya macam saya menumpang rumah dia. Bila kawan dan saud4ra suruh saya pindah, kerana mereka bersimpati dan sedih dengan nasib saya, saya jadi tambah sedih, kerana rumah peninggalan arw4h suami saya.

Saya bincang dengan anak – anak, nak jual aja rumah ini hasilnya boleh dibahagi dengan anak – anak yang lain, sebab mereka pun berhak terutama anak lelaki saya. Mereka setuju nak jual, tetapi Kir tak setuju, dia tak mahu campur soal jual beli rumah ini, katanya dia hendak duduk rumah ini.

Dia tak beritahu kami, tetapi beritahu melalui Uni. Sejak bincang pasal nak jual rumah, per4ngai Kir lebih teruk lagi, kalau saya duduk di ruang tamu, dia masuk dan dia tutup pintu sekuat hati, kadang – kadang tu dia sengapa pecahkan pinggan mangkuk saya.

Hinggakan saya nak gunakan dan cari pun tak jumpa. Periok kuali pun sama, semua barang saya dah tak ada, yang ada semua belian Kir. Siksanya hidup dalam rumah ini tapi mana saya nak pergi, ini rumah saya, dan anak – anak izinkan saya duduk di rumah ini, niat dan harapan saya biarlah sisa – sisa hidup saya, saya tinggalkan dalam rumah ini.

Tapi nampaknya saya jadi sem4kin s4kit jiwa, s4kit hati dan sentiasa menangis sendirian mengenangkan nasib. Sungguh saya tak sangka, begini hidup saya. Nasib baik saya masih sihat dan boleh berjalan dan dianugerahkan Allah tak pernah s4kit teruk apa lagi s4kit terlantar.

Saya tak tahu apa nasib saya kalau s4kit terlantar, mungkin saya dihumban keluar rumah. Saya pernah berbincang dengan Uni, pujuk suaminya pindah. Tapi kata Uni dia tak berani dengan Kir, dia takut reaksi Kir yang kasar dan pemb3ngis, lagi pun Kir tak suka berbual apa lagi berbincang.

Dia mahu setiap perintahnya Uni mesti ikut. Kini saya rasa pelik dengan per4ngai Uni. Masa anak – anak dia kecil dahulu, Uni berani bersuara dengan suaminya, malah pernah ketika bertengkar Uni kata dia suruh Kir tinggalkan dia, sebab tak tahan dengan per4ngainya kasarnya, tetapi sekarang Uni jadi pendiam, dan takut nak bercakap dengan Kir. Kenapa dan mengapa jadi begini.

Kata Uni dia kesian dan sedih bila Kir bersuara kasar menyindir saya, tetapi dia tak boleh nak bersuara apa lagi nak meIawan Kir. Katanya dalam kehidupannya Kir yang menentukan segalanya, sampaikan makan minum, pakaian dan segala tentang dirinya Kir yang tentukan.

Kalau tak dibenarkan keluar dia tak akan keluar rumah, apa lagi nak ajak dia pindah rumah. Nampaknya saya terp4ksa bersabar melalui kehidupan yang amat menyedihkan ini. Namun saya tidak akan keluar dari rumah ini, jika terlalu sedih saya hubungi kawan – kawan atau saud4ra yang faham masalah saya, mereka pelawa saya ke rumah mereka untuk tenangkan hati barang sehari dua.

Akhir kalam saya nak nasihatkan ibu – ibu jangan benarkan anak menantu duduk rumah kita, sebab kita belum tahu per4ngai mereka, mungkin awalnya baik, akhirya jadi macam nasib saya. Biarkan mereka pindah belajar berdikari. Menantu saya tak mahu pindah sebab nak duduk rumah free. Kalau sewa rumah memang p4rah. Sekian.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.