Aku pakai selipar je ketika berjalan, beli kat je yang RM8 tu. Beg tangan silang aku RM70. Kasut sukan daripada Bata yang RM70 satu. Baju aku kebanyakannya beli kat Shoppe dalam RM20 je satu. Duit ada beratus ribu tapi aku tak tahu nak buat apa. Satu hari mak tegur aku kenapa aku pakai selipar..
#Foto sekadar hiasan. Salam pembaca semua, nama aku Cempaka, suka nama bunga dan tentunya bukan nama sebenar. Seorang isteri, ibu dan wanita berkerjaya. Usia 30-an dan mempunyai 3 orang anak lelaki. Aku dan suami bekerja sendiri.
Aku lulusan Degree, suami SPM tapi ada sijil elektrik. Suka untuk aku kongsikan kisah hidup aku di sini tentang perjalanan hidup aku yang boleh dik4takan mewah dan serba serbi lengkap. Aku dan suami bukanlah berasal daripada keluarga yang berduit.
Suami aku anak yatim piatu, ibubap aku pula bekerja biasa – biasa saja. Dibesarkan dengan keadaan yang sangat biasa mungkin kategori B40 yang sekarang ni. Setelah berkahwin, kami memulakan hidup sendiri. Saja ingin aku kongsikan perjalanan kami memulakan perniagaan dengan zero.
Duit simpanan aku habis digunakan untuk memulakan hidup ketika baru berkahwin. Ingat lagi, semua duit aku keluarkan untuk bayar kereta setiap bulan, yang tinggal hanya puluh ringgit sahaja. Suami pula berhenti kerja makan gaji hanya semata – mata untuk bekerja sendiri.
Maka tugas membayar kereta tiba – tiba diserahkan pada aku. Yang peliknya, aku tak kisah sebab aku yang guna kereta tu. Tahun 2009 kami berkahwin, suami bagi duit belanja RM10 setiap hari, isi minyak pula akan bagi bila perlu.
Aku sibuk mencari kerja, susah nak dapat sebab mengandung anak pertama. Takpe, aku tak kisah duduk rumah. Tapi, bila fikir balik, sampai bila nak duduk rumah, nanti takde duit belanja sendiri. Bersungguh cari kerja, nan hadooo..
Sampai bersalin, suami mulakan kerja sendiri jadi juruletrik, pasang – pasang, servis rumah – rumah orang. Faham – faham jelah kerja macam tu mana ada income banyak sangat. Aku pun duduk diam jelah, orang berpantang, apa boleh buat.
Habis je pantang, kami setup bisnes, buka SSM, sewa majlis, cari pekerja sorang. Mulakan pekerjaan elektrik. Cukuplah tu, aku manager, suami pembantu dan pekerja am sorang. Kelakar tak? Takpe, buat lesen yang perlu, Suruhanjaya, Kewangan dan mantapkan profile company. Buat marketing.
Akukan dah habis pantang, anak hantar babysitter, semua tempat aku pergi bagi profile company. Sekolah, badan – badan kerajaan dan swasta, universiti pun aku masuk. Aku tahu peluang memang sikit, tapi Allah nampak usaha aku kan?
Bermula daripada situ, start order masuk, kecil – kecil je amount order, beberapa ratus je. Dapat cek, aku bank in. Dulu – duIukan banyak guna cek, mana ada online – online ni. Nak kembangkan lagi bisnes ni, kami daftar kontraktor sivil, luaskan perniagaan sampai dapat 3 anak, aku buat keputvsan berhenti beranak sebab nak tumpukan pembesaran anak – anak dan perniagaan.
Anak – anak dah start sekolah, duit nak pakai banyak, aku start join tender. Kadang – kadang terkena jugak, tender paling sikit aku pernah dapat adalah dalam RM2500, paling tinggi RM30k. Pekerja tetap dah bertambah jadi 3 orang, yang lain semua praktikal, dalam 5 orang jugak, jadi total pekerja dalam 8 ke 10 orang.
Praktikal bertukar setiap semester. Order mula bertambah. Sekolah call, kolej call, pejabat kerajaan call, swasta pun call. Waktu ni duit dah start beranak dalam akaun, aku pulak tak tahu nak guna untuk apa. Pernah ada sampai beratus ribu pun dalam tu pun aku tak pernah usik.
Waktu ni tahun 2015 macam tu. Aku start beli rumah busuk, repair sendiri untuk jimat kos. Sampailah aku dah ada 4 rumah sekarang. 1 rumah lelong. Semua aku sewakan, rate rendah je kekal sampai sekarang. Tak pernah naikkan untuk penyewa.
Aku ingat lagi, aku pernah kena tipu, menangis – nangis aku kena tipu dengan orang. Tak banyak pun, RM1500 je, tapi waktu tu sebelum aku mulakan bisnes ni, tengah struggIe kot cari duit. Dasar penipu! Tapi aku dah redha je, mungkin sebab tu Allah baIas dengan apa yang ada sekarang ni.
Part yang bestnya aku dengan suami pernah kena tipu RM80k cash tau, dia janji nak bagi barang tu, lepas tu hilang. Kesian, kan? Tapi, kami sedih tak lama pun, dalam 2 minggu je. Sebab fikir – fikir balik, Allah nak ganti dengan lebih baik.
Bulan lepas pulak, suami aku kena tipu dengan scammer yang telegram tu, menyamar kawan, suami aku lurus, transfer RM3k, Jumaat pulak tu. Tak guna! Dia bagitahu aku, aku marahlah dia, tapi lepas 5 minit, aku redha jelah.
Suami aku cakap tak apa, Allah nak ganti dengan lebih baik, Mana tahu dapat projek RM300k pulak lepas ni. Aku pun krik krik jelah.. Tahu tak, seminggu lepas tu kitorang dapat tender RM500k??? Terperanjat kitorang.
Punyalah banyak borang tender kitorang isi sebelum ni, Allah ganti dengan lebih baik rupanya lepas kena tipu. Hahahaha… Sekarang ni, aku dah kategori T20, tapi aku masih memakai selipar ketika berjalan, beli kat Speedmart je yang RM8 tu.
Beg tangan silang aku RM70. Kasut sukan daripada Bata yang RM70 satu. Baju aku kebanyakannya beli kat Shoppe dalam RM20 je satu. Kadang – kadang aku order bundle kat Shoppe tapi banyak yang tak sesuai sebab jaranglah, kecil sangatlah, sempit. Macam – macamlah.
Aku pelik sebab aku masih tak tahu membazir, tak tahu nak beli apa, makanan jelah, selalu pergi restoran – restoran moden. Itupun sebab nak ajak anak – anak. Yang lain – lain aku tak belanja sangat. Selagi selipar aku tu tak putvs, selagi tulah aku pakai.
Kadang – kadang aku pergi luar negara pun pakai selipar tu jugak. Mak aku pernah tegur, kenapa pakai selipar? Aku cakap selesa. Hahaha.. Sekarang ni, aku dah senang, Alhamdullillah. Aku tak pernah rasa susah sebab susah yang aku alami tu aku tak pernah anggap susah. Itu cuma proses kehidupan je.
Doakan aku nak beli kedai pulak ye, aku kalau boleh nak tolong ramai orang lagi, cari pekerja, bantu peniaga – peniaga kecil kat luar sana, sedekah banyak – banyak tanpa orang kenal siapa aku. Rasanya macam dah panjang sangat confession ni, kalau ada permintaan nakkan apa petua yang aku amalkan sepanjang berniaga ni, nanti aku kongsikan. Sebab dah penat menaip ni. InsyaAllah ada rezeki nanti aku sambung. Bye. – Cempaka (Bukan nama sebenar)
Sambungan… Assalamualaikum, nama aku Cempaka. Boleh rujuk pada confession aku sebelum ini. Aku amat berterima kasih pada kalian kerana sudi mendoakan perniagaan kami bertambah maju dan diberkati. Sungguh, aku sangat berterima kasih, juga mendoakan kalian turut mempunyai kehidupan yang lebih baik dari sehari ke sehari.
Mana – mana negatif komen tu, aku anggap sebagai penghibur ruang confession aku. Tak percaya takpe, aku tak marah. Kita bukan kenal pun kan? Awak tak salah. Ada banyak komen yang inginkan part 2, lagipun aku suka berkongsi tips bagaimana aku lalui dengan kuat apa yang aku miliki sehingga hari ni.
Aku nakkan semua berjaya macam aku, tak suka tengok bangsa aku sendiri dalam keadaan susah dan meminta – minta. Terkadang itu membuatkan aku sedih, air mata mengalir tiba – tiba. Ramai yang mengenali aku ingatkan aku seorang yang kuat, sebenarnya bila ia melibatkan tentang kesusahan dan orang – orang tua, walau siapapun, aku akan mudah tersentuh dan bergenang airmata secara tiba – tiba.
Tapi aku tak pernah tunjukkan sedih aku depan orang. Pada suami, ye aku akan kongsi kerana beliau tempat aku kongsikan segala – galanya. Nekad aku setelah akad. Dapat meluah pun jadilah. Tapi, aku tidak suka untuk berkongsi di sini tentang kisah sedih, kerana itu bukan aku.
Manusia belum tentu akan dapat membantu, hanya Allah tempat aku mengadu. So, berbalik pada apa yang ingin aku kongsikan, banyak tips yang aku nak kongsikan, terlalu banyak, nanti dah penat taip aku berhenti. Antara tips yang aku lakukan adalah:
1. Bangun seawal 4.30 pagi
Insyaallah aku akan pastikan bangun pukuI 4.30 pagi untuk minum air kosong secawan dan solat. Aku percaya konsep pagi. Early Birds. Siapa cepat, dia dapat. Ha.. rezekilah yang kita tunggu tu. Phone mesti set pukuI 4.30 pagi.
Kalau dah bangun, perkara pertama aku akan cakap, Alhamdullillah terima kasih ya Allah, kau k3jutkan aku bangun pagi untuk aku Solat Tahajud. Hanya orang yang terpilih sahaja. Alhamdullillah.
2. Tahajud dan Dhuha
Kalau Tahajud aku buat 4 rakaat, sama juga dengan Solat Dhuha. Pun 4 rakaat. Cuba korang mulakan, mana tahu waktu tu Allah makbulkan doa kita. Manalah tahu.. ye tak?
3. Langkah kaki kanan keluar rumah
Waktu kaki aku melangkah keluar, aku akan niat Ya Allah, permudahkan aku menjemput rezeki di bumimu ya Allah untuk aku meningkatkan ekonomiku dan Umat Islam. Terus baca Alfatihah.
4. Masuk kereta
Waktu ni, pagi pukuI 6.30, dah siapkan breakfast dan bekal anak – anak, aku akan hantar mereka ke sekolah, anggaran perjalanan sehingga ke sekolah lebih kurang 20 minit. Dengan anak – anak pun aku ajarkan segala – galanya mesti pagi. Mesti awal.
Sampai ke sekolah mesti pastikan sebelum pukuI 7. Dalam perjalanan, tidak buka radio, tidak buka aircond, ambil ud4ra segar, terus berdoa, ajak anak – anak tadah tangan sama – sama sambil aku bawa kereta. Mula dengan doa minta kecemerlangan anak – anak untuk belajar, jadi yang terbaik, pelajar cemerlang sebagainya, dan selit sekali setiap nama dalam ahli keluarga termasuk nama anak – anak, nama aku dan suami.
Nama penuh. Sedekahkan Alfatihah. Anak – anak dah terbiasa dengan doa ni, setiap hari buat, mestilah masing – masing dah hafal. Alhamdullillah.
5. Doa dan Surah
Aku sambung lagi part dalam kereta, ikut perenggan supaya korang mudah baca. Hihi.. ok, tadikan aku dah bacakan Al-fatihah, kan? Belum habis lagi, Aku terus sambung baca 4 Qul, Ayat Kursi, Surah Al Insyirah, Surah Al-kahfi (1-10) dan selawat yang sejak Tingkatan 3 aku dah hafal iaitu Selawat Fatih, Selawat Thib dan Selawat Annur. Yang tak pasti boleh Google.
Aku sangat berterima kasih pada sekolah agama aku dulu, ustaz dan ustazah yang mana setiap pagi kami amalkan bacaan ni sebelum masuk kelas, dan sehingga hari ni aku hafal. Aku sambung surah Al-Waqiah, ye aku hafal Surah Al-Waqiah tu sejak aku mengandungkan anak kedua 12 tahun yang lalu.
Kadang – kadang sampai part Al-waqiah, dah pun sampai sekolah, haha.. Kalau belum sampai aku sambung lagi dengan bacaan Selawat atas Nabi, Subhanallah, Alhamdullillah, Lailahaillallah, masing – masing 44 kali. Selalunya, part yang ni anak – anak dah sampai sekolah, aku terus sambung bacaan ni sampai ofis.
6. Buka ofis seawal 7 pagi
Kenapa, tak percaya? Hahaha.. aku buka ofis paling awal antara ofis – ofis lain sekeliling aku. Sebab, aku memang suka pagi, kan dah beritahu tadi. Hahaha..
7. Mendoakan orang yang tidak kenal
Pernah tak korang tengah bawa kereta, tiba – tiba nampak ada orang tengah tolak motor, samaada motor rosak atau pancit? Tak mampu tolong, takpe. Cukup dengan mendoakan mereka. Selalu aku akan cakap Ya Allah Ya Tuhanku, tolonglah mudahkan urusan orang itu Ya Allah.
Sesungguhnya Engkau maha mengetahui lagi maha mengasihani, juga maha memberi rezeki, Amiinnn… Cuba buat, lepas tu kau akan rasa bahagia sebab dapat mendoakan orang yang kau tak kenal. Sesiapa saja, yang kau terserampak, kau doakan je. Walaupun kau tak tahu dia tu Dato ke Datin ke, YB ke, berkereta besar ke, berbeca ke, yang penting doa kau tu. Faham, kan?
8. Mensyukuri rezeki Iawan atau kawan
Aku dalam bidang berniaga ni, banyak asam garam, pahit maung yang aku dah telan, setakat kena sailang tu dah jadi lumrah. Tapi, aku pegang satu je, rezeki Allah, kalau tepat pada masanya, aku akan tetap dapat. Sebab tu, kalau geng – geng peniaga lain yang dapat job besar – besar ni, aku tak pernah rasa cemburu.
Malah aku selalu cakap macam ni dalam hati. Allahu Akbar, Alhamdullillah rezeki dia, Ya Allah, syukur Alhamdullillah.. Ha.. lebih kurang macam tu, sebab kitorang ni walaupun bersaing dalam berniaga, kadang – kadang suka jugak membahan satu sama lain. Circlekan situ – situ je. Tapi doa ni aku ucap dalam diam je, takdelah depan – depan pesaing aku tu, nanti kembang pulak. Hahaha..
9. Tidak join MLM
Maaf bang, ada satu komen tu mention aku ada bunga – bunga MLM. Tak bang, saya tak join MLM bang, bukan saya merendah – rendahkan bidang ni ye, tapi melalui apa yang saya nampak, MLM takkan pergi jauh. Paling lama pun 3 tahun. Bidang ni juga yang banyak buatkan bangsa kita muflis. Tak nak cerita lebih lanjut. Huhu..
10. Ilmu
Pada aku, nak membuat sesuatu perkara tu kena ada ilmu. Kau kena belajar, tak masuk U pun takpe, tapi kau kena belajar, tak kisahlah apa sijil pun kau ada. Tak pandai bab buku, kau kena ada skill. Macam aku dan husband ni, memang Allah dah bagi bonus, sebab aku belajar masuk U, husband aku pulak ada skill elektrik.
Kami gabung. Ini aku bagi contohlah, senang kau nak faham. Contoh, kau tak minat belajar, tapi kau ada skill repair – repair. Mantapkan skill kau tu. Mesti belajar, kena sematkan dalam kepala, mesti belajar. Paling tak pun, masuk pusat kemahiran mana – mana supaya kau ada sijil dan ilmu.
Jangan sesekali kau setuju BBNU yang mana founder – founder cakap tak perlu belajar tinggi untuk berjaya. Salah ye adik – adik. Sebab nanti bab law, kalau orang twist sikit je kau dah kelam – kabut tak tahu nak buat apa. At least, bila kau ada ilmu, orang akan respect. Speaking pun kena mantap ye dik.
Belilah novel – novel English murah kat kedai buku, tak suruh berhabuk pun cakap, tahu maksud, sambil buka dictionary pun takpe. Oh ye, terima kasih pada lecturer yang mention terang – terang dalam kelas waktu aku baru dapat U dulu.
Serious aku memang tak suka English dulu waktu sekolah. Masuk U, ambik kau, semua in English. Dia speaking tapi aku faham, dia cakap kesian U tak faham english. Semua student dengar kot.. Malu? Tolak tepi. Petang tu jugak aku pergi library, pinjam buku Grammar.
Kalau sekarang, kau nak aku berbual dengan Mat Saleh pun aku boleh. Hahaha… Macam dah panjang sangat pulak aku menaip ni. Kalau korang perasan, hanya beberapa tips je kena – mengena dengan business, yang lain semuanya dari dalam hati atau niat.
Semuanya tentang law of attraction. Jom kita sama – sama berjaya. Pada komen yang cadangkan aku beli kasut dan selipar yang branded sikit tu, terima kasih ye, nanti aku cuba cari. Oh ye, terima kasih juga pada yang mengingatkan untuk pakai stokin, ye aku pakai stokin ketika berselipar.
Dah macam dalam pantang, kan? Hahaha.. Aku pun dah join jugak mana – mana komen yang suruh masuk group jual – jual kasut dan selipar tu. Nanti tunggu aku belek – belek dulu sebelum beli. Untuk kesihatan yang lebih baik, aku tiada masalah. Sekian kawan – kawan, jom kita sama – sama kaya dan berjaya, sedekah semampunya, bersyukur seadanya. Alhamdullillah. Terima kasih ye. – Cempaka (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Hidayati Salim : Sama la kita ye, tak reti nak bergaya – gaya tak tau nak buat apa sen – sen kat dalam bank. Cuma bila dah 40an ade la style skit ikut kawan – kawan beli yang branded – branded sampai anak pun bunyi. Anak – anak pun biasa tak kisah baju pasar malam pun. Cuma ayah dia mewahkan makanlah apa saje, sebut apa saja mesti beli mesti bawak pegi makan situ. Lain – lain marhaen je.
Joeye Joanes : Part tak anggap susah tu sebagai susah tapi sebagai proses agak membuka mata saya kak. Sebab saya pun dalam kategori struggIe. Bisnes baru setahun. Doakan saya ya kak. Dan kalau akak baca komen ni, tulislah tips berniaga dan tips redha tu. Mesti bermanfaat untuk orang – orang macam saya.
Rosilawati Binti Mohamed : Bila dah berjaya buka kilang boleh bagi anak akak peluang kerja. Dia bahagian letrik juga. Baru habis diploma harap dapat sambung ijazah lepas ni. Praktikal baru ni di kedai letrik yang salahguna budak – budak praktikal. Janganlah buat macam tu ye. Nanti rezeki yang banyak.. Allah nak ambik.. sekelip mata je.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.