Tunang aku minta izin guna gambar aku utk masuk aplikasi dating. Dia kata nak carikan kawan perempuan utk aku

Beberapa hari lepas, Faizal ada suarakan yang dia masih nak ‘cari’ perempuan. Dia bagitahu aku dia nak guna dating apps tapi bawah profile name, account dan gambar aku. Katanya aku perlu kawan perempuan untuk keluar selain dia, dan dia nak tolong cari. Jadi aku pun setuju.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Pertama sekali, sebelum aku mulakan cerita aku, aku nak ucapkan ribuan terima kasih pada admin sebab sudi post confession aku. Aku nak warning dan minta maaf awal – awal, kisah aku ni agak panjang

Nama aku Marissa, berumur 29 tahun, anak ke-3 daripada 6 orang adik beradik. Aku ada stable 8 – 5 job yang aku rasa professional jugalah dan boleh dik4tegorikan sebagai golongan B4 dekat sebuah syarik4t swasta. Tunang aku pula berumur 32 tahun, bekerja as a frontliner dekat sebuah syarik4t swasta dan considered as T2 income group.

Tunang aku ni seorang duda dan dia mempunyai seorang anak perempuan berusia 8 tahun. Dia kahwin dulu masa tengah tahun akhir pengajian dekat luar negara dan bertahan sekejap saja kemudian bercerai atas sebab – sebab yang aku pun masih ragu – ragu kesahihannya sampai hari ni.

Untuk memudahkan lagi cerita, aku namakan tunang aku ni Faizal (bukan nama sebenar) okay? Faizal ni aku kenal dah setahun setengah. Masa awal – awal aku mula bekerja, aku kenal dia melalui dating apps. Masa tu aku muda dan tengah dalam fasa exploring the world.

Tapi tak ada pun niat nak serious cari calon untuk berkahwin dekat situ. Aku takde plan pun nak kahwin ketika itu. Faizal ni masa mula – mula kenal usaha dia memang tiptop. Dia nampak charming, caring dan bijak. Benda – benda ni yang buat aku tertarik untuk kenal dia dengan lebih mendalam.

Selepas beberapa bulan, Faizal m4kin serious dengan aku. Dia selalu saja mention pasal kahwin, pasal nak jumpa family masing – masing. Jadi aku pun bila nampak kesungguhan dia yang serious nak halalkan aku, aku setuju je.

Dia bawak aku jumpa mak ayah dia dan adik beradik dia untuk makan – makan dan sambil berkenalan. Secara jujurnya, keluarga dia memang nampak dari kalangan yang baik – baik dan bijak. Dari bapa, mak, sampailah ke adik beradik dia semua ada pelajaran dan pekerjaan yang baik – baik.

Dia ada 4 orang adik beradik. Jadi, aku sangat hormat pada family dia. Lepas dari tu, family kitorang pula berkenalan dan dipendekkan cerita, kami masing – masing buat keputvsan untuk bertunang. Pada hari kejadian pertunangan kitorang tu, aku adalah perempuan yang paling gembira dan bahagia.

Rasa semangat nak kahwin tu berkobar – kobar. Nak ada family sendiri, besarkan anak – anak yang solehah, kumpul pahala banyak – banyak dan paling penting ada impian pergi ke jannah bersama – sama dengan bakal suami aku ni..

Tapi, bak pepatah ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ribut petir di tengah hari. Well, aku tak tahu la ni ujian bertunang atau petunjuk dari Tuhan. Tapi apa yang aku rasa sekarang seolah – olah macam bukan ujian je.

Lebih kepada mimpi ngeri je. 2 bulan lepas kami bertunang, aku dapat tahu si Faizal ni sebenarnya penipu yang paling penipu dalam dunia dan juga kaki perempuan. Segala rahsia dia selama ni yang dia sorokkan dari aku terbongkar.

Sisi gelap dia yang aku tak tahu pun sebenarnya wujud. Rasa macam blur sangat bila aku tahu kebenaran lelaki yang digelar tunang. Rupanya selama 2 tahun dia kenal aku dan konon – konon bercinta dengan aku, dia tak pernah pun stop guna dating apps tu, bermacam – macam jenis dating apps ye.

Siap tidur dengan ramai perempuan belakang aku sebelum DAN selepas bertunang. Baik yang janda, anak d4ra, rakan sekerja dan semua jenis mahluk bernama wanita yang menepati taste dia, dia akan sebat asalkan nafsu dinasour dia tu puas.

S*xting, video call, dating dengan ramai wanita. Memang matlamat dia bila berkenalan dengan perempuan untuk tidur dengan diorang. Hari kejadian majlis tunang kitorang, dia boleh text perempuan lain mengaku diri dia single pada malam selepas selesai majlis tunang dan bagitahu perempuan tu dia nak cari serious relationship.

What the eff? Dia memang langsung tak fikir pasal keluarga aku dan keluarga dia. Aku? Dah tentulah aku marah, rasa dikhi4nati, hati aku s4kit teruk beb. Aku tak pernah terlintas nak curangi dia, aku tak pernah terpikir nak tidur dengan laki lain, nak mesej pun tak. Dia sorang saja di mata aku.

Dan untuk semua tu, dia selalu salahkan aku walaupun pasal benda kecil. Sebab EG0 dia besar nak m4mp0s. Manusia paling eg0 aku pernah hadap sepanjang aku hidup atas muka bumi ni. Actually, dulu – dulu aku ada saja perasan sesuatu yang tak kena sikit dengan dia ni.

Contohnya, dia selalu hilang tiba – tiba tak ada update aku dia pergi mana dengan siapa dan ada beberapa kali bila dia keluar, kalau aku call dia, dia tak akan angkat atau akan m4tikan call tu. Rupa – rupanya time tu tengah sedap dengan betina lain.

Untuk pengetahuan korang, Faizal ni jenis tak boleh tak text aku. Paling lama pun 2 jam je lepas tu dia akan cari aku ataupun aku yang cari dia. Lepas tu, ada masa yang bila dia acah – acah cakap nak tidur, dia akan text aku dia nak tidur dan wish aku goodnight tapi bila aku check pukuI 3, 4 pagi tak tidur – tidur lagi.

Padehal esoknya dia kerja. Rupa – rupanya tengah s*xting dan video call betina lain. Kalau whatsapp, telegram tu jangan cakap la, sentiasa online sampai lewat malam (kerja katanya) and notifications sentiasa tak putvs – putvs.

Disebabkan aku dan Faizal ni sangat rapat dan selalu jumpa, aku pun terfikir takkan lah dia sanggup curang dengan aku. Bila saja dia ada masakan sebab 90% dari tu memang dia habiskan untuk aku. Tapi Tuhan tu maha adil.

Aku mengaku aku tertipu hidup – hidup. Selalu saja bila kitorang keluar, Faizal ni dapat panggiIan dari wanita – wanita lain tapi dia akan m4tikan je panggiIan tu atau tak angkat (macam mana dia buat dekat aku). Jadi, keraguan tu dah nampak tapi entah kenapa bila dia buat bende bukan – bukan belakang aku, walaupun firasat aku mengatakan ada sesuatu tak kena, aku sentiasa akan husnuzon dan berfikir positif.

Pernah aku tanya dia ada berjumpa atau berwhatsapp dengan perempuan – perempuan lain ke belakang aku? Tapi reaksi dia, dia menafikan dan melenting. Dia kata aku suka tuduh dia. Jadi, aku pun diam sebab aku tak ada bukti kukuh.

Dia sangat menggatal dengan semua perempuan. Aku dapat tahu yang masa dia acah – acah nak halalkan aku, dia ada juga ajak perempuan lain kahwin, untuk pancing dorang tidur dengan dia. Lepas tu mana yang dia rasa dah taknak dia akan tinggalkan saja.

Modus operandi dia sama saja dengan semua perempuan. Buat cerita sedih yang dia tu duda dan ada anak tapi anak dia jauh (oh ya, anak dia bekas isteri dia yang jaga sepenuhnya) untuk meraih simpati dengan perempuan – perempuan tu.

Bila fikir balik, entah – entah alasan dia bercerai disebabkan kecurangan dan ket4hian dia sendiri. Tapi dari cerita dia, bukan sebab curang punca dia dan bekas isteri dia cerai. Entahlah. Tak tahu nak percaya mana satu dan aku malas fikir masa lalu dia lagi.

Macam – macam instinct aku rasa bila dia buat benda – benda jijik ni belakang aku. Dia boleh s*xting dengan betina lain masa aku datang jumpa mak ayah dia di rumah dia, dia boleh keluar dengan betina lain masa mak ayah aku jumpa mak ayah dia di rumah dia.

Dia dah tidur dengan lebih dari seorang perempuan sepanjang kami bertunang. Sebelum tunang? Entah, aku pun tak mampu nak kira. Ada yang baru kenal from dating apps tak sampai sehari, esoknya boleh pick up perempuan tu dekat rumah dia dan bawa perempuan tu ke hotel dia, selepas sejam dua dia hantar betina tu balik rumah.

Ada sekali tu, kitorang keluar berdua seharian berjalan, petang tu lepas aku dah balik (aku ada larangan untuk balik rumah paling lambat pukuI 7pm sebab aku masih duduk bersama mak ayah aku) dia boleh main seround dua dengan perempuan lain malam tu tapi cakap dekat aku busy tengah settlekan kerja.

Lepas dah puas main, lewat malam sikit dia text aku dan buat macam takde apa – apa yang berlaku. Ada jugak yang dia main dengan janda, beberapa hari saja selepas kitorang dah bertunang. Ikut suka hati mak nenek dia saja bila – bila.

Dia bukan kesah pun pagi buta ke malam ke, pkp ke tak pkp ke. Dia memang buaya. Tapi bukan species alligator ye, species yang hidup 110 juta tahun dahulu dan sebesar 40 kaki tu. Tu la dia. Sebagai perempuan, betullah orang kata Tuhan tu kurniakan kita instinct untuk kita detect para – para suami, tunang atau boyfriend kita buat apa di sebalik tabir.

Jadi buat wanita di luar sana, percayalah dengan kata hati tu kalau rasa ada sesuatu yang tak kena tentang pasangan korang. Jangan jadi b0doh macam aku biarkan saja even selalu rasa something tak kena. Satu lagi pasal Faizal ni, dia sangat ins3cure dengan aku.

Dia ada access semua social media aku dan segala – galanya la termasuk whatsapp dan email. Location aku pun dia kene tahu dekat mana sepanjang masa. Kalau aku lambat reply, tak update lokasi aku, siap la aku kene sound dengan dia.

Tapi aku ok je. Aku bagi sebab aku taknak dia ragu – ragu sengan aku walaupun dia sepatutnya tahu aku takde alasan untuk buat dia rasa macam tu. Deep down dia tahu saja aku ni setia dekat dia dan dia tak perlu pun semua tu.

Mungkin dia sedar semua per4ngai t4ik dia buat dekat belakang aku dan taknak aku buat benda yang sama yang dia dah lakukan dekat aku selama ni? Tapi bila aku nak tengok social media dia, semua tak boleh. Dia cakap dia tak suka dikongkong macam tu dan aku pula tak ada hak nak monitor dia.

Haha b0dohnya aku. Terlalu percayakan dan biar saja ketidakadilan tu berlaku. Dia tak akan bagi peluang langsung mana – mana laki dekati aku, kalau ada kawan sekerja whatsapp, kenalan – kenalan laki aku direct message dekat ig atau twitter, dia akan soal aku siapa diorang tu, macam mana kenal dan sebagainya.

Malah dia akan block dan suruh aku delete number diorang. Macam mana aku tahu semua aktiviti kecurangan ni? Mesti la bukan dari dia, dia kan penipu. Mana mungkin aku dapat tahu dari dia. Aku korek smua ni dari betina – betina yang dia jumpa, tidur, s*xting dan diorang sendiri mengaku dan tunjuk bukti.

Bukti kene ada sis, dengan Faizal ni kene be smart dan satu langkah di hadapan dia. Tak boleh cakap – cakap kosong saja (walaupun apa kau cakap tu sebenarnya tepat). Selagi takda bukti, dia akan nafikan sekeras – kerasnya dan eg0.

Walaupun kalau kau tanya saja pun apa – apa berkenaan dengan wanita, dia akan rasa macam kena pr0vok, kemudian dia akan melenting. Akhirnya kami akan jadi berg4duh besar. Memang dia tak akan beri ruang dan peluang untuk berkomunikasi.

Dia akan buatkan aku terdiam terus. Sekarang apa status kami berdua? Masih bersama. Hari yang terbongkar segala rahsia dia tu, aku confronted dia kaw – kaw punya. Memang takde bagi chance la. Aku m4ki dia tapi aku tak menjerit – jerit, aku hanya menangis je.

Aku cakap dia ni hipokrit, lemah, lembik, dan banyak lagi yang aku tak ingat. Dia? Buat pertama kalinya, dia minta maaf kat aku. Proper apology. Kan aku cakap selama kenal dia kitorang selalu g4duh paling paling pun 2 hari sekali.

Tapi yang akan pujuk dan minta maaf adalah aku. Dia eg0. Dan buat pertama kalinya dia tak eg0. Dia biarkan saja aku m4ki dia. Dia diam saja dan mengaku segalanya. Aku cakap aku nak putvs tunang sebab aku dah tak boleh percayakan dia dan aku jijik. Entah – entah ada STD.

Aku terIuka teruk dan masih terIuka sampai ke hari ni. Dia janji dekat aku yang dia nak berubah dan bagi dia peluang kedua. Mula – mula memang aku rasa macam nak saja bagitahu mak ayah dia apa dia buat dekat aku dan perempuan lain yang dia dah gunakan untuk puaskan nafsu.

Aku nak minta mak ayah aku pergi pulangkan cincin tunang ni balik dekat diorang. Tapi dia merayu – rayu untuk aku maafkan dia. Beri dia ruang, masa dan peluang untuk dia buktikan pada aku yang dia mampu berubah.

Dia kata dia bersyukur aku masih simpan aib dia dan benda ni terjadi sebelum kami berkahwin. Hari – hari dia pujuk aku. Hari – hari jugak la dia kena semburan berbisa dan t0ksik dari aku. Start dari hari tu, dia dah tak eg0, dia bagi aku semua password social media account dia, lokasi dia, dia mula layan aku dengan lebih baik dan banyak berterus terang.

Dia dah stop marah – marah dan lebih mendengar aku. Aku mengaku kitorang jarang g4duh sekarang berbanding dulu. Dia dah tinggalkan dan block, delete semua contact perempuan – perempuan tu. 3 bulan jugak dia stop semua benda tu.

Cuma aku sekarang masih dalam proses nak monitor dia. Dia cakap, aku saja sorang wanita yang betul – betul dia sayang dan dia tak akan pernah sekali pun tinggalkan aku. Wanita lain tu tak ada makna sikit pun bagi dia dan memang dia ngaku sendiri, nafsu dia besar.

Aku takut perubahan dia ni sekejap saja lepas tu per4ngai lama dia datang balik lepas dah berkahwin. Tapi beberapa hari lepas, Faizal ada suarakan yang dia masih nak ‘cari’ perempuan. Dia bagitahu aku dia nak guna dating apps tapi bawah profile name, account dan gambar aku.

Katanya aku perlu kawan perempuan untuk keluar selain dia, dan dia nak tolong cari. Jadi aku pun setuju. Bila dah start guna apps tu, lain pulak jadinya. 2 – 3 hari lepas, dia ada sampai lewat pagi bermesej dengan perempuan – perempuan dari apps tu lagi.

Siap minta gambar dengan perempuan tu, kadang – kadang aku terfikir, apa masalah dengan tunang aku ni? Aku confuse. Dia cari kaum wanita yang minat kaum sejenis ye. Bila aku marah dia, dia dah start eg0 balik, dan sound aku balik, katanya dia buat tu sebab bosan dan saja nak explore the other side of women,

Sebab cara layanan aku dekat dia kadang – kadang dia tak suka, dia buat semua benda tu dengan pengetahuan aku sebab kitorang both boleh baca dan access dalam dating app. Cuma yang tukang cari dan mesej adalah dia.

Bermacam – macam alasan dia bagi dan cari point atau kesalahan aku untuk gunakan sebagai sebab kenapa dia buat semua tu. Aku tak berminat pun sebenarnya nak cari kawan perempuan baru. Dia yang lebih – lebih. Bila mesej tu bukan macam kawan perempuan dah.

Lebih macam boyfriend dan girlfriend. Dia flirting dan mesej dengan those girls tapi konon – kononnya itu aku. Pernah dia suruh aku pergi jumpa girls tu dan suka – suka dengan diorang. Dia siap cakap lagi, aku kena tidur dengan dorang untuk dia!

Sebab dia dah tak boleh dan takkan tidur dengan perempuan lain lagi dah selepas apa yang berlaku antara kitorang berdua. Aku pun tak tahu la guys nak rasa apa dan buat apa. Ya, memang aku rasa dia dah takda tidur dengan perempuan lain, aku dah boleh baca semua benda dekat phone dia, tengok phone dia dan segalanya.

Perubahan dia tu ada. Tapi ada sesetengah per4ngai dia buat tu macam suruh aku explore women sama – sama dengan dia, buat aku terfikir, betul ke dia ni betul – betul berubah? Ke lakonan semata – mata je? Aku tengah bagi peluang kedua untuk dia sekarang ni.

Sebab dia yakin sangat dia mampu. Tapi dia macam tak reti berfikir dan insensitive pula dengan perasaan aku. Dah la aku br0ken teruk, dan now dia pelik – pelik macam tu. Sape saja suka? Kalau wanita lain akan ok ke?

Aku punya was – was ni dah datang balik. Dah elok aku cuba move on dari kejadian hari tu. Aku ni dah la straight lepas tu suruh buat bukan – bukan macam tu. Aku perIukan pendapat dari pihak lelaki dan wanita buat masa sekarang.

Kitorang dah nak kahwin kurang dari 3 bulan. Patut ke aku putvskan saja pertunangan ni atau teruskan bertabah dan bagi dia masa. Tolong aku. Aku tak tahu nak cerita dekat siapa sebab takda sorang pun tahu story aku ni. Aku harap sangat netizens yang baca ni boleh bagi aku pendapat dan komen – komen yang murni. – Marissa (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Zieyla Aida : Tak.. Dia nak tolong carikan kawan perempuan? Alasan paling b0doh pernah akak baca dik. Cepat – cepat la sedar diri dik.

Khalila Ishak : Seriously, ni confession paling takleh nak “brain” langsung! Wake up confessor, WAKE UP! Tolong putvs sebelum dah terlajak bernikah. Banyaakkkkk lagi lelaki yang lebih baik ada kat muka bumi ni. Dia TAKKAN berubah.

Bila awak dah tau per4ngai dia dan masih lagi terima dia, satu masa dia akan rasa selesa je dan akan teruskan per4ngai jijik dia tu. Tu ha.. yang dia buat acc guna detail dan gambar awak tu, tu bukti dia nak normalize kan per4ngai dia la tu. Jangan cari masalah. Bukti semua ada kan? Dia pun mengaku dah. Putvs je. Tolong la… Sebelum menyesal.

NurAini Yusoff : First time comment sini sebab tak boleh nak ‘brain’. Baca dengan mengharapkan diakhir penulisan ada perkataan ‘saya dah putvskan pertunangan’. Betullahkan orang bila sayang dan cinta tak boleh nak berfikiran rasional, masih memilih untuk bertahan walhal ia sudah terang lagi bersuluh.

Sis tak bertanggungjwab untuk mengubah diri pasangan, ia adalah tanggungjwab pasangan sis sendiri, walau banyak mana sis bimbing jika dia sendiri yang tak celik akal dan hati perubahan takkan berlaku. By the way, sis sebenarnya dah tahu apa jawapannya tapi masih bertanya bagi mencari titik – titik kekuatan untuk bertahan kerana sayang. Semoga Allah swt Iindungi sis dan dipertemukan dengan jodoh yang baik – baik.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.