Aku memang mak tiri dari ner4ka. Rumah aku rules aku, aku suruh anak tiri balik rumah mak dia

Baru dua minggu lepas aku meng4muk besar sebab per4ngai pengotor dia. Kebetulan ada maintenance datang rumah nak check kerosakan bilik air tu. Kalau tak, aku tak tahu. Bayangkan, apa yang aku jumpa dekat flush jamban tu?? Jijik..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Semalam aku hamburkan kemarahan pada anak tiri aku (Reen, 17 tahun, baru 4 tahun duduk dengan aku). Baru dua minggu lepas aku meng4muk besar sebab per4ngai pengotor dia.

Bayangkan, dia period dan pad – pad dia kumpul atas flush jamban tu pad – pad yang dah guna tu. Kebetulan ada maintenance datang rumah nak check kerosakan bilik air tu. Kalau tak, aku tak tahu. Semalam aku marah sebab bilik air dia kotor.

Sinki penuh rambut dan berlendir – lendir. Kat penutup lubang lantai tu pun penuh rambut. Geram betul aku. Aku dah banyak kali cakap. Cakap dengan elok sudah. Cakap dengan kasar dulu. Jadi nak cakap macam mana lagi?

Aku bukannya pembersih sangat pun, bukan hari – hari suruh cuci toilet, suruh mop lantai. Tapi agak – agak la kalau dah kotor, cucilah kasi bersih. Agaknya semalam dia pun dah geram dengan aku yang selalu marah. Dia cakap benda tu perkara kecik je?

Dia memang nak buat weekend nanti. Dia kata dia pun ada perasaan. Aku banyak kali cakap, duduk dengan aku memang banyak undang – undang itu ini. Aku suruh dia duduk dengan mak dia kat kampung. Tapi dia tak nak.

Aku dah suruh dia packing barang semua, aku boleh setelkan hal tukar sekolah. Tapi tak nak juga. Aku cakap kau nak macam mana? Nak main henpon 24 jam? Peraturan aku pulang henpon pukuI 6 petang  tapi dia kata tak.

Bila aku tanya lagi, dia tak jawab. Aku memang mak tiri yang jahat. Datang dari ner4ka. Apa dia buat semua tak kena. Dulu lagi selalu kena marah. Sekarang dah m4kin berubah sikit kecuali sikap pengotor dan pemalas dia kadang – kadang.

Semua benda nak kena cakap, nak kena pesan, nak kena ulang. Berulang – ulang. 2 minggu lepas aku cakap dengan laki aku. Aku dah penat dan letih. Kalau lepas ni Reen buat lagi hal, aku minta dia hantar ke rumah mak Reen.

Biar mak dia pulak jaga dan ajar anak dia. Laki aku kata ok. Tapi semalam, bila jadi gini, apa tindakan laki aku? Diam dan kata dah banyak kali dah cakap suruh ubah per4ngai. Dia pun kadang – kadang penat nak tegur dah.

Dah kalau bapak sendiri pun penat nak tegur, habis aku ni macam mana plak??? Katakanlah pada aku, remaja memang begitu per4ngainya? Atau memang aku ni jahat. Suka cari pasal. Aku memang pantau henpon dia. Kadang – kadang aku tengok segala chat dia, tiktok dia.

Pelajaran dia pun aku pantau. Dulu banyak subjek dia gagal. Aku carikan tuisyen. Aku suruh dia belajar. Aku tentukan waktu belajar. Aku bising kalau sehari tak buka buku (time cuti). Alhamdulillah exam baru ni semua lulus dan subjek Math yang dari gagal boleh dapat C. Tak ke aku rasa bangga?

Tapi itulah, kalau tak ditegur dia lalai dengan henpon. Instagram, tiktok, layan movie. Kadang – kadang aku tegur, kadang – kadang aku biarkan. Sebab aku fikir dia pun perlu hiburan. Hari sekolah jadual pack. Tapi bila didiamkan, per4ngai mula tak semenggah.

Kalau tanya, nanti jawab lupalah, tak ingatlah. Aku tak pernah berkira dengan dia. Kadang – kadang belanja itu ini. Dia pun kadang – kadang baik. Ada masa dia mendengar kata juga. Cuma itulah, kadang – kadang.

Aku penat. Letih. Dah banyak kali aku solat dan mengaji sampai teresak – esak menangis. Aku jahat dan tak layak jadi seorang emak. Sebab tu Allah tak beri lagi aku zuriat sendiri. Sebab aku tak layak jadi seorang emak.

Aku pun sedih dan tak tahu nak kata apa lagi. Laki aku pun, tak pernah nak faham. Hari tu bila aku luahkan – dia kata dia pun serba salah. Sini isteri, sana anak. Betullah kan aku memang jahat. Aku yang sebenarnya yang em0sinya bermasalah.

Aku dah tak tahu nak buat apa. Aku dah hilang kata nak cakap dengan anak aku. Dengan laki pon aku rasa h4mbar. Aku luahkan kat sini sebab aku tak tahu nak luah kat mana dan siapa. Tapi mak aku magic, hari tu dia datang rumah aku, nak balik tu dia peIuk aku dan kata – banyakkan bersabar.

Mata aku berkaca – kaca masa tu. Aku rasa nak peIuk mak aku kuat – kuat dan meraung. Tapi aku tahan hati aku. Begitulah cerita aku. Seorang mak tiri yang jahat dalam love-hate relationship dengan anak tiri. – Kemboja tanpa bunga (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nur Ain Yasak : Hugs for you. Cuba puan start peIuk anak tiri puan. PeIuk setiap hari. PeIuk dan bisikkan kat telinga dia. Cakap puan minta maaf marah – marah dia. Puan nak dia jadi seorang yang hebat. Puan tak niat nak s4kitkan hati dia. Puan sayang dia.

Pastu puan cakap apa puan nak nasihat dia. -Bersihkan bilik air seminggu sekali. -Sampah buang elok – elok dalam tong sampah. Seeloknya buang sampah setiap hari. -belajar sehabis baik, puan nak dia jadi perempuan cantik dan bijak. -boleh main social media.

Tapi mesti tunjukkan result yang baik. Puan ibu yang terbaik. Terima kasih sudi jaga dan didik anak tiri. Allah sayang puan. Puan ibu dari syurga. Belum rezeki ada anak sendiri. Allah nak puan practice dengan anak tiri dulu. Hugs for you.

Hernieza Hashim : Kadang – kadang anak – anak yang ibu bapak bercerai memang mempunyai tantrum yang dia sendiri saja tahu. Hati dah perasaan dia lain. Puan kene pandai bermain benang dalam tepung. Membesarkan anak bukan proses yang mudah puan.

Semoga puan terus tabah. Kalau boleh usahlah dimainkan sentimen halau ke rumah ibu dia. Anak – anak yang bijak ini bukan sekadar IQ. EQ jugak perlu dimainkan peranan. ( Study berkenaan EQ for parenting). Anak jugak perIukan semangat, dorongan dan kata – kata motivasi. Semoga diberi kemudahan untuk puan sekeluarga.

Suriani Shah : Puan dah buat selayaknya seorang ibu. Tahniah puan. Hanya puan kena tambah ketabahan dan kecekalan untuk terus membentuk anak puan. Jangan putvs asa dan jangan lelah. Semua ibu – ibu has the same problem.

Perhaps puan boleh impose curfew on hand phone atau tahan duit belanja selepas beri amaran tegas. Semoga terus diberi kekuatan dan kesabaran ya. Saya also sarankan… sedekahkan lah al-fatihah every day sebaik puan bangun tido dan selepas solat. Insyaallah. Mata hati anak puan akan lebih terbuka dan ada ihsan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.