Isteri aku ni kuat agama, bertudung labuh. Masa dia dapat tawaran kerja, gaji besar lagi dia pandang aku sebeIah mata. K3jut aku bangun pun pakai kaki je. Waktu ni jugak isteri aku dah mula naik kaki dan tangan dekat aku. Aku sabar sebab sayang. Sehinggalah dia guna helmet..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku terpanggil untuk kongsi kisah kat sini setelah aku baca confession bro fadhil yang jadi m4ngsa pada isteri yang ‘g4nas’. Aku kesian dekat kau bro. Aku faham sebab aku pun pernah lalui apa yg kau lalui, jadi m4ngsa d3ra.
Cuma yang bezanya isteri aku (sebetulnya bekas isteri) tak pakai niqab. Aku tak tahu silapnya kat mana, aku teringat dulu aku pernah kena beIasah dengan abang – abang ipar aku hanya sebab bekas isteri aku mengadu pada diorang yang aku pukuI dia.
Padahal tu semua rekaan, tak ada sebab pun untuk aku perlu berkasar dengan dia. Bekas isteri aku ni bukan calang – calang orang, belajar tinggi dari aku, kos agama, bertudung labuh, join usrah. Tak macam aku ni, belajar level takat diploma, dan aku bukan dari background keluarga yang islamik tapi hubungan aku dengan Tuhan memang aku jaga.
Awal – awal dulu dia yang beriya – iya sangat nak kahwin dengan aku, padahal aku ni tak ada apa pun. Dia ‘kejar’ aku giIa – giIa. Aku ingat lagi awal – awal perkahwinan dia janji nak susah senang sehidup sem4ti dengan aku tapi janji tinggal janji, baru 3 bulan bersama dia dah mula merungut mintak cerai.
Alasannya hanya sebab aku tak mampu nak tanggung dia, gaji aku kecik dan aku tak ada kereta. Korang bayangkan waktu tu aku baru beberapa bulan bertapak dalam dunia pekerjaan, sepatutnya dia kena bersabar sikit.
Lagipun makan pakai semua aku bagi dia cukup dan aku tak pernah sentuh langsung duit gaji dia. Disebabkan aku sayang kat dia, aku buat OT, hampir tiap – tiap hari. Semua hanya sebab dia tapi dia tetap tak berubah, lagi teruk lagi ada lah.
Dia dah mula halau aku tidur luar, cakap pun dah ber’aku engkau’ dengan aku, m4ki hamun dan mencarut tak kira masa. Segala jenis binatang dan sewaktu dengannya semua aku dah pernah rasa. Kadang – kadang aku menangis sorang diri bukan sebab aku sedih dengan cacian dia, aku sedih kalau Allah murka pada aku sebab aku tak pandai jaga bini.
Aku takut kalau aku dipersoalkan di akhir4t nanti. Lepas dia dapat tawaran kerja, sikap dia m4kin menjadi – jadi, mana taknya, gaji dia lagi besar dari aku yang ciput ni. Dia pandang aku sebeIah mata, dia dah mula keluar rumah tanpa izin.
Bila aku tegur, dia cakap aku dayus dan berd0sa sebab tak izinkan dia pergi usrah, cari ilmu agama. Waktu ni dia dah mula angkat tangan dan kaki pada aku. Aku ingat lagi masa dia k3jut aku pagi – pagi guna kaki dia. Kadang – kadang dia siram air kat aku dan sep4k aku sambil marah – marah.
Aku ingat lagi dia pernah pij4k aku masa aku demam, mc tak pergi kerja, dia tuduh aku pemalas, dia p4ksa aku pergi kerja. Dia langsung tak fikir aku teruk kerja siap ambil ot setiap hari sampai s4kit – s4kit hanya sebab dia.
Aku ingat kahwin dengan perempuan tinggi ilmu agama macam dia hidup aku akan bahagia tapi aku silap. Lagi tinggi ilmu dia, lagi h1na aku di mata dia. Segala urusan rumah bukan lagi kerja dia. Memasak, kemas rumah semua aku yang kena buat, dia pulak hanya goyang kaki tak buat apa.
Aku tahu dia sengaja buat tu semua semata – mata dia mahu aku ceraikan dia tapi aku tak nak sebab aku sayangkan dia. Aku yakin rumah tangga aku boleh diselamatkan lagi, aku teruskan bersabar. Perg4duhan tercetus bila ada sekali tu dia tengah buat kerja kat laptop dia dan aku tanpa sengaja terIanggar wayar charger dia dan laptop dia autom4tik off.
Dia meng4muk menjerit m4ki hamun aku, dia pukuI aku tapi aku langsung tak baIas. Tiba – tiba dia ambil helmet aku dan baling kat kepala aku. Waktu tu aku hilang sabar dan buat pertama kali aku t4mpar muka dia sampai terduduk.
Kebetulan jiran sebeIah rumah suami isteri datang sebab dengar suara bising – bising. Bini aku cepat – cepat pergi kat diorang sambil menangis dan mengadu konon aku selalu pukuI dia. Waktu tu jiran aku yang si isteri tu berkeras nak buat report polis, tapi suami dia tak bagi.
Rupa – rupanya si suami dah dapat agak bukan aku yang salah dalam hal ni. Malam tu aku demam, kepala aku s4kit, dia?? Memang langsung tak ambil tahu pasal aku. Esoknya suami jiran aku tu (aku panggil dia abang Rahim la) yang bawak aku ke kIinik lepas tengok aku keluar rumah nak pergi kerja dalam keadaan yang sangat lemah.
Hentakan helmet tu memang buat kepala aku betul – betul s4kit. Abang Rahim jadi tempat aku mengadu. Sekeras – keras aku sebagai lelaki, hari tu memang air mata aku tumpah jugak. Abang Rahim cadangkan kami pergi kaunseling tapi dengan sikap bini aku yang holier than thou tu aku dah tahu, takat kaunseling memang dia tak akan layan tapi aku tetap tak lupa berdoa moga Allah ampunkan dia dan berkati hidup dia.
Itu doa aku hari – hari untuk dia dulu. Benda ni berlaku lama jugak. Mak bapak kitorang langsung tak tahu kalau selama ni hidup kitorang bermasalah. Akhirnya lepas lebih kurang hampir 2 tahun hidup berumahtangga, aku lafazkan taIak, itu pun lepas aku dapat tahu dia ada hubungan dengan lelaki lain.
Aku dapat tahu lelaki tu serba ‘ada’, aku jadi tak ada hati nak teruskan perkahwinan yang menyiksakan ni. Lagi – lagi bila dia dah mula h1na orang tua aku depan aku. Waktu tu, semua keluarga aku termasuk orang tua aku sendiri pulaukan aku.
Diorang semua cakap aku jahat sebab sanggup ceraikan ‘isteri solehah’. Memang dia dah betul – betul berjaya ‘berlakon’ dan tipu semua orang sampai tak ada siapa lagi percayakan aku kecuali abang Rahim. Tapi Allah tu maha adil, kebenaran akhirnya berpihak pada aku.
Keluarga dia yang dah m4ki aku dulu akhirnya tahu jugak sikap sebenar anak diorang, begitu jugak orang tua aku. Tapi aku tak marah dan salahkan diorang sebab aku tahu yang diorang tak tahu. Apa pun berlaku pada aku tu aku yakin pasti ada hikmah dan kebaikannya.
Alhamdulillah, sekarang aku dah kahwin lain, Allah kurniakan aku seorang isteri yang sangat baik dan solehah. Juga belajar tinggi lebih dari aku, kos agama dan bertudung labuh tapi dia sangat – sangat menghorm4ti aku sebagai ketua keluarga. Isteri aku ni dulu study UIA.
Kalau orang tanya aku tak serik ke kahwin dengan perempuan macam tu? Aku akan jawab ‘tak’. Aku percaya tak semua perempuan bertudung labuh tu jahat. Sama jugak dengan perempuan berniqab, sama jugak dengan manusia yang lain.
Kita tak boleh pukuI rata. Kita kena faham, orang yang ‘tahu’ agama tak semestinya ‘faham’ agama, kalau tak, takkanlah aku kahwin dengan isteri aku yang sekarang? Apa pun aku mohon doa korang semua untuk aku sekeluarga terutama isteri aku yang bakal melahirkan cahaya mata kami yang pertama tak lama lagi.
Kisah aku ni, apa yang baik korang ambil la bawak balik, yang buruk tu korang campak jauh – jauh. Dalam hidup kita ni, memang kita akan jumpa macam – macam orang dan keadaan, tapi yakinlah seteruk mana pun ujian yang datang, tu semua adalah tarbiah dari Tuhan untuk kita jadi h4mba yang lebih bersyukur dan lebih menghargai. Bersangka baik lah dengan Allah. wassalam..
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.