Kau bayangkan dari 8am – 7pm anak aku hanya sekeping pampers disalinkan. Klimaks aku dah tak tahan bila b0ntot anak aku h4ngus melecet macam apa merah terbakar dan dia tak mengaku apa – apa. Akhirnya, selepas suami aku desak baru dia ngaku tak salin pampers tak perasan budak ber4k.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualikum wbt. Nama aku Annur. Aku dah berkahwin hampir 11 tahun. Tergerak nak kongsi juga kisah mak mertua aku yang kaki drama dan kaki putar cerita. Aku tak tahu la ini dikira bukak aib ke ape ke tapi aku rasa nak cerita untuk pedoman.
Mak mertua aku masih punya suami yang masih elok sihat rupa paras. Beliau pun alhamdulillah sihat gagah. Sepanjang perkahwinan aku awal – awal semuanya indah. Saban hari dan tahun, per4ngai tembelang mak mertua aku ni m4kin kelihatan.
Usai aku melahirkan anak pertama, dia berdongdang sayang hendak jaga anak aku. Hingga berg4duh aku suami isteri. Okay aku mengalah. Aku tahu anak aku hanyalah alat untuk dia tunjuk dia nenek misali. Kerana pada masa tu dia sudah pun mengasuh 2 orang cucu lain.
Yang masih kecil usia tak lebih 3 tahun. Boleh bayangkan nenek berusia 60-an mengasuh 3 budak budak bawah 3 tahun. Okay tak apa aku mengalah. Sebab hari hari telefon suami aku marah kami mencari pengasuh. Suami aku post di fb bertanya jika ada pengasuh berdekatan yang free dan available, mak mertua aku masuk comment marah marah.
Kami delete post tersebut. Dia yakinkan suami aku sampai berjaya dan yes aku mengalah. Korang tahu seterusnya? Anak aku setiap hari balik petang akan ada kesan di badan. Bukan d3ra. Tapi, bintik nyamok bintat lengan dua belah, kepala anak aku Iuka berd4rah kesan 3 gigi kiri kanan, b0ntot anak aku melecet merah tak salin pampers. Sehari sekeping pampers.
Kau bayangkan dari 8am – 7pm anak aku hanya sekeping pampers disalinkan. Klimaks aku dah tak tahan bila b0ntot anak aku h4ngus melecet macam apa merah terbakar dan dia tak mengaku apa – apa. Akhirnya, selepas suami aku desak baru dia ngaku tak salin pampers tak perasan budak ber4k.
Itulah adalah kali terakhir aku hantar anak aku pada dia. Oh ha aku bayar okay bulanan RM350 okay. Aku bersabar. Tak cukup tu, kami nak pergi check up bulanan anak pun kena label SOMBONG sebab tak minta tolong dia bawak kan.
Sebab kami kerja jadi dia nak p4ksa kami letgo anak dia je bawak. Big no this time. Dia telepon lagi m4ki hamun cakap kami sombong. Menitis air mata aku. Dalam hati aku, kalau la mak bapak aku tahu macam ni aku diperlakukan.
Okay habis cerita jaga anak aku. Cerita kaki drama pula, ratu drama. Mak mertua aku ni ada 4 orang anak lelaki, 2 orang perempuan. Yang lelaki 3 orang dah berkahwin, sorang bujang (lelaki). Yang perempuan plak sorang dah kahwin (mak kepada 4 anak dan cucu mak mertua jaga), sorang lagi bujang (perempuan).
Dia sejenis yang akan telepon anak – anak lelaki dia setiap hari. Pusing semua. Tak kiralah anak – anak dia tengah kerja ke tengah duduk dengan keluarga ke tengah spent time dengan anak isteri ke. Termasuklah suami aku. Dia akan cerita masalah dia hari – hari masalah baru.
Sampai suami aku murung balik kerja sebab mikirkan masalah mak mertua aku ni. Aku tak tahu la apa yang bermasalah sangat hidup dia. Ada suami masih sihat. Dia pun sihat je lagi. Duit ada je anak – anak supply bulanan. Dia tak aman tau.
Kau tahu apa dia buat? Dengan setiap panggiIan tu, dia akan merintih sedih. Bercerita. Seolah dunia ni k3jam yang amat untuk dia. Kena jaga cucu – cucu (yang tadi 2 beradik sekarang dah jadi 4 beradik). Str3ss jaga cucu tertekan. Habiskan duit untuk cucu.
Mak bapak budak – budak ni tak berguna lah, mak bapak budak – budak ni tak berduit lah. Serba serbi. Dengan harapan apa? Dengan harapan 4 orang anak lelaki dia ni simpati dan bank in duit pada dia. Atas alasan dia str3ss dan anak – anak perempuan semua gunakan dia, habiskan duit dia, belanja makan pakai, beli bawang beras rumah, bayar bil api air, beli susu pampers cucu – cucu.
Sejuta alasan. Sah – sah la dia akan buruk kan anak perempuan dia ni (mak kepada cucu 4 beradik). Mereka ya tinggal rumah sebeIah – sebeIah. Akhirnya kau tahu apa? Dia burukkan anak lain pada anak lain. Lepas tu dia sama adik beradik berg4duh.
Sebab mulut mak menyampai cerita. Lagi, mak mertua aku kaki sendeng. Mata duitan. Anak – anak lelaki dia yang kaya dia akan buntut ngekor sampai sudah. Dia akan mengemis cerita str3ss sedih extra. Minta duit extra. Duit bulanan dah dapat, duit harian pun nak kokot.
Based on cerita sedih hari – hari call. Nanti dia dapat duit, dia akan belanja cucu dia bela dan semua yang ada dekat rumah tu. Aku kadang – kadang kesian tengok mak mertua aku ni. Kejar duit seolah lupa m4ti esok lusa. Dia akan berbangga dengan duit dia dapat.
Ada je idea dia nak ambil duit anak – anak. Bermacam cerita sedih. Dia mampu buat anak – anak lelaki dia macam boneka dan berg4duh membenci satu sama lain. Dia mengatur hidup anak – anak lelaki dia. Ko bayangkan, setiap kali kami berjalan dia akan call / sms suami aku tanya kat mana.
Setiap kali kami berbelanja dapur dia akan cakap juga dia berbelanja habis ribu walhal dia belanja untuk orang lain guna duit orang lain. Bukan duit dia. Tapi dia tak nak kalah kan. Tiap kali suami aku bawa mak bapak aku berjalan, dia akan telepon buat ayah sedih, entah siapa nak bawa mak berjalan ye tak ada siapa.
Aku berhuhuhu sebeIah dalam kereta. Itu belum lagi kami berjalan sana sini bawa anak – anak, dia akan minta juga suami aku bawak kan cucu dia bela ni berjalan buat benda sama. Nanti dia r4cun budak – budak (cucu dia jaga) tu bodek cakap suruh bawa jalan.
Satu per4ngai dia aku paling benci, suka memburukkan anak – anak sendiri pada anak – anak lain. Terlalu ketara. Kalau dah tak suka bela cucu – cucu tu, cakap la. Bukan kau berd0sa pun. Daripada kau memburukkan dan buat adik beradik lain saling membenci. Engkau seorang mak.
Kau ajar anak – anak saling membenci. Mak mertua aku suka cakap besar. Cakap depan sed4ra mara nak tinggi. Anak – anak dia semua berjaya. Tak nak kalah dengan anak saud4ra. Bila anak saud4ra lebih sikit, dia akan terc4bar.
Mula la bercerita. Si polan – polan. Telepon orang sana sini nak bagitahu anak – anak dia semua kerja besar gaji berkerjaya. Dia juga pun suka je menipu. Bila bercakap menipu. Bersump4h. Suami sendiri dia tipu. Mak mertua aku suka bersump4h.
Penat aku tengok. Kesian. Mata duitan, kejar duit tak habisan, kejar anak – anak lelaki, anak – anak lelaki dah berkahwin pun dia nak atur hidup, suka masuk campor. Aku tak tahu bila dia akan berubah kaki drama dia tu. Entah lah.
Bercakap selalu bohong tipu. Kami sedar kami tahu. Aku fikir, dia ada duit pun dia tak bahagia, ada harta pun dia tak tenang, tak ada duit lagi tak aman berg4duh sana sini. Dengan anak – anak perempuan dia memang sentiasa berg4duh. Bila berg4duh dia akan mengadu dekat 4 anak – anak lelaki ni. PukuI rata babe. Moga kita terhindar dari jadi seperti ni ya gais. – Annur (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Hannah Johary : Assalamualaikum Annur, memang ada ibu dan mertua yang macam ni. Jenis mahukan perhatian. Lebih – lebih lagi bila anak – anak dah kahwin – kahwin, dia takut anak – anak dia tak beri perhatian pada dia lagi.
Dia takut anak – anak lupakan dia. Dia takut anak – anak lebihkan pasangan mereka dan keluarga mereka daripada dia. Sedangkan dia mak. Dia yang besarkan anak – anak sampai mendewasa dan berjaya. Dia yang bersusah payah sehingga siapa anak – anaknya pada hari ini.
Dia risau. Dia takut. She feels ins3cure. Jadi, dia cari perhatian. Jaja cerita, jaga cucu, minta duit dan cerita sedih semuanya kerana nakkan perhatian. Supaya anak – anak tak lupakan dia. Supaya dia masih nampak penting.
Supaya dia masih relevan dan diperIukan. Dia reka bermacam – macam cerita dan buat bermacam – macam kerenah supaya fokus anak tetap padanya. Tetapi dia lupa. Anak semua dah besar – besar. Dah pandai berfikir. Dan sebenarnya anak – anak menantu semuanya sayangkan dia pun.
Semua ambil berat. Semua tahu dan sedar dia tetap ibu yang perlu disayangi, dijaga dan diberi perhatian sampai bila – bila. Dia tak perlu pun buat macam tu. Tapi entahlah ye. Sebagai anak dan menantu, semoga kita semua sentiasa bijaksana dalam berfikir dan mengawal em0si dalam menangani masalah begini.
Apa yang sis boleh hindarkan, cuba hindarkan. Apa yang sis boleh jauhkan, cuba jauhkan. Yang rasa tak membawa kebaikan pada kedua – dua beIah pihak – iaitu sis suami dan anak, juga mak mertua – sedaya mungkin elakkan.
Selainnya, layankan je. Gembirakan dia selagi boleh. Berbakti padanya selagi sempat. Apa – apa kerenahnya, layankan saja. Berikan perhatian dan kasih sayang paling – paling banyak dalam kemampuan sis. Allah sees and Allah knows.
Selainnya tak perlulah str3ss – str3ss dengan kelakuannya. Anggap je itu kerenah biasa orang tua. Saya percaya sis boleh dan sis bijak menangani semua ini. Doa saya bersama sis sekeluarga. Mudah – mudahan hanya yang baik – baik saja sehingga ke akhirnya.
Na Rai Na : Dah alami macam ni. Tapi kita ada Allah. Saya doa biar suami nampak per4ngai mak dia (kaki drama, suka sedut duit anak, etc). Selama ni bila kita cerita dia payah nak percaya, anggap kita overthinking, saja nak cari pasal dengan mak dia.
Alhamdulillah, saat suami jatuh dalam kerjaya, baru dia nampak wajah sebenar mak dia, keluarga dia. Dah 7 tahun berlalu, suami tetap ingat apa yang orang buat kat dia bila dia tengah susah. Sekarang mak nak minta duit?
Boleh blah. Dia dah tak kasi duit, just kasi barang makan sahaja. Orang tua tu pun dah tak berani nak over – over sangat, especially lepas saya hambur peringatan mesra layanan dia pada suami masa tengah susah. Bila dah nampak senang sikit baru nak timang – timang. Ewah.. banyak cantik.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.