Kawan baik aku pelik tengok perut aku buncit macam mengandung tiga bulan. Bukan hanya perut saja buncit, kaki dan betis aku juga mulai b3ngkak. Suatu hari anak kedua aku menjadi saksi, kami jumpa di bawah kerusi meja makan, ada sekeping kulit binatang, dilekat gam, pada kulit itu ada macam – macam serbuk halus.
#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum kepada semua pembaca tegar page ni. Aku Mira, ingin berkongsi kisah tentang pengalaman aku sebagai m4ngsa sih1r atau Ilmu hitam. Maaf jika coretan aku panjang dan tidak menarik, kerana aku tiada bakat dalam penulisan.
Terima kasih juga kepada admin kerana sudi menyiarkan kisah aku ini. Suatu ketika aku tidak berapa nak percaya kepada sih1r dan ilmu hitam. Bagi aku, kalau kita buat hal sendiri, tak kacau hidup orang, pasti tak jadi benda buruk – buruk tu.
Sekali Allah nak uji, barulah kena batang hidung sendiri. Sebelum aku meneruskan kisah aku, biarlah aku kenalkan serba sedikit tentang diri aku. Nama samaran aku, Mira, telah berkahwin dan mempunyai anak – anak yang sedang meningkat dewasa.
Aku dan suami bekerja di tempat asal ibu bapa aku. Kisah yang ingin aku kongsikan dengan para pembaca, telah lebih 10 tahun terjadi. Diringkaskan cerita, walaupun aku rasa aku tidak pernah ganggu hidup orang lain, tiada musvh, hidup aku seharian sibuk dengan kerjaya dan keluarga kecil aku.
Suami aku juga selalu out station, masa cuti yang kami ada hanya untuk keluarga sahaja. Aku jarang bertandang ke rumah saud4ra mara, jiran tetangga dan kawan – kawan, hanya masa – masa tertentu seperti s4kit demam atau kenduri – kend4ra saja kami berjumpa.
Aku pula bukan jenis yang suka bergossip bagai dan cakap lepas. Aku suka buat hal aku sendiri. Jadi aku rasa tiada sebab untuk aku atau sesiapa saling bermusvhan. Hinggalah pada suatu masa, saat itu aku mengandungkan anak aku Ahmad.
Masuk bulan ke-4, setiap malam selepas waktu Isyak badan aku akan gatal – gatal seperti terkena miang buluh. Gatalnya satu badan hanya Tuhan yang tahu. Macam – macam cara aku buat untuk hilangkan rasa gatal tu, peliknya masuk pukuI 1 atau 2 pagi rasa gatal tu hilang sendiri.
Hal ni aku ceritakan pada suami dan arw4h ibu aku. Mereka kata, ni pembawaan budak, kan aku tengah mengandung. Sabar sajaIah.. Ubat makan ubat sapu semuanya doktor bagi tapi tak berkesan pun. Tidur aku pula selalunya selepas pukuI 1 atau 2 pagi, tiap – tiap hari nak bangun Solat subuh dan bersiap ke tempat kerja punyalah siksa, bayangkan setiap hari aku tak cukup tidur dan rehat.
Masa tidur yang sedikit tu pun dipenuhi dengan mimpi – mimpi yang ngeri. Masa ni aku tak terfikir pun aku mula disih1r. Akhirnya aku selamat melahirkan anak aku, Ahmad. Segala rasa gatal – gatal yang aku tanggung sepanjang malam kehamilan aku hilang macam dicubit buang. Aku bersyukur sangat – sangat.
Semasa dalam pantang, makcik, adik arw4h ibu aku selalu datang ke rumah aku. Bawa macam – macam jenis daun herba untuk buat balut tungku, mandi dan rebus untuk minum.. Aku ni, terima saja pemberiannya dengan senang hati.
Sebelum aku bersalin, suami aku mengambil seorang pembantu rumah untuk menjaga aku dalam pantang. Suami aku sibuk dan tidak mempunyai masa untuk membantu aku selama berpantang. Alhamdulilah pembantu rumah aku orang yang baik dan cekap membuat kerja rumah.
Berbalik kepada kisah asal aku, selepas habis berpantang bermula episod aku dengan sih1r atau ilmu hitam. Hari pertama aku kembali ke tempat kerja, sahabat baik aku bertanya aku.. “h4ng mengandung lagi ke Mira?”, aku jawab.. “h4ng jangan buat lawak, aku baru habis pantang ni…”,
Kawan baik aku pelik tengok perut aku buncit macam mengandung tiga bulan. Bukan hanya perut saja buncit, kaki dan betis aku juga mulai b3ngkak. Atas nasihat rakan – rakan sekerja, aku buat medicaI checkup. Keputvsan ujian d4rah aku semuanya baik – baik saja, tiada tanda – tanda s4kit kr0nik seperti buah pinggang dan sebagainya..
Hinggalah Ahmad, anak aku hampir setahun umurnya, aku mula tak boleh berjalan dan berdiri lama – lama, aku akan rasa s4kit yang amat sangat. Setiap malam aku selalu bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi, dikejar penjahat, ular dan sebagainya.
Aku ceritakan masalah aku kepada seorang sahabat yang aku anggap seperti kakak aku. Kak Ain membawa aku berjumpa tokcik, nenek saud4ranya, seorang wanita berusia yang arif dengan ilmu – ilmu kebatinan. Daripada perjumpaan itu, barulah aku tahu, aku telah terkena ilmu hitam daripada orang yang tidak senang hati melihat keharmonian hidup aku sekeluarga.
Menurut tok cik, aku terkena sih1r angin. Alhamdulilah, selepas berubat dengan tokcik, dengan izin Allah b3ngkak di kaki, betis dan perut aku mula surut. Aku mula rasa sihat seperti biasa, cuma gangguan waktu tidur masih berterusan.
Tokcik menasihati aku supaya baca Al Quran setiap hari, banyakkan solat – solat sunat, termasuk Solat hajat. Aku menuruti nasihat tersebut. Aku sangka ujian aku berakhir di situ, rupa – rupanya belum sampai sebulan aku betul – betul sihat, sekali lagi aku dihantar ilmu hitam, kali ni dalam bentuk s4ntau pulak.
Ketika di tempat kerja, tiba – tiba badan aku terasa panas seperti dibakar. Aku minta kawan sekerja aku menyentuh tangan aku untuk memastikan aku berkhayal atau sebaliknya. Memang betul apa yang aku alami itu. Kawan aku cepat – cepat menarik tangannya apabila menyentuh tangan aku.
Katanya, panas tangan aku luar biasa, bukan sebab demam. Dia menyuruh aku segera berjumpa ustaz di Darul Syifa. Hari tu, aku mengambil cuti separuh hari dan terus berjumpa seorang ustaz berhampiran tempat tinggal aku.
Ustaz itu memberitahu aku terkena s4ntau. Beliau berusaha merawati aku. Aku dinasihati untuk tidak mengambil makanan seperti daging, ayam, telur dan pulut selama setahun. Kata ustaz tu, jenis makanan ini biasanya diguna orang untuk memuja ilmu hitam.
Alhamdulilah dengan izin Allah aku selamat daripada s4ntau tersebut. Sebenarnya banyak yang terjadi kepada aku sekeluarga. Kalau aku nak ceritakan semua di ruangan ini, mungkin boleh jadi sebuah novel. Lebih sepuluh tahun aku disih1r.
Yang aku ceritakan di atas hanya sebahagian kecil saja ilmu hitam yang berlaku kepada aku. Aku serahkan seluruhnya kepada Allah kerana aku yakin tiada yang dapat membin4sakan aku, melainkan dengan izin Allah. Akhirnya aku tahu siapa yang berhati ibIis, sanggup melakukan perkara yang syirik hanya kerana s4kit hati kepadaku, ibu bapaku dan suamiku.
Semuanya kerana harta dan duit ringgit, yang terkenanya aku, kerana aku yang rapat dengannya. Macam mana dia boleh rapat dengan aku. Arw4h mak dan ayah aku merantau jauh dari kampung halaman mereka. Aku dan suami aku ditakdirkan rezeki kami di tempat asal ibu bapa aku.
Di sini aku tinggal berhampiran makcik. Makcik pula rajin bertandang ke rumah aku. Bagaimana aku tahu, Allah yang Maha Berkuasa membuka segala rahsia. Suatu hari anak kedua aku menjadi saksi, makcik aku, adik arw4h emak meletakkan sesuatu di dalam rumah kami.
Kami jumpa di bawah kerusi meja makan, ada sekeping kulit binatang, dilekat gam, pada kulit itu ada macam – macam serbuk halus.. Kulit itu dilekatkan pada bahagian bawah kerusi. Aku bawa kulit itu ke rumah seorang ustaz. Memang sah, benda itu adalah sih1r.
Seterusnya bukti yang terang dan jelas, kawan baik aku terjumpa makcik aku itu, di rumah seorang b0moh.. Kawan aku bawa saud4ranya ke rumah b0moh itu untuk berubat. Pada waktu yang sama, makcik aku juga ke tempat yang sama.
Sewaktu kawan aku menanti giliran, dia terdengar makcik aku menyebut nama aku, Mira dan suami aku Naim dan tempat tinggal kami. B0moh tersebut meminta dia mengambil tanah di kawasan rumah aku. Kawan aku yang mendengar terus tergamam, balik dari rumah b0moh tersebut, kawan aku telefon aku dan meminta aku berhati – hati.
Selepas kejadian itu, makcik aku memang ada datang ke kawasan perumahan aku waktu tengah malam. Mujurlah ada pengawal keselamatan di kawasan perumahan aku tinggal. Belum sempat dia nak ambil tanah di kawasan rumah aku, pengawal tu dah block dia.
Dengan malu dia keluar dari kawasan rumah aku. Aku tahu hal ni, kerana pengawal keselamatan tu kawan baik suami aku. Dia yang cerita, siap catat no plate kereta lagi. Apa tindakan aku selepas mengetahui dalang yang terlibat.
Aku buat seperti biasa, cuma apabila makcik datang ke rumah, aku pura – pura nak keluar rumah. Aku tak benarkan dia masuk ke rumah aku lagi. Aku juga tidak mengunjungi rumahnya. Hanya apabila ada kenduri kend4ra jika dijemput baru aku pergi.
Kalau aku jumpa makcik di rumah adik beradik mak, aku tegur dan bersalam macam biasa, cuma aku lebih berhati – hati. Aku amalkan ayat – ayat pendinding. Bagi aku apa – apa yang dia lakukan biarlah Allah yang uruskan. bukan urusan aku untuk membaIas.
Aku dan suami aku, Alhamdulilah baik – baik saja.. Selepas bertahun – tahun berhadapan Ilmu hitam, Kami sedar tiada yang berkuasa di dunia ni, hanya Allah tempat kita memohon perIindungan.. – Mira (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Na Mlna : Saya sedang mengalaminya dan sedang berubat. Ustaz kata niat dia si pelaku ni nak buat saya giIa. Memang betul pun saya hampir separuh giIa sebelum ni. StruggIe untuk Iawan. Tapi masih belum tahu siapa pelakunye dan teringin sangat nak tahu.
Cuma sekarang effect selepas berubat yang saya perasan dan rasa is susah tidur dan badan saya berangin setiap masa tak tentu pasal padahal saya tak makan / minum apa – apa yang berangin pun. Sekarang ni saya ada trust issue. Takut nak percaya sape – sape dan sedang menjauh dari semua huhu.
Rose Ejai : This is so true. Aku dan suami aku, Alhamdulilah baik – baik saja. Selepas bertahun – tahun berhadapan ilmu hitam, kami sedar tiada yang berkuasa di dunia ni, hanya Allah tempat kita memohon perIindungan.
Berusaha untuk berubat. Tapi serahkan semuanya pada ALLAH.
Abidatul Akmaliah : Hmmm sebab tu kadang – kadang kita akan lebih prefer untuk duduk jauh dari keluarga especially keluarga besar (bukan keluarga nukleus). Sebab benda – benda macam ni lah. Dengki. Dengki. Dengki. Sebab dengki dan busuk hati. To confessor, I feel you.
Norlia Yusof : Astaghfirullahalazim.. mogà makcik tu sempat bertaubat. Kita selalu cakap kenapa la nak buat sih1r – sih1r ni syirikkan. Tak takut ke, tapi kan nak tau, kalau setitik hati kita ni hitam disebabkan d0sa – d0sa kecil, lama – lama hati ni jadi kabur. Kabur dan tak nampak lagi dah mana benar dan mana salah. Istighfar lah banyak – banyak moga dapat cuci hati kita sama – sama. Moga tt sentiasa diIindungi Allab swt. Amin.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.