Setiap kali ada cucu perempuan yang datang kotor, nenek akan bau-bau sambil jilat bibir. Mak bongkar rahsia

Hari – hari nenek minta abah ceraikan mak, kahwin dengan perempuan yang nenek suka. Bila abah tak nak, nenek suruh kahwin dua. Mak kena halau, tak dibenarkan menjejakkan kaki di rumah nenek. Mak cakap, mungkin ni Tuhan nak tunjuk..

Salam… Saya merupakan anak kedua kepada anak kedua nenek saya. Anak abah. Nenek saya dah lama terlantar s4kit di atas katil. Str0ke, sebelah kanan Iumpuh sebeIah kiri je boleh bergerak. Mula s4kit lepas jatuh berturut – turut sebanyak 3 kali dalam bulan 11 tahun lepas.

Nak dijadikan cerita, biasalah, bila s4kit ni, badan kita jadi lemah. Lagi – lagi orang tua. Walaupun nenek saya kuat mengaji semua tu, bila s4kit, solat mengaji dah kurang, maka adalah gangguan serba sedikit yang lama – lama jadi bukit.

Bermula dengan tak tidur malam selama 3 hari berturut – turut lepas tu tidur sehari suntuk lepas tu berjaga lagi selama 3 hari berturut – turut. Begitulah rutin nenek dalam dua bulan pertama s4kit. Tak lama kemudian, tambah lagi dengan sebaik sahaja azan maghrib, nenek akan bersuara dengan suara nyaring berjerit – jerit diselang – seli dengan suara serak dan kasar.

Tenaga tangan dan kaki beIah kiri memang sangat kuat. Kalau masa nak suap makanan, ubat terutamanya, benda dia tak mahu, bayangkanlah dia boleh tahan tangan dua orang yang cuba pegang tangan dia. Rentap macam tu je.

Berapa orang pernah kena t4mpar (tak sengaja, dia nak rentap tapi tert4mpar), boleh tahan berdengung jugak telinga kami. Tenaga kuat yang undescribable. Jadi dari situ kami mula berhubung dengan tok b0moh dan ustaz.

Mula – mula, dengan ustaz darul syifa yang kebetulan merupakan saud4ra dekat kami. Beliau datang ke rumah untuk tengok sendiri. Long story short, dia cakap ni gangguan dari jin yang menyinggah sahaja. Kami dinasihati perbanyakkan solat dan baca al-quran. Ok.

Tak lama lepas tu ada saud4ra perkenalkan seorang ustaz yang pernah merawat kes budak perempuan tak berhenti – henti berd4rah dari kemaIuannya akibat dic4kar sy4itan, begitu juga kes orang kampung kami yang gangguannya mengakibatkan dia sampai boleh melekat didinding, memanjat dinding.

So ustaz tu datang rumah. Dia cakap, dekat nenek tu ada lima ekor. 4 yang orang lain punya. Belaan orang yang dah meninggaI dan tak bertuan. Seekor lagi milik nenek saya sendiri. Kami semua terkulat – kulat mendengarnya.

Eh? Nenek saya ni jenis yang tak tinggal solat jemaah, mengaji tiap masa. Jadi bila ustaz cakap macam tu, kami semua tak percaya. Takkanlah. Dengan perwatakan nenek yang lemah lembut, tidak pernah mengeluarkan kata – kata kesat pun.

Jadi kami ambil keputvsan untuk tak percaya pada ustaz tersebut. Hari demi hari, bila percakapan nenek jadi teratur semula, nenek mula mengeluarkan kata – kata kesat. Sebut sahaja binatang apa yang ada kat hutan, semua dia sebut.

Cucunya dipanggil b****h, binatang, b**i. Kalau lambat sikit beri makanan, hadaplah kau panggiIan – panggiIan tersebut. Akibatnya panggil lah ustaz lagi. Ustaz ni datang ‘scan’, lepas tu dia kumpulkan anak cucu nenek yang berumur 25 ke atas.

Ustaz cakap, nenek ni macam – macam ada. Yang menyinggah ada, yang bela sendiri ada, yang s4ka pun ada. Ustaz suruh kami cari benda yang paling lama ada dalam rumah dan benda yang nenek tak pernah tinggal, selalu bawa ke mana – mana hatta ke solat jemaah sekalipun.

Bermula dari jumpa ustaz ni lah, bermacam – macam gangguan yang kami dapat. Nasi yang ditanak tak bertahan sampai 3 jam pun. Alih – alih nak makan nasi, tengok dah basi. Malam – malam, nenek meraung sekuat – kuatnya, tenaga nenek jadi luar biasa kuat (nasib baik Iumpuh sebeIah badan abah cakap, kalau tak, apa lah yang jadi agaknya), kadang – kadang lepas meraung tiba – tiba nenek mengiIai. Kelibat tu biasalah.

Bayangkanlah, jirang belakang rumah buat keputvsan untuk duduk di rumah anak sebab tak tahan dan takut dengan nenek yang meraung malam – malam. Kuat, memang jiran sekeliling dengar. PukuI 1 – 2 pagi dengar tapak kaki atas bumbung, kadang – kadang macam hujan batu jatuh atas bumbung.

Sebulan sebelum puasa, ada jiran nampak ada bebola api atas rumah. 7 hari berturut – turut. Dari situ, kami jumpa tempayan lama yang abah sendiri pun tak tahu bila lagi ada. Yang pasti, masa abah kecik, tempayan tu dah ada.

Abang abah pun cakap benda sama. Ustaz tu cakap, dalam banyak – banyak ekor tu, salah satunya adalah dari moyang kami, yang merupakan bidan. Tahu – tahu sajaIah, bidan zaman dulu, takkan lah takde bela kan. Ustaz tu kata, dengan tempayannya, dengan bola apinya, dengan moyang bidannya, kemungkinan besar jenis penanggal.

Lagi sekor, yang nenek punya, ustaz tu cakap sekor ni, patuh betul dengan nenek. Lepas tu, ustaz darul syifa bagitahu mak, nak cakap bahawasanya nenek ni dipatuhi, nenek terasa hati sikit, sekor ni terus ser4ng orang yang buat nenek terasa.

Kalau nenek bagi arahan, terus dia buat. Tak masuk lagi pemakaian nak bagi nampak cantik, nak suruh disayangi. Hmm entahlah. Awalnya saya masih ragu – ragu. Sebab sy4itan memang penuh tipu daya. Must4hil nenek macam tu.

Bulan puasa hari tu, mak cakap nenek tak buat hal sangat. Meraung, melaung tu ada tapi kurang. Disebabkan saya merupakan anak yang mak percaya, mak membongkarkan rahsia yang mak simpan tanpa siapa pun mengetahui.

Masa awal perkahwinan mak dan abah, nenek tak pernah merestui. Mak diherdik dan dihalau, tak dibenarkan menjejakkan kaki di rumah nenek. Sepanjang awal pernikahan, disebabkan abah ni jenis anak yang taat, abah solat berjemaah bersama nenek.

Subuh, asar, maghrib, isyak. Zohor tak sebab kerja.(jarak rumah kami 10 minit dengan motor) Jadi hari – hari jumpa nenek. Makan dengan nenek. Hari – hari juga nenek minta abah ceraikan mak, kahwin dengan perempuan yang nenek suka.

Bila abah bertegas taknak, nenek suruh kahwin dua. Perempuan tu pun tulis surat dekat abah, dia sudi jadi yang kedua. Alhamdulillah, abah memang bertegas taknak. Even masa mak mengandung yang keempat pun, abah masih dip4ksa kahwin dengan perempuan tu.

Perempuan tu pun tunggu abah. Sampailah adik yang keempat tu lahir, kebetulan suami makcik buat hal, kant0i kahwin dua. Makcik (adik abah) mer0yan, so hal kahwin dua tiga ni tersenyap sendiri. Mak bagitahu lagi, masa mengandungkan yang keempat, mak tetiba rasa macam s4kit di bahagian atas perut, s4kit mencucuk – cucuk.

Tapi mak buat dek je. Kadang – kadang masa s4kit bebeno tu, nak duduk pun tak boleh. Masa tu tahun 1996. Mak tahan je s4kit tu sebab tak syak apa – apa. Masa tahun 2010, mak tak tahan s4kit, munt4h d4rah apa semua.

Pergi hospitaI, doktor cakap takde apa – apa yang tak kena. Last – last, mak minta adik angkat mak yang kebetulannya ada kebolehan juga merawat tapi terhad untuk ahli keluarga sahaja. Bila makcik tu tengok mak, dia menangis.

Dia cakap, kenapa tahan. Lebih 10 tahun s4kit, kenapa tahan? Sambil tu dia pegang perut mak sambil buang. Adalah action dia, saya tak reti describe. Dia kata, tu nenek yang hantar. Lepas tu terus okay tau. Hmm. Pasal ni, abah saya pun masih tak tahu.

Mak bagitahu, anak – anak mak masa kecik, tak pernah dapat kasih sayang nenek pun. Nenek beIah mak dah takde. Kitorang pun tak ingat. Yang kitorang ingat, kitorang memang tak suka pergi rumah nenek. Sepupu yang lain semua rapat – rapat.

Tapi takde pun yang bergilir jaga nenek. Mak cakap, mungkin ni Tuhan nak tunjuk, yang jaga dia sekarang ialah cucu dari perempuan yang dia tak restu, yang dia dah buat macam – macam. Mak cakap mak depr3ss dulu, tapi mujurlah bab kahwin dua, abah memang tolak jauh – jauh hehe.

Ni pun, sebenarnya baru balik dari rumah nenek, habis turn jaga nenek. Tadi tanya nenek, dalam ramai – ramai cucu nenek, nenek paling sayang siapa? Nenek baIas nenek sayang semua, takde yang nenek tak sayang. Entohla noks.

Akal nenek pun tak tahu takat mana je ada sekarang. Masa siang per4ngai okay, takat jerit nak makan, tenung orang dengan mata t4jam tu je lah, tunggu malam nanti. Haha. Sis dah give up jaga malam, tak larat. Nak kerja lagi, dengan penakutnya lagi. Hehehe. – Tash

Sambungan.. Salam. Maaf, saya cuba pendekkan cerita pada post yang lepas sebab saya tak rasa saya akan post lagi sampai tertinggal beberapa hal penting. Baiklah, alang – alang dah post yang kedua, insyaAllah saya cuba perincikan cerita kemudian habiskan terus. No lll, lV ye.

Disclaimer : Bila nenek jatuh s4kit, kami bawa nenek ke hospitaI dulu untuk check semua. Warded jugak seminggu tapi sebab doktor tak tahu apa masalah, sebab dah tua juga, abah pun minta keluar. Tapi dalam masa yang sama, kami masih panggil doktor datang ke rumah untuk check perkembangan nenek.

Awalnya, mulut nenek belah kanan henyot juga, sebab str0k kan. Lama – lama okay balik. Tapi itu lah, sampai ke sekarang, doktor cakap semua okay. Gula okay, d4rah okay. Masa nak check d4rah ni lah, berper4ng kot nak pegang tangan nenek.

Dia tak nak bagi. Tiga tenaga muda Iawan satu tenaga tua. Okay. Masa jumpa ustaz yang bagitahu dekat dengan nenek ada lima ekor. Yang empat ekor tu, semua ustaz boleh sebut tuannya siapa. Si A, Si B, Si C, Si D. Yang sekor lagi tu, ustaz sebut nama tuannya ialah Jah.

Bila Ustaz bagitahu Paklong, Abah, MakLang , MakSu, A,B,C, D tu semua diorang kenal. Duduk belakang rumah, kampung sebeIah la blablabla. Jah tu, takde sape kenal. Bila balik, abah bagitahu mak, mak pun cerita dekat jiran belakang rumah yang merupakan kawan baik nenek, kotlah boleh tolong.

Rupanya Jah tu, nama panggiIan nenek masa muda. Sekarang orang kampung panggil nenek MakNgah Ejah, tu yang abah adik beradik tak dapat tangkap. Dari situlah kami tahu bahawa nenek pun membela. Nenek memang tinggal dengan MakSu sekeluarga.

Masa ustaz datang, dia duduk ruang tamu je, takde naik atas scan apa semua. Jadi, lepas dia bagitahu pasal Jah tu, dia bagitahu juga, salah seorang cucu nenek ada gangguan, dari belaan nenek lah. Sebab nenek nak bagi dekat cucu tu.

Ustaz kata, dari pintu besar, bilik cucu tu ketiga dari kiri. Nama tuan bilik Sofi. Kami pun cakaplah bukan Sofi, tapi Sofina. Ustaz pun bagitahu, ya ya Sofina lah orangnya. Anak perempuan sulongkan? Kami ternganga, betullah anak perempuan sulong.

Ustaz cakap, benda ni dia tengok anak perempuan sulong, kalau takde dia tengok anak bongsu. So yang sulong nenek lelaki, dia tengok anak – anak MakSu. Si Sofina tu baru darjah 6 kot, kesian lah kalau kecik – kecik dah dapat gangguan.

Ustaz tu cakap lagi, yang sekor belaan nenek ni, dia masuk rumah melalui tingkap bilik nenek yang berlubang. Dia datang rumah tiap hari Selasa, sama ada masa Maghrib atau pukuI 10. Ustaz ni siap describe rupa h4ntu ni kot.

Dia datang dalam keadaan berbaju kurung style lama, rambut putih, pakai selendang, muka tua, mata merah. Ustaz cakap, kalau awak – awak nak tengok boleh, dia boleh datang dalam mimpi. Ehh giIa ke nak tengok pulak.

Elok – elok dah tak dapat tengok. Yang tingkap berlubang tu, kami pun tahu lepas ustaz bagitahu. Aduh. Ustaz yang suruh cari benda lama tu pulak. Saya ada bagitahu kami ada jumpa tempayan kan? Benda yang nenek selalu bawa tu, sampai sekarang kami tak tahu apa benda sebenarnya.

Adalah yang kami syak, iaitu tasbih kayu milik nenek. Tasbih tu, kalau nenek lupa letak kat mana, satu rumah kena gesa cari tasbih tu. Sekarang pun ada, kalau nenek melalak, kami bagi tasbih tu suruh nenek berzikir. Tapi tu lah, sebab kami pun tak pasti.

Bila kami jumpa tempayan tu, ustaz takde cakap pape pun pasal penanggaI sebenarnya. Ustaz cuma cakap, memang tempayan ni lama dah ada, kepunyaan moyang kami. Dan dia minta kami buang tempayan tu. Abah cakap, tempayan tu nenek tak pernah bagi kering. Mesti ada air kat dalam tu.

Dan saya juga ingat, yang saya pernah mandi guna air dalam tempayan tu. Kalau tak isi balik, memang kena marah kaw – kaw punya. Saya ada sepupu ni, anak PakLong. Dia ni jenis berani dan kalau nak tahu benda tu memang dia cari betul – betul.

Dia juga suka baca fiksyenshasha. Sebelum ni, dia senyap je takde cakap pape. Tapi bila je dia dengar jiran kata ada nampak bebola api atas rumah, dia macam “finally aku nampak dah kaitan diaaa” Dia cerita, bebola api ni merupakan jelmaan penanggal.

Penanggal ni biasanya dibela oleh bidan – bidan dan penanggaI ni minum d4rah wanita yang bersalin. Tempayan wajib dimiliki oleh orang yang mempunyai penanggaI. Untuk apa, saya tak pasti sebab saya tak berani dengar cerita haha.

Kan dah cakap, saya ni penakut. Patutlah, bila cucu nenek yang peri0d datang jaga, dia macam bau apa ni bau apa ni. Lepas tu jilat bibir. Weh! Sapa tak gerun. Ada lagi tanda – tanda penanggaI yang saya tak tulis tapi ada pada nenek saya sebab saya takut. Tengah peri0d ni oi, tak kelakar okay.

Pernah sekali tu, adik angkat mak yang boleh merawat tu datang. Nak tengok apa bendanya. Tapi, dia masuk rumah je dia rebah sebab benda tu kuat, tak bagi dia masuk. Anak makcik yang umur 10 tahun boleh nampak benda – benda ni, dia cakap benda tu tengah jaga.

Dengan rambut mengerbang, mata merah. Dia pesan lain kali jangan tengok mata nenek. Kalau dia berkenan, dia ikut balik. Erhhh. Yang tu memang kami perasan, mata nenek memang t4jam. Saya pernah tenung mata nenek sekali sebab geram, nenek cakap dengan suara kasar, “eh keras kepala jugak manusia ni” pastu mengiIai.

Seram mak! Lepas tu makcik cakap, nenek ada pakai sesuatu kat muka untuk nampak cantik, dekat kepala untuk disayangi, dekat kaki sebagai penunduk. Kami masih berusaha panggil ustaz tok b0moh datang berubat. Sebab nak travel tu, memang sah – sah tak boleh.

Percayalah, dah bermacam cara kami buat. Dah bermacam orang kami panggil. Yasin beramai – ramai, solat hajat, bagi makan anak yatim. Bukan nak menunjuk, tapi yang diberitahu ustaz semua kami ikut. Takde yang karut pun setakat ni sebab taknak terpalit sekali.

Bukti susah nak m4ti bila main dengan jin ni dah ada depan mata kan, takde pasal nak main sekali. Ye saya tahu, kalau kami berusah pasti dapat ganjaran suatu hari nanti. Kami cuma harap nenek sebelum s4kit hari tu sempat bertaubat.

Sebelum hembuskan nafas terakhir, harapnya nenek sempat mengucap. Hari – hari saya doakan nenek diampunkan d0sanya, dipermudahkan sakaratul m4utnya jika ajaI sudah tiba. Tapi hari – hari juga nenek masih lagi macam tu.

Tubuh nenek dah kurus kering, tapi makannya banyak. Pantang sebut makanan sikit, terus jerit, “aku nak makaaannnnn!” “Kau sebut apa tadi, aku nak makaannnnn!”. Hmm. Setakat itu je lah ceritanya. Sebab memang setakat itulah ceritanya. Rasanya dah tak tertinggal apa – apa. Maafkan salah silap. Salam… Tash-

Komen Warganet :

Nik Fauziah Adnan : Citer awok ni mengingatkan makcik pada siri bercakap dengan jin penulisnya tamar jalis. Pelik juga ustaz boleh pula scan nampak h4ntu s3tan kelopak jantung. Jika guna air, ikut ilmu nujum pak belalang.

Dik, ibIis memang ujud seblum diciptakan adam. Antara tugasnya menghasut manusia supaya berpecah beIah dan saling membenci. Jika kita percaya ibIis sangat berkuasa maka dia nenjadi kuat hingga boleh menyerupai apa saja.

Hingga boleh “berkomunikasi” dengan alam nyata. Nenek awak dah tua ada s4kit nyanyuk dan halusinasi. Maka ibIis bagi hint kununnya orang tua tu bela s4ka bagai. Tujuannya supaya tumbuh kebencian kepada nenek, difitnah dan diabai.

Anak – anak yang menfitnah ibu bapanya terhijab doa, jangan ambil remeh. Tasdiqkan dihati bahawa ibIis sedang nencucuk jarum kebencian korang terhadap orang tua yang dah terlalu uzur. Perbaiki dan pertingkatkan ibadat, ibIis jadi lemah insyaAllah.

Hawani Mat Daud : One of my friend.. same situation.. nenek susah nak meninggaI. Pegi jumpa ustaz. Baru tau nenek dia ada belaan. Yang dahsyat ustaz boleh describe keadaan rumah dan kat mana bende tu ada even tak pernah pegi rumah tu.

Mohd Izuan Hafizuddin : Bagi saya.. baik cari ustaz yang betul – betul guna ayat alquran ketika merawat.. dan kita dapat dengar bacaannya. Jangan cari yang guna jin. Senang je nak detect.. biasanya dia akan tahu bentuk – bentuk dan dia macam tarik – tarik sesuatu.

Dia nampak paku la.. bentuk la dan macam – macam lagi la. Biasa perawat Islam ni tak boleh nampak. Boleh agak – agak je. Satu lagi perawat islam nie.. bacaannya jelas.. takde tuduh – tuduh orang. Dia akan rawat je.. insyaallah menjadi.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.