Setiap tahun beranak berderet, suami teruja upload dekat facebook. Sekali tak sangka ramai whatsapp aku untuk kecam

Anak pertama 2 tahun, anak kedua baru 10 bulan tapi aku dah mengandung lagi. Aku dah mula menangis tapi pelik suami seronok macam dapat anak pertama. Dia pergi upload status dekat FB aku mengandung. Tiba – tiba ramai kawan whatsapp aku bagi nasihat. Paling terk3jut ada nasihat suruh buang…

#Foto sekadar hiasan. Terima kasih kerana menyiarkan kisah ini. Nama aku Ayana (bukan nama sebenar). Umur aku tahun ni 29 tahun. Aku berkahwin dengan suami ketika umur 25 tahun dan suami 26 tahun. Rezeki Allah, aku mengandung anak pertama selepas 2 bulan bernikah.

Anak sulung kami perempuan. Masa aku mengandung anak sulung, suami aku ditransfer ke cawangan lain di negeri lain. Kami bekerja swasta. Ketika itu, usia kandungan baru 5 bulan. Jadi, aku terp4ksa berhenti kerja dan mengikut suami sebab di situ kami tiada ahli keluarga atau saud4ra mara.

Jadi suami risau jika apa – apa terjadi kepada aku dan kandungan. Lepas aku bersalin anak pertama kami, puas juga aku mencari pekerjaan. Tetapi bukan rezeki aku lagi ketika itu. Tambahan pula jawatan aku sebelum itu susah didapati di tempat baru kami.

Selepas lahir anak pertama, aku dan suami ada merancang. Tetapi kami hanya merancang secara semula jadi tanpa sebarang pil perancang atau alat perancang. Tetapi selepas anak sulung kami genap 1 tahun, kami decide untuk mendapatkan anak ke 2 sebab kesian dengan si kakak. Tiada kawan.

Ketika itu aku masih suri rumah. Rezeki Allah, permintaan kami termakbul dan aku mengandung anak kedua. Beza mereka 1 tahun 9 bulan. Ikut tahun, beza 2 tahun. (2017 dan 2019). Ketika mengandung anak ke 2, aku masih aktif mencari pekerjaan.

Kami sedar untuk zaman sekarang ini, suami isteri perlu bekerja untuk keselesaan kami dan anak – anak serta pendidikan mereka. Alhamdulillah, selepas habis pantang anak ke 2, aku dipanggil temunduga dan berjaya mendapatkan jawatan tersebut walaupun bukan seperti jawatan sebelum ini dan gaji kurang sedikit dari sebelum ini.

Tapi aku tetap bersyukur kerana rezeki untuk memulakan career aku kembali. Anak ke 2 kami lelaki. Jadi kami sudah dapat sepasang. Untuk kali ini, kami buat keputvsan untuk betul – betul merancang dan focus pada 2 orang anak kami.

Aku mengambil pil perancang. Dalam masa yang sama, kami merancang secara semula jadi juga. Kami benar – benar merancang kali ini. Suami pun bagi kerjasama yang baik kerana kami ingin yang terbaik untuk dua anak kami.

Tetapi perancangan Allah itu maha hebat. Ketika anak kedua kami baru berusia 10 bulan, aku mengandung lagi. Pada awalnya aku rasa tak sedap badan. Rasa ada yang tak kena. Aku tiba – tiba rasa pening bau tom yam, rasa tak ada selera makan.

Untuk pengetahuan korang, aku memang tidak mengalami m4buk ketika mengandung. Aku cuma jadi kurang selera makan pada awal kandungan. Dan suami aku pun akan rasa kurang selera makan. Aku sudah dapat rasa aku mengandung.

Tapi aku cuba yakinkan diri yang aku tidak mengandung kerana aku mengambil pil perancang. Tapi bulan itu aku lambat datang bulan. Tiba – tiba suami mengadu dia tidak sedap badan dan rasa tak selera makan. Suami pun rasa aku mengandung.

Jadi untuk kepastian, aku pun membeli alat check kehamilan. Balik dari farmasi aku terus check dan terpapar 2 line yang sangat jelas. Aku keluar bilik air dengan perasaan bercampur baur. Suami tertunggu jawapan. Dan aku tunjuk keputvsan tersebut.

Suami hanya senyum. Tiba – tiba aku menangis. Bukan kerana aku benci bayi itu. Tapi aku takut dan risau aku tak dapat jadi ibu yang baik. Aku kesian dekat anak – anak aku. Aku rasa aku belum cukup sempurna untuk menjadi seorang ibu.

Apa tidaknya. Kadang – kadang terlalu penat bekerja, anak inginkan perhatian tapi aku lepaskan lelah pada mereka. Namun suami aku sangat positif. Dia yakinkan aku Allah ingin bagi sesuatu untuk kami. Suami pujuk dan bagi keyakinan pada aku.

Tapi aku putvskan untuk berdiam tentang kandungan kali ini. Hanya keluarga aku sahaja yang aku beritahu. Tapi suami aku pulak excited sama excited macam dapat anak pertama dan kedua. Dia post status merujuk kepada kandungan aku.

Maka, di sini la bermula fasa betul menc4bar pada aku. Ada kawan – kawan aku yang terbaca status suami di FB dan mengucapkan tahniah di dalam group whatapps. Maka m4kin ramai la yang tahu aku mengandung lagi.

Ramai yang mengucapkan tahniah. Tapi ada juga yang seolah – olah tidak puas hati. Mereka whatapps personal dengan aku dan tanyakan kebenaran khabar tersebut. Aku mengiyakan sahaja kerana itulah yang sebenarnya.

Ada seorang h4mba Allah ini pada dasarnya konon nak bagi nasihat pada aku. Tapi ayat dan bahasa dia agak mengur1s. Seolah – olah anak rapat ni berd0sa. Siap cakap aku macam tidak sayang anak. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu.

Ada pula h4mba Allah yang lain asyik memerli aku di dalam group whatapps. Katanya aku ini nampak sahaja muka innocent, blur, muka nerd tapi nafsu kuda. Menangis aku membaca. Mujur ramai kawan – kawan lain dalam group whatsapp tersebut yang “back up” aku. Yang beri kata semangat.

Dan yang paling meIampau pada aku, ada seorang h4mba Allah ini pulak jumpa aku personally. Konon – kononnya kasihan dengan aku, padahal aku tidak ada mengadu apa – apa pun dengan dia. Dia “menasihatkan” aku untuk menggugurkan kandungan aku sementara masih awal.

Mengucap panjang aku ketika itu. Katanya tak salah tindakkan tersebut kerana anak aku masih kecil dan menyusu badan lagi. Jujur aku katakan, di awal kandungan yang ke-3, aku sangat tertekan. Aku hampir depr3ss. Str3ss dengan orang sekeliling yang membuat seolah – olah berd0sa besar sebab mengandung rapat – rapat.

Tapi alhamdulillah, Allah kurniakan aku suami dan ahli keluarga yang sangat supportive. Dan benar apa yang suami aku katakan, setiap anak datang bersama rezeki. 2 bulan sebelum anak ke 3 kami lahir, suami aku di naikkan pangkat dan gaji 2x ganda.

Dan aku telah selamat melahirkan anak ke 3 kami pada 16 Julai yang lalu. Anak ke 3 kami lelaki. Dugaan bersalin memang menc4bar. Tapi, rezeki datang bersama, sehari selepas bersalin, aku mendapat panggiIan peperiksaan online untuk jawatan Pegawai Penguatkuasa (Kementerian Dalam Negeri).

Tolong doakan aku lulus ujian tersebut ye. Semoga Allah meluaskan rezeki kita semua. Maaf jika ayat dan bahasa dalam penulisan ini agak kurang formal dan rojak. – Ayana (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

LiNda Normas : Saya dulu pun teruk kena perli sebab anak berderet – deret susun paku kata orang – orang tua . Setiap tahun balik rumah mak berpantang. Orang lain yang sibuk. Tiga tahun berturut – turut beranak takde kerja lain katanya. Hahahaha

20 tahun berlalu . Anak – anak yang susun paku semuanya besar . Ok je . Yang penting awak jaga family. Jaga anak – anak dan jaga kesihatan diri sendiri, biar sihat and happy dapat lihat kejayaan anak – anak ok.

Nadiah Razali : Biasa anak rapat memang akan jadi umpatan orang. Konon – konon kita tak pandai merancang, anak – anak nanti tak cukup kasih sayang, tak cukup makan pakai. Anak sulung dan no 2 bila umur 1 tahun 2 bulan dah dapat adik baru.

Memang penat, balik kerja asyik nangis tapi Allah tu maha adil. Bila dah besar masing – masing nak urus, alhamdulillah. Sekarang umur 30-an anak – anak dah besar dan tak banyak karenah sebab biasa berkongsi dari kecik. Allah bagi sebab Allah tahu kita mampu, kena yakin macam tu. Tahniah confessor!

Nor Syahida Nordin : Setiap sorang anak tu bawak rezeki lain – lain. Masa kecik – kecik ni memang penat mentaI dan fizikaI tapi bila masing – masing dah besar kita dah boleh tersenyum, bersyukur kerana rezeki kita murah ke arah anak rapat atau ramai.

Pakailah perancang apa – apa sekalipun jika Dia berkehendak maka terjadi lah. Kita tidak boleh menidakkan setiap percaturanNya. Fikir dari sudut positif insyaallah bahagia jiwa. Jangan str3ss, abaikan mulut – mulut orang yang negatif. Saya faham perasaan confessor dan sudah pon melaluinya. Ade orang 15 tahun kahwin pon masih mengharapkan zuriat dari rahim sendiri. Syukur dengan ape yang ada sekarang. So chill – chill aje yer.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.