Pakcik aku susah payah datang dari kampung, maIangnya, mak tak pernah bagi aku nak bercuti sekolah kat rumah nenek. Sehinggalah aku masuk universiti, aku tanya segala – galanya dekat mak, dan juga ada satu buku nota mak penuh dengan catatan..
#Foto sekadar hiasan. Assalamulaikum semua. Bila baca tajuk mesti korang tau maksud tak sporting kan? Ye mak aku langsung tak sporting pada benda – benda yang dia tak boleh nak tolak ansur langsung. Untuk pengetahuan pembaca semua, aku Piya anak sulung.
Umur dah masuk 30 tahun. Sudah berumahtangga dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Dua perempuan dan seorang lelaki. Yang aku nak kongsi ni tentang mak aku. Mak aku ni seorang yang agak mengawal semua pergerakan anak – anaknya.
Ok aku start dengan beberapa kejadian yang aku kira frust kenapa mak aku tak macam mak kawan – kawan aku ye. Jadi siapa mak aku ni sebenarnya. Mak aku surirumah yang berpendidikan. Tapi tak pandai bawak kereta.
Masa aku dalam umur 6 tahun, aku dah mula nak main dengan kawan – kawan kat luar rumah. Masa tu tak lah teruk macam kes – kes sekarang ni. Benda biasa la kan orang main – main kat luar. Tapi mak aku dia tak benarkan aku keluar kecuali ke sekolah tadika.
Tu pun dia hantar ambik aku. Siap bawak adik – adik lagi. Jalan kaki tau. Tapi dekat jelah dari rumah aku. Sampailah satu hari aku member0ntak menangis – nangis nak main kat luar. Akhirnya, mak aku bawa aku ke taman permainan.
Bermula lah episode aku dan adik – adik dapat main kat taman dengan ditemani mak aku. Sampai jadi bahan ejekan kawan – kawan sebab hari – hari mak aku ikut duduk kat taman. Aku tak peduli asal dapat main. Jarak taman permainan dan rumah aku cuma 50 meter je.
Senang kata taman tu betul – betul depan rumah aku. Ok, masa cuti sekolah semua orang nak bercuti balik kampung rumah nenek kan. Jadi sepupu – sepupu aku pun buat plan nak bercuti kat rumah nenek aku. Memang bestlah, meriah sebab ramai kan.
Tapi maIangnya, mak aku tak pernah bagi aku nak bercuti sekolah kat rumah nenek. Aku ingat lagi pakcik aku, abang mak datang nak ambik aku adik beradik bawak balik kampung. Bapak aku dah bagi green light. Suka sangat hati aku masa tu.
Tapi mak aku, langsung tak izinkan. Akhirnya, abang mak aku yang agak kecewa balik je bawak anak – anak dia yang beria ikut nak jemput kitorang. Macam tu juga masa dah masuk sekolah menengah, mak aku tak pernah izinkan aku nak ke rumah kawan untuk study group.
Kalau nak study group, kawan – kawan aku kena datang rumah. Sehinggalah satu hari masa cuti sem (universiti), aku terdetik nak korek rahsia pasal masalah mak aku yang semua tak boleh ni. Semua persoalan aku akhirnya terjawab, mak aku jawab, sebab dia suka baca ‘surat khabar’.
Dalam tu hampir setiap hari ada berita pasal pem4ngsa yang cari budak – budak. Mak aku paran0id sangat dengan isu tu. Maka mak aku buat kajian pasal isu ped0 ni. Kajian ualss. Mak aku cakap, kebanyakan kes adalah berlaku dari orang yang kita kenal.
Jadi sebab tu mak aku tak nak anak – anak baik lelaki atau perempuan tak ada depan mata dia. Mak aku kata, dia sanggup sediakan ruang – ruang belajar bila aku dan adik – adik mula nak study dalam group. Mak aku ingat lagi ada sorang kawan aku tak nak datang rumah aku dengan alasan asyik dia je datang rumah aku.
Apa mak aku buat masa tu, mak aku call kawan aku cakap esok mak aku nak masak laksa. Jadi kawan aku ni favorite dia laksa. Jadi esoknya dia datang sebab laksa tu. Hehehehe. Mak aku pancing setiap kawan – kawan aku dengan makanan kegemaran diorang.
Patutlah mak suka interview kawan – kawan aku. Siap pada buku catatan tau pasal birthday kawan – kawan aku, warna kegemaran, makanan kegemaran, snack kegemaran. Actually bila mak aku tunjuk buku tu aku nangis dan nampak bukan senarai kawan – kawan aku je ada dalam tu.
Semua kawan adik – adik aku pun ada dalam tu. Kalau kami bercuti satu family, mesti ada buah tangan untuk kawan – kawan aku. Walaupun cuma sekadar keychain. Sebab tu sampai sekarang kawan – kawan aku akan visit mak aku walaupun aku tinggal di luar daerah.
Dan ada satu hari kat rumah makcik aku, abang sepupu aku ajak kitorang main sorok – sorok. Dia bawak aku sorok dalam bilik dia kat bahagian atas rumah. Tak sempat nak mula main mak aku dah sampai tempat nak menyorok tu.
Mak aku kata main benda lain. Mak aku tak suka main sorok – sorok ni. Siap cakap, nanti hantu sorokkan kita. Aku biasalah nak berIawan siap cakap, mana ada h4ntu kat dunia ni. Hehehehe. B0doh je jawapankan. Tapi bila ingat moment tu aku memang seram.
Yelah, kenapa abang sepupu aku ni nak menyorok dengan aku kan. Bukan boleh ke pilih tempat masing – masing. Sesungguhnya Allah telah selamatkan aku dengan sikap tak sporting mak aku. Dan mengikut kata mak aku, tahap paranoid mak aku ni, sampai pakcik – pakcik aku pun mak aku tak percaya.
Biar dia g4duh dengan semua orang asal anak – anak mak selamat. Hari ni, aku pun mula faham perasaan mak aku bila aku ada dua anak perempuan. Nampaknya sikap paran0id mak aku terw4ris kat aku pula. Tapi manageable sebab banyak info – info berkenaan isu ni dikongsikan di internet.
Zaman dulu tak ada. Mak aku cipta teknik dia sendiri je nak elak benda buruk berlaku dekat anak – anak dia. Ya Allah kesian mak. Dan aku rasa sebab sikap mak aku yang paran0id tu, semua anak – anak mak aku jadi bestfriend dia.
Sampai sekarang lah semua nak kongsi dan tanya pendapat kat mak aku walaupun semua dah kahwin. Oklah tu jelah aku nak kongsi and Piya sayang mak. You are my best friend forever. – Piya (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Hanarsha Firdaus : Nasib baik aku baca sampai habis. Baru je aku nak t3mbak kau sebab kau takkan faham apa perasaan mak kau kalau anything jadi kat kau walhal dia boleh halang benda tu. Good! Bak kata mak aku pulak : ‘biar anak – anak benci umi asalkan kamu selamat!’
Yes. Aku dan husband beza giIer. Aku anak terkurung, tapi kalau nak ke mana – mana still umi or ayah aku akan teman. Husband anak yang lepas bebas tapi still kene balun kalau cross the line. Aku as a parent? Aku nak jadi yang in the middle. Tapi bila ada anak girl, aku takleh lari dari paran0id. Baik paran0id sekarang dari menyesal tak sudah nanti.
Athein Lyaa : Mak ayah aku la tu yang kawal ketat berbanding mak ayah kawan – kawan lain. Siap kena ejek anak manja. Kadang – kadang berg4duh juga la kenapa tak boleh buat macam kawan lain. Tapi satu je mak ayah aku selalu cakap “Kalau jadi apa – apa dekat akak, ibu ayah la yang paling akan menangis”.
Tapi lama – lama diorang pun bagi kebebasan sikit demi sikit, cumanya dia akan selalu pesan “Ibu ayah dah didik akak, akak dekat luar sana kena selalu ingat ayah ibu kalau nak buat apa – apa”.
Naazhira Nazri : Mak cam gini la bagus sebenarya. Walau tak sporting dan nampak macam k0ngkong sangat anak, actually mak tu mak usaha sungguh – sungguh nak jaga anak. Kalau bukan mak yang meIindungi sape lagi. Lebih baik ambil langkah pencegahan dari menyesal di kemudian hari. Imagine, kalau mak kita ni open minded sangat, semua boleh.. tak ke jadi sy4itonirojin anak tuuuuuu.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.