Dari kecik ayah lagi sayang adik aku, satu – satunya anak perempuan. Tapi mimpi ngeri menimpa bila ayah str0ke dan adik awal – awal lagi cakap tak nak jaga ayah. Satu hari lepas balik hospitaI ayah merayu nak jumpa adik. Tapi tak sangka sampai je rumah adik, dia halau kami suami isteri. Ayah menangis…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku kenalkan diri aku sebagai Joe asal dari negeri Fasola. Aku teringin sangat nak confess tentang adik beradik penunggu harta walaupun sebelum ni aku tak pernah luahkan dekat mana – mana.
Aku juga kini hadapi masalah yang sama seperti Bella. Aku mempunyai 3 adik beradik, aku adalah yang pertama, seorang penjawat awam dan menetap di luar negeri dari kampung asal. Adik kedua aku betina diberi gelaran ‘tanggang’ kerana sejak ayah aku s4kit kami sudah terputvs hubungan.
Tanggang sudah pun mendirikan rumah tangga dan mempunyai 3 orang anak perempuan. Adik lelaki masih bujang dan juga 0ku pembelajaran. Semua nak kena ajar satu satu. Aku dibesarkan oleh nenek memandangkan ibu ayah aku bercerai masa kami kecik.
Selama aku sekolah dan juga hidup ayah tidak pernah bercakap dengan baik ketika berbual dengan aku. Ada saja yang tidak kena di mata dia. Bermula la episod ngeri bagi kami apabila ayah aku disahkan terkena str0ke atau ser4ngan angin ahmar.
Aku terus minta bertukar ke kampung untuk memudahkan aku menjaga beliau. Setelah ayah aku discharge, ayah terus bawa ke rumah aku memandangkan tanggang berkali – kali merayu untuk tidak bawa ayah aku ke rumah dia kerana katanya rumah dia sempit dan susah untuk ayah ke tandas nanti.
Tapi dia ada berjanji dengan aku untuk datang membantu isteri aku menukar pampers dan juga membantu bila mahu memandikan ayah. Aku pujuk isteri untuk menjaga ayah aku. Mesti korang tertanya – tanya kenapa tidak dibawa pulang saja ke rumah ayah aku.
Sebenarnya rumah ayah aku tidak mempunyai tandas dalam rumah jadi sangat – sangat must4hil untuk beliau tinggal di sana. Dari hari pertama ayah aku pulang ke rumah sampai la sebulan di rumah, si tanggang masih belum menjenguk ayah di rumah aku,
Padahal kami baik – baik saja tidak berg4duh atau berkelahi sedangkan jarak rumah beliau hanyalah 200 meter sahaja. Ayah aku sangat sayangkan beliau berikutan anak betina seorang. Ayah aku menangis setiap hari memanggil – manggil nama beliau
Cukup sebulan ayah aku ada appointment di kIinik kesihatan berdekatan. Kami singgah di rumah tanggang berikutan ayah aku minta nak tengok anak betinanya. Sesampai saja kami di rumahnya terus aku dimarahi kerana membawa ayah ke rumahnya.
Sedangkan niat asal aku hanyalah untuk singgah sahaja bukan mahu menghantar ayah aku ke rumahnya. Tanggang marah – marah sambil berkata aku tak nak ada apa – apa hubungan lagi dengan korang semua. Aku speechless dengan tindakan tanggang.
Tanpa aku sedar pen4mpar hinggap ke muka beliau. Aku marah sangat – sangat kerana cukup sekadar beliau tidak mahu menjaga ayah kami kini tidak mahu mengaku lagi ayah tu ayah kami. Ayah menangis mendengar ucapan dari mulut anak kesayangan beliau.
Aku terus tutup pintu kereta dan terus pulang. Sungguh sadis sekali tindakan tanggang pada kami. Berkaitan harta, ayah aku mempunyai tanah 3 lot rumah yang sudah pun diberi kepada adik aku dan juga anak betina kesayangan beliau sedangkan 1 lot yang sepatutnya menjadi bahagian aku telah dijadikan kebun oleh mereka berdua.
Aku tidak pernah secara rasmi diberi tahu tanah itu bakal menjadi milik aku walhal yang lain sudah pun menaikan tapak rumah. Aku yang kini menumpang rumah pus4ka nenek isteri aku masih ayah aku anak tirikan sedangkan beliau juga menumpang di sini.
Tanggang masih lagi berdrama dengan masyarakat kampung mengatakan beliau datang menjaga ayah aku di rumah aku sedangkan bayang sekali pun tidak pernah kelihatan. Berdasarkan status tanggang di media sosiaI, dia mengatakan hanya Allah sahaja yang tahu niat hati dia dengan apa tindakan yang dia buat selama ini.
Aku hanya berdoa dan terus bertahan berikutan ayah aku kerap kali memarahi isteri aku dan adik lelaki yang sama – sama menjaga beliau sehari harian ketika ketiadaan aku di rumah. Ayah aku kerap termenung selepas kejadian itu dan juga seolah – olah putvs harapan untuk hidup.
Mungkin beliau tidak sangka anak emas anak intan payung beliau sanggup buat begitu padanya. Aku masih lagi bertahan menjaga ayah aku kerana keberkatan dan juga siapalah aku tanpa beliau biarpun aku tidak pernah merasa kasih sayang dari beliau.
Panggil nama aku pun tidak pernah apatah lagi bercakap baik – baik dengan aku. Ujian buat aku dan isteri adalah menjaga ayah aku yang kini s4kit. Semoga kita semua dirahm4ti. Ingat ye Bella, ikhlaskan diri anda menjaga orang tua.
Ingat lah janji Allah pada anak derh4ka setiap langkah mereka di bumi diIaknat oleh Allah. Jangan pula kita yang sepatutnya dapat keberkatan mendapat sebaliknya pula. Sekian dari aku insan h1na yang masih tidak tahu sampai bila mampu bertahan demi keredhaan Allah taala.
Maaf jika ayat berterabur kerana aku tidak pernah dapat habiskan sekolah berikutan nenek aku meninggaI ketika berumur 15 tahun dan tidak ada sesiapa mahu menyara aku sekolah tetapi alhamdulillah aku mampu menjadi penjawat awam gred u29 bakal pencen 2 tahun lagi. Doakan aku kuat ye semua.. – Joe (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Madira Zafirah : Dari dulu sampai sekarang.. banyak dengar cerita anak kesayangan takkan jaga mak bapak. Bukan takde.. ada. Tapi kebanyakan anak yang tak dihargai ni lah yang akan jaga mak bapa. Sebab tu kita sebagai ibu bapa.. adil lah layanan terhadap anak – anak.
Ye.. ada yang kita rasa sayang lebih tapi tak perlu tunjuk. Yang sayang lebih tu cukup sekadar simpan dalam hati. Untuk TT, tahniah sebab berjaya juga sebagai penjawat awam. Dan tahniah kerana bertanggungjawab dan bertahan menjaga bapa awak walaupun anak isteri menjadi m4ngsa m4kian bapa awak. Semoga TT mendapat setinggi – tinggi ganjaran di sisi Allah SWT.
Zaliha Hassan : Jangan risau tentang harta ayah tu. Kalau tak ada wasi4t, semua harta tu perlu difaraidkan. Jadi, insyaAllah, bahagian anda Ada. Jaga ayah seikhlas boleh. Pasti Ada ganjarannya nanti
Dhuha Imani : Mula – mula tak setuju tuan gelarkan dia tanggang. Tiba baca part dia tak mengaku ayah tu, eh patutlah kena panggil macam tu, derh4ka betul per4ngai.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.