Dari kecik emak tak suka aku mungkin sebab aku anak perempuan. Dikerah bagai orang gaji sedangkan abang dan adik lelaki macam raja. Ayah je tempat aku mengadu dan satu hari kant0i ayah kahwin lain. Sebabnya ayah pun selalu kena m4kian dan h1naan dari ibu..
#Foto sekadar hiasan. Salam and Hi semua. Aku Ina. Berusia lewat 30-an, sudah berkeluarga. Aku straight to the point lah ye.. Aku mengalami childhood abvse daripada orang yang mengandungkan aku sejak dari kecil lagi.
Kata – kata h1naan betina, anak tak kenang budi dan sewaktu dengannya tu biasa aku dapat. Aku tak pernah dapat appreciation feedback, sekelumit tahniah pun walaupun aku antara pelajar cemerlang dari UPSR, PMR, SPM. Semua exam besar aku dapat straight A.
Sebabnya adalah untuk puaskan hati seseorang yang bernama EMAK. Tapi apa yang aku dapat, “Yang tu je”? Aku ni dari kecik nampak lah yang emak aku ni pilih kasih orangnya. Aku tak pernah dapat apa yang aku nak, aku tak kisah lagi.
Tapi bila abang dan adik lelaki aku minta, mesti dapat. Aku ni dikerah bagai orang gaji sebab aku anak perempuan. Abang dan adik lelaki aku tidak pernah diminta buat kerja rumah langsung. Aku pendam saja sampai lah aku besar.
Hanyalah ayah tempat aku menumpang kasih, meluahkan perasaan yang terbuku. Emak aku cukup terkenal dengan sifatnya yang suka mengumpat, mengata orang, bahasa – bahasa yang tidak baik. Dengan adik beradik sendiri mak aku pun dia jadi batu api, berg4duh bertahun lamanya. Ayah aku sabar saja.
Sampai lah satu masa, ayah aku kantoi berkahwin lain semasa dorang PJJ. Aku dah boleh agak ayah aku ada orang lain dek tak tahan dengan sikap emak aku. Ayat “Jantan tak guna”, “suami tak boleh harap”, semua pernah singgah di telinga ayah aku.
Akibat daripada tu, emak dan ayah pun bercerai. Aku pun bawak emak tinggal berhampiran dengan keluarga kecil aku. Dah 10 tahun bercerai, tapi masih ada d3ndam dekat hati emak sampai anak – anak pun merasa tempiasnya.
Hampir setiap hari aku dengar cacian, umpatan, h1naan pasal ayah aku dan keluarga ayah aku. Akibatnya, adik aku jumpa pakar psychi4trist sebab banyak tekanan termasuk tekanan tempat kerja. Aku pun hampir – hampir jumpa pakar psychi4rist sebab yang sama.
Baru – baru ini, atok aku (bapa kepada ayah aku) meninggaI dunia. Aku minta izin emak aku untuk balik kampung ziarah setelah lama tak balik kampung dan juga untuk bagi em0tional support kepada ayah aku. Emak aku terp4ksa merelakan walaupun dalam hatinya d3ndam masih ada.
Sepanjang aku dua hari di kampung, aku tak berani nak message emak aku untuk jaga sensitivity dua beIah pihak. Tapi aku perasan, yang emak aku block aku di fb dan ig. Aku diamkan saja. Sampai lah kant0i emak aku mengata aku di belakang aku.
Dia kata dia meluat dekat aku, kata ada anak pun tak guna. Puncanya sebab aku balik ziarah keluarga ayah aku walhal semasa aku balik kampung, ramai minta aku kirim salam pada emak, cakap rindu akan emak. Aku balik dari kampung dalam keadaan penat dan aku pun burst seumpama sebutir b0m.
Aku mesej emak tanya kenapa sump4h aku anak tak guna. Emak tak reply langsung. Dia hanya read saja. Aku pun minta maaf dekat emak berkali – kali, tapi apa yang aku dapat adalah read saja. Tak baIas langsung. Em0si aku sangat terganggu.
Aku diganggu rasa nak tamatkan riwayat je sebab aku rasa hidup aku tak bermakna lagi. Aku cuba bawa kereta laju – laju untuk biar aku kemaIangan. Tapi aku sempat break sebab iman nipis aku menghalang aku dari cuba buat benda b0doh.
Emak, emak memang dah buang kakak dari hidup emak ke? Emak memang dah tak nak kakak ke? Tiada keberkatan hidup lagikah hidup kakak bila emak dah tak nak kakak? Apa salah kakak dekat emak? Kakak anak derh4ka ke? – N (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
عزيزه اتن : Subhanallah. Kakak, makcik tak tahu nak nasihat kakak apa. Kalau lah kakak boleh datang ke rumah makcik, makcik terima dengan tangan terbuka. Meh sini jadi anak makcik. Emak tetap emak. Tapi emak kakak ni dah meIampau.
Apa perasaan dia masa mengandungkan kakak dulu ye.. Kakak, boleh tak pergi jauh sikit dari emak. Menjauh bukan makna membenci. Menjauh untuk cari ketenangan diri. Biarkan emak hidup sendiri. Biar dia rasa apa yang sepatutnya dia rasa.
Tapi kakak jangan lupa sentiasa berdoa untuk emak. Kakak kena ingat, kakak dah ada keluarga. Kewajipan kakak yg utama untuk suami dan anak – anak. Kakak wajib juga fikirkan kesihatan mentaI dan fizikaI kakak demi keluarga kecil kakak.
Emak tu, tak ada kakak pun dia boleh hidup tapi anak – anak kakak macam mana? Kakak kuat dan bertabahlah. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan hidup kakak dunia akhir4t.
Siti Rosmiza : Awak kena keras sikit. Sebab dah selalu kena mentaIIy abvse kan. Awak tak sedar, dia dah letak awak di position yang awak akan tu duk dan dengar apa dia cakap. Dia akan letak awak di posisi serba salah, gaslighting apa awak buat.
Dan benda ni semua memang terkenal sangat dengan orang dulu dulu. Sekarang ramai dah sedar per4ngai macam ni memang tak elok untuk mentaI. Sebab saya pernah rasa benda ni semua. Tak perlu minta maaf pun dengan mak awak tu.
Buat tak tahu je. Balik buat macam biasa, tak perlu pujuk dia ke apa. Sebab awak kena sedar apa awak buat tak salah pun. Patut yang beria awak minta Izin suami awak sahaja. Mak awak tu biar je. Jaga kebajikan dia dah cukup.
Orang tua macam ni dia ingat dia bos, dia entitled, nak orang tunduk je. Sedar lah. Keluar la dari penjara permikiran dan perasaan yang mak awak dah buat dari kecil. Bila berbual dengan dia cukup tahu dia sihat, makan minum cukup dan keperluan dia. Yang lain awak decide sendiri. Selagi awak tak keluar, selagi tu lah mungkin umur 50 lebih nanti awak jadi giIa.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.