Suami kerja bawak lori je dengan gaji RM3000. Separuh gaji, RM1500 untuk mak mertua. Saya suruh suami bincang untuk kurangkan nafkah sebab nak buat simpanan untuk anak yang bakal lahir. Depan suami, mak mertua setuju. Bila suami takde, dia bentang segala fatwa tanggungjawab anak lelaki..
#Foto sekadar hiasan. Salam min, tolong hide kan profile saya, terima kasih. Nak minta pendapat warga FB ni. Saya belum sampai setahun berkahwin dan sekarang sedang hamil 4 bulan dan ini merupakan anak pertama.
Walaupun baru je kahwin tapi saya selalu sangat tertekan, str3ss dan s4kit hati, sedih dan kecewa. Suami saya hanya kerja bawak lori ja. Siapa dalam ni yang kerja driver lori mesti tahu gaji setiap bulan tak menentu, berg4ntung pada trip banyak atau sikit..
Kalau rezeki banyak trip, dapatlah banyak gaji tapi kalau sikit nak buat macam mana oder tak banyak Ok, nak dijadikan cerita sepanjang perkahwinan kami, duit tak pernah cukup, sedangkan hidup laki bini berdua je kan. Saya baru berhenti kerja kerana suami tak benarkan sebabnya saya m4buk kuat ketika hamil ni.
Saya nak cerita tetang nafkah, sebelum ni duit belanja bulanan suami bagi kat mak mertua sebanyak RM1500 dan nafkah untuk saya hanya RM300 – 500 ja. Gaji suami baru dalam 3k+, mana dengan nak bayar kereta lagi duit minyak lagi barang keperluan lagi.
Korang kiralah yang tinggal berapa ja duit makan, duit simpanan pun takde. Kisahnya saya bincang dengan suami, saya minta supaya kurangkan duit belanja pada mak mertua. Yelah memang tak cukup untuk kami dengan suami takde duit simpanan untuk anak pertama dia yang dalam perut ni.
Lepas tu suami setuju untuk bincang dengan mak mertua untuk kurangkan duit belanja bulanan. Masa suami bincang dengan mak mertua, saya memang tak campur, biarlah anak dan mak berbincang. Lepas tu mak mertua setuju dari RM1500 jadi RM1000.
Selang beberapa hari kemudian, suami belum balik kerja dan ayah mertua dan adik – adik ipar yang lain pun keluar, tinggallah saya dan mak mertua dekat rumah. Masa tu dia timbulkan isu duit bulanan yang sem4kin berkurang dari suami.
Dia siap bagi fatwa – fatwa mengenai anak lelaki kena lebihkan ibu kena pentingkan ibu kena bagi ibu duit lebih. Dia macam perli saya lah disebabkan saya duit belanja berkurangan. Malam tu juga dari saya kawal perasaan dari marah sampai lah saya bertegang urat dengan mak mertua.
Tapi takde lah g4duh besar, cuma selisih faham ja. Saya dah terangkan elok – elok, sekarang kami dah berumahtangga dan akan mempunyai anak sulung tak lama je lagi. Suami tiada simpanan apa – apa untuk baby, orang mengandung ni tak boleh dijangka kadang – kadang boleh jatuh s4kit, demam ke apa ke. Semua nak pakai duit.
Nanti baby keluar pun nak pakai duit, nak beli barang baby, s4kit demam baby lagi. Saya risau sangat. Ini kadang – kadang suami pergi kerja pun dalam wallet ada RM2 ja. Kalau dia tak kesiankan saya dan cucu dia dalam perut ni, kesiankanlah dekat anak awak sendiri. Janganlah siksa dia..
Walaupun awak yang besarkan dia jaga dari kecik sampailah besar, habis kaum isteri macam saya dan isteri – isteri di luar sana ni?? Dibesarkan dan dijaga dengan patong ke?? Dengan batang kayu? Bila dah berkahwin, masuk keluarga suami, terus jadi anak yatim piatu ke??
Banyaklah dia cakap saya itu ini, pastu yang berg4duhnya saya dengan suami. Entahlah, saya rasa mertua saya ni di kalangan mak mertua yang suka h4ncurkan rumahtangga anak sendiri sampai layanan kat isteri anak sendiri macam t4ik.
Ini baru cerita pasal mak mertua belum cerita ipar – ipar pula, tersiksa saya. Tolonglah mak bapak yang mana ada anak lelaki tu faham lah juga komitmen dah tak sama macam masa bujang ya. Jangan sebab mak bapak tak boleh bertolak ansur rumahtangga anak yang baru nak dibina jadi retak. Sekian terima kasih..
Komen Warganet :
Lynn Minami : Gaji 3k.. Kenapa mesti nak duduk serumah dengan mertua? Atas alasan apa lagi tak boleh surv1ve sendiri? Minta suami sendiri terangkan pada mak dia. Sekarang duit bulanan dah tak dapat beri lebih macam dulu. Dia sendiri kena tegas. Lagi pulak, fil tu hidup lagi. Masih kerja lagi. Ni la puncanya kalau tak habis – habis nak menempel dalam 1 rumah.
Kakchik Kchik : Kalau pandai buat post di sini tentu kamu selalu follow page ni jugak. Ambik iktibar tiap jalan cerita. Kami sekadar baca. Kadang – kadang rajin komen kadang – kadang kami merapu dan kecam. Sebab mood kami pon kadang – kadang tak menentu berg4ntung situasi. Rajin – rajinla baca komen yang pelbagai ada sindiran pedas – pedas manis kelat tu sebenarnya membina.
Azri Husain : Nak mintak nasihat, tapi sis sendiri yang pilih jalan sukar, kenapa tak hidup berdikari dengan suami, selagi duduk sebumbung dengan mertua, hadap la perkara tu setiap hari. Itu belum lagi sis beranak, lagi banyak problem. Bincang elok – elok dengan suami. Cari rumah sewa yang jauh ckit dengan mertua. Baru la aman hidup sis sekeluarga.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.