Hari ini saya jadi seorang isteri yang cemburu dengan orang lain yang hidupnya ada perubahan, dari susah ke senang sikit. Tapi saya, susah dan terus susah. Mak ayah dari kampung nak datang ni, nak lawat cucu mereka. Segannya apa nak hidang. Duit langsung tak ada nak beli barang basah..
#Foto sekadar hiasan. Hai semua pembaca. Saya seorang ibu kepada hero her0in yang comel. Lepas kahwin saya tiada kawan nak sembang jadi saya pilih ruangan ini untuk saya luah apa saya rasa. Saya dah kahwin selama 6 tahun.
Hidup saya kategori miskin bandar. Hari ni gaji bayar komitmen semua, esok miskin semula. Gaji kami suami isteri kecil tapi syukurlah masih ada kerja. Saya cemburu hidup saya tak macam orang lain yang ada suami sediakan rumah sewa sebelum kahwin, ada kereta ada motor sebelum kahwin.
Suami saya tiada semua tu. Malah barang dalam rumah pun dia tak beli macam periuk nasi, sterika, kuali, sudip, pinggan dan lain lain banyak yang kami ambil dari rumah mak saya. Tilam pun tilam mak saya beri, katil tak ada.
Suami saya tak beli apa apa termasuk tv atau peti ais, semua pemberian orang iaitu barang barang terpakai. Saya syukur je sebab saya pun memang asal anak orang susah. Cuma tahun ke enam ni saya jadi cemburu. Yelah orang lain m4kin lama hidup m4kin maju, saya dan suami m4kin lama m4kin susah.
Orang kata tahun kelima dah senang sikit, tapi kami tahun keenam pun susah sangat. Motor pun tak mampu nak beli apetah kereta. Kereta pakai kereta buruk abah saya bagi dari awal kahwin dulu sampai sekarang. Berjalan ke bercuti ke sekali pun dalam tempoh 6 tahun ni langsung tak pernah suami saya bawa.
Bukannya takda masa, masa tu ada malah banyak sangat. Cuma duit tak pernah nak ada. 6 tahun tu kami hidup hari ni gaji esok miskin semula. Bestnya pasangan lain pergi jalan cameron ke, pulau ke. Saya tak pernah suami bawa kami anak beranak bercuti walaupun ke port dickson.
Saya dan suami memang dua dua kaki jalan cuma duit tak pernah nak ada nak pergi bercuti tu. Gaji kami berdua jika combine RM2500. Duduk ibukota, bayar pengasuh 750, rumah 600, duit minyak ulang alik pergi kerja, duit belanja barang dapur, duit susu pampers kedua anak kami hampir 300 sebulan.
Kawan – kawan boleh agak kan berapa je tinggal kat tangan. Kadang – kadang tengah bulan tu datang la dugaan tayar pecah la, kereta rosak la di mana duit yang ada memang terp4ksa dikeluarkan. 6 tahun kawan – kawan. Hari ini saya jadi seorang isteri yang cemburu dengan orang lain yang hidupnya ada perubahan, dari susah ke senang sikit.
Tapi saya, susah dan terus susah. Ada ke pembaca kat sini nasib sama macam saya? Saya sekarang sedih sangat sebab duit bantuan pun lambat nak dapat. Mak ayah saya dari kampung nak datang ni, nak lawat cucu mereka.
Segannya apa nak hidang. Duit langsung tak ada nak beli barang basah. Malu sangat. Memang selalu mak ayah saya datang waktu kami belum gaji sebab waktu ni sajaIah mereka free. Selalunya mereka ajak saya keluar pergi pasaraya beli barang makan sedikit sebab dia tahu saya dan suami tak ada duit. Boleh beri saya kekuatan? Terima kasih. – Mawar (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Zura Ishak : Jangan dok tenung apa yang orang ada. Fikirkan apa yang boleh aku lakukan untuk menambah rezeki keluarga. Perubahan itu perlu untuk memperbaiki hidup. Baiki hubungan kita dengan Allah dan orang sekeliling. Setiap usaha dan doa, insyaAllah akan ada ganjarannya.. Moga maju jaya.
Syamsiah Abdul Ghani : Maaf saya terbaca, puan kata masa puan banyak sangat hanya duit je tak banyak. Apa kata minta suami puan buat food delivery untuk tambah – tambah pendapatan. Then puan buat tabung percutian.
Bercuti tu tak semestinya duk hotel. Puan boleh duduk homestay more cheaper atau berkelah tepi laut. Yang penting anak – anak dapat pengalaman baru. Buat masa ni merancang anak sambil puan menabung. Jangan puan sesekali compare kan diri dengan orang keliling.
Yang penting puan tengok dah keupayaan puan, apa yang boleh puan create untuk momen indah sekeluarga? Jogging di taman hujung minggu ke, bawa anak ke picnic di sungai ke atau lain – lain. Saya doakan semoga dipermudahkan segla urusan puan sekeluarga. Aamiin
Nurul Fae Hj Khairuddin : Bercuti bukan bermakna nak duduk hotel best – best je sis. Bawak anak mandi laut, mandi kolam band4raya, pegi main taman. Pegi tempat tak keluarkan duit untuk release penat otak tu.. sis pon boleh start jadi dropship barang online.
Saya jugak alami, 5 tahun berkahwin dalam kesempitan. Ada gaji hari ni tapi esok susah balik. So sepakat kami suami isteri tawakal pindah balik kampung. Komitment bulanan kereta jela. Saya jual sandwich kecil – kecil + dropship barang sambil jaga anak – anak.
Suami buat 2 keje siang malam. Walaupon penat badan tapi suami tak penat otak duit tak cukup. Duduk kampung takda mall, takda apa – apa pandangan mata yang nak buat kita jeles dengan orang lain. Hari – hari jumpa mak sembang – sembang dapat lepas lelah. Alhamdulillah kumpul duit sikit – sikit merasa la tambah barang rumah untuk tahun ke 8 kahwin.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.