Aku cek gaji tak masuk lagi. Aku isi minyak kereta RM5 sempat sampai pejabat. Smlm last aku makan megi, minum air banyak2

Kali terakhir aku makan proper meal, hari ahad, waktu makan tengahari. Lepas tu, malam tu aku makan maggi. Habis kerja petang semalam aku cek lagi gaji, tak masuk pun lagi. Nasib baik maggi ada tinggal satu. Malam tadi aku makan maggi, minum air banyak – banyak aku p4ksa tidur…

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum dan Hai semua. Hari ni dah 30 June kan, hari Khamis tapi gaji aku masih belum masuk. Dan aku pun tak tau kenapa aku ada kat sini. Saja – saja je. Tapi nak share sikit kat korang, mungkin ada orang kata, “Relax lah. Baru sehari gaji lambat masuk.”

Tapi bagi orang yang macam aku, sehari tu terasa cukup lama. Kali terakhir aku makan proper meal, hari ahad, waktu makan tengahari. Lepas tu, malam tu aku makan maggi. Hari isnin sepatutnya gaji masuk. Tapi masih tak nampak bayangnya.

Duit dalam dompet tinggal RM5. Minyak kereta dah nak habis sampai menyala – nyala. Takpe aku boleh tahan. Tapi aku lapar sebab last makan semalam malam yang maggi tu. Kemudian nak buat alas perut, aku beli goreng pisang tepi jalan RM 2.

Habis kerja petang semalam, gaji masih tak masuk. Aku redha je bawa kereta, harap – harap minyak cukup. Maghrib semalam check lagi, masih tak masuk gaji. Lapar tak payah cakap. Nasib ada tinggal satu lagi maggi. Jadi aku masak dan makan sebab dah tak tahan lapar.

Lepas isyak aku check, masih hampa. Maggi je mana lah cukup lepas berhari – hari aku tahan, aku minum je air banyak – banyak untuk bagi tahan lapar dan p4ksa diri aku untuk tidur. Hari ni dah khamis, lepas subuh aku check.

Gaji masih belum ada, huhu. Aku fikir macam mana lah aku nak pergi kerja ni. Minyak kereta dah nak habis. Lepas ikhtiar, aku guna kad shell and petron aku untuk redeem points. Dapat lah isi RM5 kat shell dan lagi RM5 kat Petron.

Tapi faham – faham lah, minyak mahal kan, tak gerak sangat pon meter tu. Apa aku boleh buat, aku pon tawakal je supaya dapat sampai kat tempat kerja. Sepanjang jalan aku zikir and minta tolong kat Allah swt supaya bagi aku sampai tempat kerja.

Aku tutup aircond dan turunkan tingkap. Jimatkan minyak. Alhamdulillah sampai juga. Sekarang dah tengah hari, lapar tak payah cerita lah. Check gaji, masih belum masuk.. Aku kongsi benda ni, just harap orang – orang yang kerja bahagian finance, account and HR kalau boleh dapatlah masuk kan gaji tetap waktunya.

Aku faham situasi diaorang, cuma kalau boleh elakkanlah lambat bayar gaji pekerja selalu sangat. Untuk orang yang bergaji tinggi mungkin tak rasa sebab gaji korang masih cukup, untuk orang macam aku ni sangat – sangatlah memerIukan.

Aku nak gaji bukan untuk aku sorang, tapi untuk keluarga aku kat kampung. Biar aku lapar takde makanan, tapi jangan diorang lapar makan minum dan takde duit. Daorang dah tua dan tak sekuat aku untuk tahan semua ni. Aku just nak hantar duit balik kampung untuk keluarga aku.. – Boy

Komen Warganet :

Nur Hidayah : Nanti dapat gaji spend sikit makanan kering contoh macam tepung (boleh buat lempeng atau cekodok), beras, bawang, kicap (buat la nasi goreng kosong). Lagi satu stand by la gula dan teh ke, minum air manis pon boleh kurangkan lapar. Semoga Allah murahkan rezeki mu. Kalau awak perIukan pertolongan, boleh pm saya. Saya boleh bantu

Busseroa Abd Jalil : Menitik air mata baca cite ko dik.. Allah.. Part yang paling akak bimbang ialah orang “lapar”. Sebab tu gaji staff akak bayar setiap minggu. Itu memang duit belanja mereka sahaja. Komitmen mereka akak uruskan dengan baki gaji yang ada termasuk sumbangan bulanan untuk ibu bapa.

Tidak lupa sedikit baki lagi untuk simpanan. Dulu akak bagi semua gaji mereka. Tapi nampaknya orang muda tak pandai nak urus duit. Alhamdulillah bila akak urus macam tu dah nampak duit simpanan dah cecah 4 – 5 angka walaupun yang seorang tu gaji tak sampai 1.5k.

Tiap – tiap hari pula akak akan masak lebih. Akak marah kalau mereka tak datang makan. Sebab akak takut mereka lapar. Tapi sebab pekerja akak tiga empat orang jer bolehlah buat macam tu. Kalau company besar mana boleh buat macam tu kan.

Untuk adik, Banyakkan sedekah dik. Beli makanan kucing simpan dalam kereta. Kalau jumpa kucing bagi makan. Itu semua penarik rezeki dik. Semoga Allah mudahkan urusan adik. Tersentuh sungguh hati akak dik.

Amimah Samad  : Dapat gaji spare dalam rm50 untuk barang asas sumber karbo dan protein seperti beras, telur, ikan bilis, bawang, kentang dan tempe. Dari bahan – bahan ni pelbagai menu boleh diolah mengikut kreativiti.

Telur sepapan dalam 12rm dapat 30 biji. InsyaAllah banyak jimat dan membantu surv1ve sampai hujung bulan. Megi sepaket pun dah dekat rm1. So nasi, telur kicap pun jimat. Aneka masakan telur seperti sambal telur, telur mata, telur d4dar, roti telur, sup sayur + telur dan kurma telur pastinya sinonim dengan para surirumah, orang bujang dan isteri – isteri yang suka berjimat di hujung – hujung bulan sebelum suami masuk gaji.

Sandwich telur pun mudah dan boleh dipelbagaikan. Telur h4ncur, scramble egg, telur mata. 2 keping sekali makan still murah dari maggie dan goreng pisang. Untuk lengkapkan keperluan nutrien, tambah sayur salad barang sehelai dua atau pun timun sehiris dua. Maaf saya tak tau situasi sebenar confessor dan tak berniat nak menasihati. Sekadar berkongsi cadangan saja.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.