Anak hampir dicuIik, Lufya cerita detik cemas bergelut dengan penculik.

Saya nasihatkan semua wanita kena tahu seni mempertahankan diri. Lelaki tu guna batang kayu..

Beberapa tahun yang lalu kita sering digemparkan dengan kes – kes jen4yah berkaitan dengan pencuIikan kanak – kanak. Ia sekaligus mendatangkan kegusaran kepada ibubapa tentang keselamatan anak – anak mereka.

Oleh kerana itu, kita boleh katakan kanak – kanak zaman sekarang tidaklah sebebas kanak – kanak zaman dahulu kerana penjen4yah sentiasa memerhati. Sesiapa yang lalai, dalam sekelip mata boleh hilang anak.

Kalau bernasib baik, mungkin anak boleh dijumpai tapi peratusan amat tinggi untuk kanak – kanak itu hilang lenyap sebegitu sahaja. Rasanya sudah lama kita tak mendengar tentang kes pencuIikan kanak – kanak di negara kita.

Namun sebentar tadi, selebriti tempatan Lufya Omar telah memuatnaik satu hantaran di laman sosiaI Instagram miliknya, tentang kejadian yang menimpanya dua hari yang lalu. Menurut Lufya, 37 tahun, bersama anak perempuannya, Laana Haura, 5 tahun berada di taman permainan di sekitar Kota Damansara.

Kejadian berlaku sekitar jam 4 hingga 5 petang, dimana muncul seorang lelaki berbangsa Melayu yang cuba menculik anaknya.

Lufya bagaimanapun sempat bergelut untuk menyelamatkan anaknya, malah lelaki terbabit menggunakan senj4ta berupa batang kayu dan memukuI di bahagian kepala dan badan Lufya.

Dia bersyukur kerana tindakannya itu dapat menyeIamatkan anaknya. Dalam pada itu, Lufya terpanggil untuk berkongsi kes ini untuk memberi kesed4ran kepada ibubapa di luar sana tentang keselamatan anak – anak.

Selain daripada itu, nasihat Lufya, seharusnya kita didedahkan dengan seni mempert4hankan diri bagi mengelakkan serta dapat pert4hankan diri dan orang yang tersayang. Lufya juga telah membuat pemeriksaan lanjut mengenai keced3raan yang dialaminya di salah sebuah hospitaI.

Rata-rata peminat dan rakan artis terk3jut dengan berita yang disampaikan. Masing – masing mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Lufya dan Haura.

Reaksi warganet :

uyainaarshad : Ya Allahuakhbar.. Ya Tuhanku.. Nasib baik Kakak dan Haura selamat. Astaghfirullahalazim apa nak jadi dunia ni… Takut!!! Semoga Kakak Fya cepat sembuh dan recover dari tr4uma ni.

leezrosli_officialmy : You’re strong babe.. kalau i kat tempat you, tak tau lah gelabahnya macam mana.. alhamdullilah everything selamat.. kesian kat Haura.. hope she’s not tr4uma dengan apa yang jadi.

norafnita : Subhanallah…allahuakhbar…terk3jut betul baca berita fya. Alhamdulillah fya dan haura selamat. Akak doakan agar Fya sekeluarga sentiasa dalam Rahmat Allah SWT

Dari Intagram LufyaAlaana :

2 hari lepas fya diser4ng oleh seorang lelaki yang nak cuba menculik anak perempuan saya. Masa tu kami berada di playground Kota Damansara pada lebih kurang jam 4 ptg – 5 ptg. Seorang lelaki Melayu yang bersifat dayus telah memukuI fya menggunakan batang kayu ke kepala, badan serta menyebabkan keced3raan pada wajah dan badan saya.

Alhamdulillah anak selamat dan fya pun selamat. Im a f1ghter! Terpanggil nak share sesuatu yang penting untuk kita semua. Apa yang fya nak sampaikan kat sini demi keselamatan anak serta diri kita sendiri walaupun kita ni wanita yang lemah kita kene ada ilmu mempert4hankan diri. Ikutkan orang yang meny3rang tu lelaki yang agak besar dan kuat.

Dengan izin Allah juga fya dapat meIawan dan menyelamatkan anak fya. Syukur Alhamdulillah moral of the story is we must always stay alert. Kita tak tahu orang zaman sekarang ni sanggup buat perkara – perkara yang keji. Manusia m4kin tiada kemanusiaan.

Doakan kesembuhan dan keselamatan kami ya.

Sumber IG : LufyaAlaana

Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh / Selendang Biru. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.