Sebelum kahwin indah sangat, nampak dialah menantu pilihan dan wanita solehah. Depan orang, cepat – cepat dia tolong buat air. RAJIN SANGAT buat tanpa disuruh bila datang rumah kami sampaikan ibu halau dia balik rumah. Bila dah kahwin belang pun keluar, ibu call bagitahu yang dia demam 3 hari tapi..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.Terima kasih Admin. Maaf andai coretan ini panjang. Saya anak tunggal perempuan, saya ada seorang abang dan 2 orang adik lelaki. Yang bongsu tu masih belajar dan bujang umur 22 tahun.
Saya diberi didikan menjaga soal kebersihan dan keharmonian rumahtangga dari ibu dan nenek seawal darjah 2. Baik lelaki atau perempuan ibu ayah didik kami adik beradik saya semua buat kerja rumah sama rata. Masalah saya, saya dapat kak ipar dan adik ipar yang pemalas.
Dulu, abang dan bininya duduk sekali dengan ibu (ibu tunggal) kat rumah sebab tempat kerja dekat dan kak ipar saya kerja pangkat tinggi di sektor kerajaan. Pantang ibu saya berbunyi sikit atau tegur kak ipar, abang akan datang nak pert4hankan dan akan marahkan ibu saya semula.
Saya kesian tengok ibu sedih sebab abang lebihkan bini dia, bininya pulak tak boleh dijentik atau ditegur langsung sedangkan apa yang ibu saya tegur tu benda yang betul. Bayangkanlah pembaca semua, mana ibu tak bising, dah 2 tahun berkahwin tak pernah sekali dia nak pegang penyapu dengan alasan malu dan takut salah nak menyapu tak kena cara.
Lepas tu rezeki diorang pindah duduk kuarters. Legalah sekejap ibu saya. Adik saya yang lelaki tu pula baru berkahwin waktu PKP itu hari. Sebelum kahwin segala benda bakal bini adik saya RAJIN SANGAT buat tanpa disuruh bila datang rumah kami sampaikan ibu saya halau dia balik rumah sebab dah lewat malam dan bukan muhrim lagi nak berlama – lama rumah orang.
Tak tahulah niat dia saja buat rajin atau saja nak berkepit suruh adik saya ni tengok KERAJINAN dia. Sekarang lepas kahwin dorang pulak tinggal dengan ibu sebab ibu duduk sorang diri. Sekarang, mereka ni asyik makan kat luar je, makan minum ibu tak ada nak tanya khabar.
Langsung tak cara, bila pergi keluar tinggal rumah dalam keadaan bersepah. Saya seorang suri rumah dan duduk jauh dengan keluarga sebab ikut suami, setiap kali saya balik rumah mesti ada sahaja benda yang sengaja DISEPAHKAN.
Seolah – olah nak buli saya yang seorang surirumah ni. Saya balik rumah ibu memang tak kisah buat semua benda sebab dah BIASA SANGAT buat kerja rumah ni. Tapi kalau dah sudu 1 pon tinggal kat singki tak mau cuci. Bila saya masak, tak ada pula nak masuk dapur tanya apa atau tolong.
Tapi bila makanan siap, laju je p ambik pinggan. Letihlah saya macam ni. Sampaikan suami saya tegur, kenapa awak jadi orang gaji kat rumah ibu? Saya lebih kesian kat ibu saya, takkan lah ibu dah tua masih nak masak buat anak – anak laki dia makan.
Ade menantu, harapkan menantu lah tapi HARAPAN MUSN4H. Ade mase tu ibu demam selama 3 hari, dia s4kit dan call saya sebab nak makan. Saya tanya mane adik ipar sebab dia kerja bahagian perubatan, ibu kata dia keluar.
Allah sedih risau geram semua ade. Takkan tak perasan ibu tu dok batuk selsema tak larat terbaring. Orang tua memang la dok cakap, “sikit ja demam biasa, s4kit urat ape semua biasa ja boleh tahan.” Dah kalau orang s4kit, jaga lah bagi perhatian bukannya sibuk dok keluar jalan – jalan. Adik bongsu pulak belajar memang takde kat rumah.
Saya tak tahu kenapa adik ipar saya ni, lepas kahwin belang dah nampak, padahal sebelum kahwin indah sangat, nampak dialah menantu pilihan dan wanita solehah. Depan orang, cepat – cepat dia tolong buat air. Tak ada orang kat rumah, sudu satu tu pon malas nak cuci.
Sekarang ape perlu saya buat? Adik ipar saya tu dah pernah ditegur supaya rajin ke dapur tapi tetap sama je seolah tak ada benda yang ditegur. Saya buntu, hidup suri rumah di sisi suami tapi risau dan kasihkan ibu yang jauh.
Komen Warganet :
Syahidah Abdullah : Saya duduk umah mentua hampir dua tahun. Sebelum anak lahir waktu mengandung saya selalu tolong mentua masak, kadang – kadang belajar cara mentua masak. Sebab beza sangat. Dapatla ilmu baru.
Bile dah anak kuar ni. Nak tolong masak dah jarang sebab anak jenis nak berkepit. Anak saya anti bunyi anti bising serba anti. Kalau dia tidur, tempat tidur nak kene senyap. Jadi terhad nak bantu mentua. Sebab kadang – kadang bunyi blender pun dia boleh bangun dan pergi jalan dapur cari bunyi.
Pernah letak dalam buai tapi dia terjun sebab bunyi blender. Kadang – kadang mentua jaga anak saya masak. Kalau mentua masak. Saya tak dan nak tolong. Saya tolong jer kemas dapur, kemas pinggan mangkuk, tolong hidang makanan.
Kalau saya bab kemas tu tak logik la segan kan. Tapi tak tahu la kalau orang lain nampak saya ni macam tak tolong mertua. Time suami cuti hari ahad dan sabtu baru boleh masuk dapur sebab suami yang jaga anak.
Nuna Azizan : Kita jadi menantu masuk dalam family orang pandai – pandai la bawak diri. Jangan bagi alasan segan la malu laa. Tak selesa la time nak tolong buat keja. Time makan laju pulak. Takdak malu pulak. Ntah la tapi lagi bagus kalau semua yang dah kawen pakat dok asing. Kalau dah rasa diri tak mampu dok asing. Buat la per4ngai leklok.
Nana Farhanah : Kita tak boleh harap orang nak jadi seperti kita. Kita memang dah lahir – lahir per4ngai kita macam tu atau macam tuan post ni mak dia dari darjah 2 dah ajar. Orang lain tatau. Senang cerita macam ni, jangan dengar sebeIah pihak.
Tanya sendiri kak ipar dan adik ipar kenapa? Sepatut yang perlu ditanya adalah abang dan adik tt. Bukan ipar. Kalau dia malas suruh keluar cari rumah lain. Dan ibu tt boleh kemas dan berehat sahaja. Nak buat, buat. Taknak buat jangan bising – bising macam ni.
Tt pon tak payah jadi orang gaji kat rumah ibu tt sendiri. Maaf sebab perkara – perkara sebegini patut dielakkan. Lagi 1 tak boleh sangat nak harap adik ipar atau kakak ipar. Sebab tanggungjawab semua atas adik beradik atau lebih tepat. ANAK LELAKI.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.