Sepupu lelaki boleh kutuk bini dorang depan orang ramai. Mereka komplen, wife gemuk, muka berjerawat lepas beranak. Ada anak satu tapi macam anak sepuluh, bau bawang. Wife sepupu aku sampai menangis sebab diperIi oleh husband sendiri.
#Foto sekadar hiasan. Salam 1 Malaysia guys. Confession ni bertujuan untuk menyedarkan lelaki – lelaki yang bergeIar suami yang asyik komplen isteri tak cantik, naik badan, kulit mengerutu, rambut macam sawang labah – labah dan macam – macam lagiIah t0hmahan yang aku selalu dengar.
Aku wanita bujang, memang pada dulu lagi aku memang jaga penampilan. Berhabis jugaklah untuk produk dari hujung rambut hingga hujung kaki. Kawan – kawan lelaki ofis aku selalu mengeluh kononnya wife dorang dah tak cantik.
Ada jugak bila balik kampung, sepupu lelaki boleh mengutuk bini dorang depan – depan orang ramai. Aku yang jadi perempuan ni amat kesian dengan golongan wanita. Para lelaki cukup tidak tahu dan tidak memahami yang cantik ini perIukan kos yang tinggi.
Mereka hanya tahu komplen, wife aku gemuk, muka berjerawat lepas beranak. Ada anak satu tapi macam anak sepuluh, bau bawang sampaikan aku takut nak kawin. Jadi tr4uma sekiranya husband aku sendiri mengutuk aku kat belakang.
Sedih.. sape tak sedih dih1na mcmtu. Wife sepupu aku sampai menangis – nangis sebab diperIi oleh husband sendiri. So pada yang tak sedar diri ni, meh aku kongsi kos minimum aku untuk sebulan untuk kekal and maintain cantik.
1) Perawatan rambut. Shampoo aku pakai yang ditempah khas di laman sesawang. Matrix nama brandnya. Termasuk dengan hair masker dan conditioner sebulan berharga RM500++. Aku buat rawatan rambut di saloon sebulan sekali. RM120 sekali rawatan. So dah total RM620.
2) Perawatan kulit wajah. Aku pakai jenama dior. 3 bulan sekali aku restok dalam RM2000. So sebulan dalam RM650++. Tu tak termasuk masker. Kadang aku tak beli sebab nak jimat kos. Aku pakai masker buatan sendiri je.
Aku akan ke spa sebulan sekali untuk buang kekotoran kulit wajah. Dalam RM300 macam tu sebulan. So total RM950++ sebulan.
3) Perawatan kulit badan. Waxing dan spa sebulan sekali RM400. Produk kulit aku pakai mustika ratu. LuIur mandian dia memang bagus. Dalam RM70 sebulan. So rawatan kulit sebulan RM470.
4) Make up. Aku memang peminat Dior. Restock 3 bulan sekali dalam RM400 sebulan.
Wahai lelaki, ini hanya anggaran untuk wanita bekerjaya macam aku. Kenapa mahal? Sebab aku takde masa nak luIur sendiri or salon di rumah. Aku bukan dari golongan kaya, tapi aku usaha sendiri untuk puaskan hati sendiri.
Walaupun aku bertudung. Memang aku jaga rambut supaya tidak berbau. Ini tak dikira harga baju, beg tangan dan rawatan lain seperti m4nicure dan p3dicure. Komplen nak isteri cantik macam model, tapi korang ada tak bajet macam di atas?
Kalau nak murah, belikan isteri produk dan jaga anak sementara isteri nak berdandan cantik. Ni tidak, jaga anak, isteri. Masak, isteri. Kemas rumah pun isteri. Isteri jugak perlu bekerja, balik rumah kelam kabut nak jaga RAJA macam korang.
At last korang boleh mengumpat isteri masing – masing kat belakang. Aku tak kata semua, tapi aku dah selalu dengar komplen dari lelaki – lelaki yang tak sedar diri ni. Siap nak takeI aku, konon aku pandai jaga diri.
Hello! Kau ingat jaga dengan air kosong je? Hormatlah isteri korang kerana mereka susah payah menjaga rumahtangga. Apa perasaan isteri kalau dia tahu suami mengutuk dia kat belakang?
Ada jugak yang berani share hal – hal dalam kain, badan isteri hitamlah, takde nafsulah. Cermin diri sendiri saud4ra. Korang hensem sangat ke? Nak isteri cantik, jangan l0kek berikan dia duit dan masa untuk dia kekal cantik.
Jangan bandingkan isteri korang dengan isteri orang lain. Tubuh badan manusia ni tak sama. Ada yang naik badan bila dah beranak pinak, ada yang maintain kurus tapi kulit sem4kin gelap.
Aku sebagai wanita solo inilah selalu kena tempias. Dibandingkan aku dengan bini masing – masing. Kacau text tengah malam. Memang tak tahulah apa yang ada dalam kepala lelaki tersebut. Tak maIukah anda??
Sebab itulah bila isteri jadi janda terus naik saham, tau tak kenapa? Sebab dia ada masa untuk berdandan dari jaga korang yang ramai nye macam biawak hidup kat rumah.
Maaf luahan ini agak kasar, tapi aku hanya ingin share pengalaman aku sepanjang komunikasi dengan suami orang di pejabat. Buat lelaki, hargai isterimu.. Seikhlas hati, – Laura (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Hanis Zaini : Huhuhuuu, tak tahu nak cakap macam mana. Sebab pernah jumpa laki macm tu. Bersepah, dok mengutuk bini diorang. Siap pakej tanya kita lagi, macam mana boleh kurus dan jaga diri. Aku yang hat tak mekap dan melawa ni pon orang kata elok noh.
Nampak cara tanya macam bunga – bunga nak menggatai. Makan la m4ki berd4s – d4s. Sorry laa… Laki aku jaga aku helok, bukan mcm h4ng dok mengata bini sendiri, bagi duit pon culas dekat bini. Nak pakai mask pon, aku tak pakai sorang – sorang, aku lumur muka laki aku sekali.
Anak aku, aku lumur bedak sejuk. Sengih tak kira dah. Sama – sama ada me time dan berspa walaupun murah. Macam confessor ni dia mungkin nak memanjakan diri dia dengan gaji dia. Terpulang pada hak masing – masing.
ام ايمان : Betul.. masa bujang semua yang dilakukan 100% untuk diri sendiri, serba serbi sempat dibelek, sebab banyak duit dan banyak masa terluang. Tapi bila dah kahwin seluruh kehidupan didedikasikan untuk suami, anak – anak dan rumahtangga.
Sampai tiada masa untuk diri sendiri. Kadang – kadang pakai tudung pun tak empat nak tengok cermin. Sambil berjalan sauk tudung risau takut ank menangis kalau lambat – lambat, mandi pun sepantas yang boleh.
Tu belum lagi sebut bab – bab lain. Jadi hargailah isteri. Kalau nak bini sentiasa cantik bagi la belanja dan masa untuk dia mencantikkan diri. Kalau tak mampu jangan la nak banyak komplen, terima seadanya. Jarang dengar isteri komplen pasal suami bor0i, ketiak busuk bagai kan.
Fairuz Ashikin : Kehidupan lepas berkahwin memang berbeza. Tambah – tambah lagi bila dah ada anak. Kalau anak tu masih baby, lagiIah tak begitu ada masa nak membeIai diri. Tapi kan, lelaki yang confessor jumpa ni sebenarnya jenis lelaki tak ada kualiti.
Mungkin masa belum kahwin tu, bakal isteri kulit gelap pun dia kata tak apa. Lepas kahwin complain pulak. Takkan la kulit berubah warna pulak. Kalau waktu mengandung tu ye jugak ada orang pernah share kulit jadi gelap tapi lepas bersalin ok balik. Dia yang jenis gataI. Ramai lagi lelaki yang tak gataI macam tu. Yang tau batas diri.
Nurul Haida Mohd Ali : I like.. kena dengan batang hidung kaum lelaki nie. Nak yang bagus, wangi, putih tapi modal takde. Tell me how. Nak bini lawa macam model. Tolong sediakan maid kemas umah, jaga anak, masak.
Duit seperti di atas syampoo, mandian lulur, spa sekali sebulan. Barulah bini boleh jadi ratu. Husband balik dari pintu pagar dah bau minyak wangi macam taman. Ini apa pun takde, seluar dalam bini pun belum tentu awak mampu beli. Bayar peanut takkan dapat almond brother !!
Akied Rahman : Nasib baik kawan – kawan lelaki saya satu office takde yang pernah cerita apa – apa tentang isteri masing – masing. Segalanya kat office hanya bercakap hal – hal office jer. Mohon dijauhkan dari kawan – kawan lelaki office macam tu.
Dan kalau ditakdirkan ada pun memang takde lah nak dengar apa yang diorang cakap pasal isteri masing – masing sebab takde p0int pun nak dengar. Kalau mereka bercerita dan kita yang perempuan ni pun sibuk nak dengar, lagi gaIak la mereka bercerita.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.