Suami cakap saya hanya surirumah tak penat macam wanita bekerjaya. Dia bandingkan dengan rakan perempuannya yang lain. Saya tinggalkan anak dekat suami untuk ambil wuduk, baru sekejap anak nangis. Saya terus s0und suami sampai dia terdiam..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Sengaja saya memilih ruangan ini agar dibaca sama oleh kaum adam. Saya nak kongsikan rasa s4kitnya hati dan marahnya rasa bila suami saya cakap, “ibu bekerja lagi penat daripada suri rumah” sedangkan saya isterinya, seorang suri rumah sepenuh masa.
Semuanya bermula bila dia cerita rakan rakan perempuan di tempat kerjanya bila balik kerja tidak terus ambil anak dari pengasuh, tapi balik mandi rehat rehat dulu baru ambil anak dari pengasuh.
Saya jelaskan penat suri rumah ni bukan penat fizikal tapi lebih kepada penat em0si. Terp4ksa hadap karenah anak anak 24 jam. Tiada istilah siapa lagi penat. Bekerja atau suri rumah, sama sama penat.
Suami masih pert4hankan pendiriannya sambil membandingkan pula dirinya yang lelaki pun balik kerja, penat. Apatah lagi perempuan bekerja. Membaranya saya rasa. Tapi saya tahan. Tak guna saya baIas sebab dia bukan pernah jadi suri rumah.
Tak pernah lagi seumur hidupnya jaga anak anak 24 jam tanpa saya. Anak – anak saya pula semuanya jenis susu badan, jadi saya memang tak pernah tinggalkan anak semasa anak – anak masih bayi dengan ayah mereka, melebihi 2 jam.
Lepas perbaIahan tu, saya terus tinggalkan bayi kami dengan suami dan ambil wuduk untuk solat. Tak lama tu suami beritahu bayi kami masukkan penutup sejenis krim natural ke dalam mulut. Saya tak risau sebab tiada bahan bah4ya.
Cuma perut anak saya ni sensitif. Mudah kembung. Selepas solat saya duduk bersendiri masih merajuk. Bayi kami mula menangis mer4ung – r4ung tak pernah mer4ung begitu. S4kit perut gamaknya. Saya jugalah yang kena sapu minyak.
Urut – urut. Sampai bayi sendawa dua kali. Lepas tu saya pujuk – pujuk sambil susukan dia. Saya tanya suami, tengok tak anak tadi? Dia kata tengok. Saya tanya tengok macam mana? Nampak tak muka anak?
Nampak tak tangan anak? Ke nampak kepala saja? Sebab suami tengok sambil baring atas katil. Anak pula di atas lantai tepi katil sana. Suami terdiam. Nampak sangat dia tengok ala kadar, sekadar tengok di mana anak.
Bukan tengok apa anak buat. Suami jawab, “baIasan”. Maksudnya baIasan terhadap dirinya atas kata – katanya. Terus saya luahkan semua. Ingat saya duduk rumah jaga anak – anak ni tengok macam abang tengok?
Sekadar tahu di mana anak? Saya duduk rumah, tangan anak baru mula nak mengutip pun saya nampak. Gerak geri anak semua saya perhati. Sedangkan anak tu lincah bergerak bukan statik macam patung.
Bukan budak besar boleh faham kalau kita kata jangan. Kawan – kawan abang tu balik rumah rehat dulu sebab nak dapatkan tenaga kembali untuk jaga anak – anak pula. Maksudnya nak buat kerja lain pula yang turut memenatkan.
Nak hadap ragam anak – anak memang tak penat macam kerja burvh bina bangunan, penatnya penat lain. Suri rumah tu memanglah bukan sejenis pekerjaan dapat gaji tapi dia tetap buat kerja.
Kalau rasa jadi suri rumah tak penat atau tak lah penat mana, jadilah suri rumah sepenuh masa dulu dengan adanya anak – anak kecil. Barulah rasa macam mana. Saya suri rumah tapi tidaklah saya kata ibu bekerja itu tak penat.
Semua orang ada penat tersendiri dalam memainkan peranan masing – masing. Jangan dibanding banding. Saya, kalau orang lain yang kata saya tak ada hal. Tapi bila suami sendiri yang kata, memang cari hal. – Suri (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Sheikha Ibtisam: Sebenarnya yang paling penat jadi suri rumah adalah bila suami tak hormat kita, anggap kita orang gaji, hal rumah dan anak harapkan kita saja yang urus dan pandang perempuan luar yang kerja dengan dia lagi bagus dari kita yang banyak berk0rban untuk dia. Sebab tu perempuan sekarang trauma nak jadi suri rumah. Kalau jadi suri rumah pun masih bekerja cari duit dari rumah. Double triple penat.
Zie Sakura : Sangat – sangat setuju sis. Saya ibu yang bekerja, PJJ pulak sorang – sorang jaga anak – anak yang kecil. Memang jadi surirumah sangat penat mentaI. Waktu PKP mula haritu, saya duduk rumah. Memang sangat penat mentaI dan em0si, ada saje bahan amvkan hari – hari .
Masa tu asyik membilang hari bilakah PKP nak berakhir. Bila masuk kerja, kita penat fizikaI pulak. MentaI dan em0si tahap sederhana. Tapi penatnya fizikal rasa mcm nak lari je dari dunia nyata. Kesimpulannya, jadi surirumah ke tak jadi surirumah ke semuanya penat. Tak payah la nk kata bekerja lagi penat atau surirumah lagi penat. Semuanya sama penat.
Iera Fiera : Silap puan sebab terlalu bagi suami relax. Tak susahkan dia dengan tanggungjawab dari awal. So dia rasa tu bukan kerja dan tugas utama dia. Saya respect suri rumah. Buat kerja berulang yang sama setiap hari.
Lebih penat tanpa gaji. Lagi penat tanpa dihargai dan bantuan suami.. emm.. Ajar dia.. Biar dia tahu apa itu tanggungjawab. Jangan nak tinggal anak kat dia takut – takut tak harap. Tu anak dia. Takkan dia nak anak dia s4kit teruk. Tinggal je seharian tak pun 2 – 3 hari.
Rafidah Zainun : Penat jadi surirumah bila suami tak hargai. Kalau duit poket, belanja umah cukup. Hulur bantuan, hilang sumer penat tu. Saya bercerai masa anak umur 4 dan 3 tahun. Lagi penat mentaI dan fizikaI masa ada suami pasal dia tak pernah appreciate. Bila dah sorang – sorang, walaupun keje dan uruskan 2 anak kecik sorang – sroang, tak terasa penat pun pasal hati senang.
SyaFinaz Roslan: Betul sis 100% setuju ape yang awak tuliskan. Saya pernah jadi suri rumah sekejap lepas melahirkan anak. Sungguh, saya tak sanggup. Peritnya rasa dan tak sabar nak kembali bekerja. Suri rumah sebenarnya ibu – ibu yang sangat kuat.
Yang sanggup berk0rban dunia luar mereka untuk anak – anak dan suami. Tahniah sis. dan saIute pada semua suri rumah. Anda mungkin di pandang enteng sesetengah individu. Tapi percayalah, anda mulia di sisi Tuhan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.