Mak kahwin dengan ayah tiri muaIaf, lepas setahun kahwin diorang meninggaI akibat kemaIangan. Tiba2 dua orang kakak tiri datang offer nak jaga aku sedangkan mereka bukan Islam. Satu hari dekat sekolah cikgu kaunseIing panggil kakak2 aku sebab dapat laporan aku dijaga oleh orang bukan Islam..
#Foto sekadar hiasan. 10 tahun lepas waktu umur aku 13 tahun, mak aku kahwin buat kali kedua. Ayah tiri aku ni lelaki yang awalnya beragama kr1stian dan menjadi muaIaf serta berkahwin dengan mak aku. Dah ditakdirkan, tak sampai 2 bulan kahwin.
Mak dan ayah tiri aku kemaIangan dan meningg4I. Selama ni aku membesar berdua dengan mak. Waktu meningg4I tu agak kec0h siapa yang nak jaga aku. Aku memang tak rapat sangat dengan saud4ra mara. Waktu sed4ra mara aku berg4duh mulut pun, aku agak keliru dan takut sebenarnya.
Tapi akak tiri aku, anak kepada ayah tiri aku dia volunteer untuk jaga aku. Ramai yang tak sangka, aku pun terk3jut sebab berjumpa cuma baru sekali. Akak aku yang sorang tu umur 24 dan lagi sorang baru umur 23. Makcik dengan pakcik aku awalnya tak setuju.
Mereka tak setuju disebabkan yang akak tiri aku ni bukan beragama Islam. Entah apa yang akak aku terangkan dengan makcik pakcik aku dan akhirnya setuju. Dalam masa yang sama, aku takut dan c0nfuse. Aku dan akak – akak aku memang t0tally str4nger, macam orang asing.
Dua akak aku sebenarnya ada juga bercakap – cakap, “Boleh ke kita betul – betul jaga budak ni? Boleh ke dia duduk dengan kita? Macam mana dengan agama, adat dan sebagainya.” Aku cuma setakat dengar, diorang cakap English.
English aku waktu tu okay boleh faham lagipun selama aku tinggal dengan dua orang akak aku kami memang gunakan bahasa Inggeris. Sebulan pertama aku tinggal dekat situ, kami bertiga ni jarang bercakap. Bangun pagi br3akfast.
Dua – dua akak aku pergi kerja dan aku siap pergi sekolah pergi naik bas dan balik pun naik bas. Malam tu diorang teman aku study dan buat homework. Selama sebulan tak ada apa sangat yang jadi. Dah masuk bulan ketiga, salah sorang akak aku tanya, Hannah nama dia.
Dia tanya aku nak teruskan hidup aku macam mana. Dia tak kisah kalau aku nak teruskan hidup sebagai orang musIim. Dan akak aku bagitahu dengan terang yang mereka berdua adalah ath3ist. Aku jawab yang aku nak hidup macam biasa.
Maknanya masih dalam Islam. Akak aku pun okay dan dia terima. Dah mula dari situ, kami bertiga ni agak rapat. Jadi serba sedikit diorang tahu aku kena solat, makan p0rk h4ram alc0hoI tu semua. Puasa waktu ramadhan hari raya dan banyak lagi benda yang boleh dan tak boleh buat.
Aku pernah kena panggil dalam bilik kaunseIing dekat sekolah sebab cikgu aku ni dengar kawan aku cakap yang akak aku “bukan islam” cikgu kaunseIing aku ni pun tanya. Aku memang jawab yang kami adik beradik tiri. Jadi cikgu ni bagi amaran jangan mudah terpengaruhlah, sosiaI tu lagi, dan macam – macam.
Dalam hati aku marah juga, aku tinggal dan hidup dengan akak aku. Jadi aku lebih tahu diorang ni macam mana. Tapi bila cikgu kaunseIing judge akak aku macam – macam rasa nak nangis sebenarnya. Cikgu kaunseIing ni siap telefon akak – akak aku dan nak jumpa.
Petang tu juga akak aku datang dan jumpa. Aku tak tahu apa yang cikgu kaunseIing tu ceritakan. Tapi dalam kereta waktu nak balik dia cuma cakap “sorry”. Malam tu, akak aku dua orang ni mereka berg4duh, aku tak tahu pasal apa.
Tapi aku yakin mesti pasal aku. Dalam seminggu kami bertiga kurang bercakap. Jadi sepanjang tahun tu macam – macam aktiviti kekeluargaan. Join family day, pergi bercuti. Dua orang akak aku suka masuk hutan dan c4mping.
Selalunya, kalau cuti lama kami bertiga memang akan masuk hutan dan enj0y suasana hutan. Mana akak aku pergi dengan aku kena bawa sekali. Selalunya bila kawan akak aku tanya “siapa budak tu?” Diorang memang akan jawab adik.
Tapi confirmlah ramai c0nfuse. Aku rupa melayu dan agak gelap. Akak aku pula mix chinese dan arab, jadi memang lain rupa. Dekat sekolah kalau kena ambik rep0rt card, kalau aku datang dengan akak aku semua jadi curi0us. “Eh tu ke akak kau,” dan macam – macam soalan aku kena jawab.
Masuk tingkatan 4 akak aku Melissa kena transfer luar Malaysia untuk satu tahun. Jadi selama setahun aku dengan akak aku Hannah tinggal berdua. Akak aku yang ni dia agak pendiam dan paling payah nak dengar dia bercakap.
Walaupun dah bertahun pun, aku ke akak aku masih ada rasa awkw4rd tu. Kadang – kadang tu kalau ada benda nak guna duit atau kena hadirkan penjaga ke sekolah. Rasa takut nak kasi tahu. Iyalah diorang berkerja. Bab duit tu lagi aku takut.
Selalunya, aku simpan setiap hari seringgit. Kalau lebih sikit 2 ringgit. Jadi bila kumpul dalam 2 minggu ke. Minggu yang ke tiga aku cakap dengan akak aku. Yang aku dah ada duit belanja. Tapi diorang tetap bagi juga duit belanja. Biasa memang rasa bersalah, apa lagi kalau kena belikan barang baru tak kisah baju ke atau apa – apa. Malu juga.
Selalu juga cakap tak payah, tak apa, tak suka. Tapi akhirnya kena beli juga. Waktu puasa biasa akak – akak aku memang akan ikut puasa sekali. PukuI 4 tu memang kami akan bangun dan sahur. Kali pertama bersahur sekali 3 orang menu sahur tu meriah betul macam menu berbuka.
Tapi bila dah next puasa baru lah bersederhana. Setiap hari akak aku akan ingatkan aku solat. Dulu aku selalu tanya, yang aku ni tak menyusahkan ke bab duit lagi. Selalu akak aku akan cakap “its okay” untuk bab pelajaran tu tak ada masalah langsung sebab akak aku memang akan tolong dan temankan aku study dan buat homework.
Lepas habis SPM, aku sambung study jauh dari rumah. Biasa cuti sem yang sekejap aku jarang balik. Kalau lama baru aku balik, selalunya waktu cuti tu akak aku yang akan datang dan jenguk aku. Kawan aku selalu tanya betul ke tu akak aku.
Aku memang jawab ya. Aku baru habis k0nvo dan dah dapat kerja. Aku cuba kerja jauh dari akak – akak aku. Aku nak cuba berdikari. Mula – mula memang akak aku bantah, dia cakap tinggal dulu dan kerja 2 tahun baru hidup sorang.
Tapi, aku jawab yang aku nak cuba sorang diri dan taknak menyusahkan akak – akak aku. Baru – baru ni aku terbaca instagram akak aku. Dia post gambar kami bertiga gambar aku pakai jubah c0nvo waktu c0nvo haritu. Panjang caption akak aku, dia tulis pasal aku.
Bila baca, aku rasa gembira dan sedih. terus terang, aku memang sayang akak – akak aku. Sepanjang aku membesar, tak pernah aku cakap aku sayang diorang. Dan akak aku pun sama. Tapi waktu balik dari c0nvo dalam kereta, aku kasi tahu dekat akak – akak aku yang aku sayang diorang dan terima kasih sebab terima aku yang hanya orang luar dan cuma ada hubungan “tiri” bawa masuk dalam hidup diorang dan besarkan aku.
Sepanjang perjalanan tu kami bertiga tak behenti bercakap. Nangis, ketawa, imbas balik kisah lama. Selama ni, aku masih rasa yang diri aku ni orang asing dalam keluarga. Tapi, harit u baru aku rasa yang aku memang ada family dan akak yang aku sayang dan sangat hebat.
Confession ni pun aku tulis sebab aku nak luah rasa bersyukur aku dekat akak – akak aku. Kalau aku nak cakap depan – depan rasa malu pula. Walaupun kami ni banyak perbezaan. Beza warna kulit, rupa, kepercayaan dan banyak lagi. Tapi aku sayang diorang macam akak kandung aku. Thanks sis, i love both of you so much. – Zim
Komen Warganet :
Rohaya Aya : Best cerita dia! 2 kali aku baca, walau tiada pertalian d4rah tetapi kesungguhan kakak – kakak nak jaga adik sangat terpuji. Tahniah dik, awak punya keluarga yang hebat. Al-fatihah untuk arw4h ibu dan bapa tiri awak yang berjaya mendidik anaknya menjadi anak – anak yang luar biasa, tiri hanya sekadar nama.
Arim Suya : Kagum sungguh dengan kakak – kakak dia. Bukan saja sanggup pikuI tanggungjawab besarkan seorang adik yang total asing bagi mereka di usia muda pulak. Bukan saja bagi kebebasan pada budak mentah yang belum m4tang ni (yang senang – senang boleh dipengaruhi ni) teruskan agama hakiki dia.
Malah sehabis baik cuba menyokong agama adik dia dengan selalu ingatkan solat, sama – sama bangun sahur dan berpuasa yang bukan mudah untuk orang – orang bukan islam. Sedangkan yang Islam pun ramai yang Iiat, ngeIat dan ambik remeh bab – bab bersahur dan puasa.
Kakak dia betul – betul amanah dalam pikul tanggungjawab, bab makan, pakai, pelajaran dan lain – lain. Sedangkan makcik pakcik sendiri berg4duh sapa nak jaga, sudah di voIunteer terus dilepas tangan tak ada khabar berita takda menghulur sikit sebanyak ke.
Yusmaaniza MY : The best confession, sejak saya pindah dok Sabah saya rasa masyarakat sabah ni memang baguslah. Anak saya sekolah di sekolah yang campur cina india kadazan melayu anak pin0y segala memang terasa sangat muhibbah.
Berkawan dengan orang kr1stian ni ramai yang takut konon kena ajak masuk kr1stian padahal salah tu.. Dekat sini masing – masing hormat agama sesama sendiri. Semoga sis dan kakak – kakak kekal harmoni selamanya ya
Farhah Simard : Ya, warna kulit agama sebenarnya bukan halangan nak jadi keluarga penuh kasih sayang, kalau ditakdirkan saya dan suami meningg4I, anak kami Iegal guardian dia, pakcik dan makcik omputih dia.
Walaupun sangat k0ntroversi kenapa saya pilih mereka bukan adik beradik saya di Malaysia. Saya yakin mereka akan jaga anak kami dengan penuh kasih sayang, nak – nak dorang tiada anak, dan so far, mereka memang sayang giIa kat anak ni.
Jadi, senang hati juga pikir pasal tu, tapi harap hidup lamalah sehingga anak pandai berdikari. Anyway, ini sebab kenapa kena namakan penjaga anak, supaya saud4ra mara berg4duh mulut pasal nak jaga, bukan berg4duh aje tapi buat tak tahu, jauh sekali nak offer jaga.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.