Mak manjakan menantu siap suruh aku jadi driver kak ipar. Aku tinggal dia dekat pekan sorang diri. Tak sangka malam tu jadi drama

Aku ni penat balik sekolah, mak p4ksa aku bawak kak ipar pergi pekan. Orang suruh ambil lesen motor tak nak! Dah menyusahkan. Aku geram sangat, aku tinggal je kak ipar dekat sana. Malam tu aku dengar kak ipar nangis kuat dalam bilik dia. Abang aku terus datang ketuk pintu bilik aku kuat – kuat..

#Foto sekadar hiasan. Aku Fira, bukan nama sebenar. Aku anak bongsu dari 5 orang adik beradik. Aku ada kakak iaitu sulung dan yang nombor 3. Kiranya abang aku juga ada dua. Yang nombor 2 dan nombor 4. Abang aku yang nombor 4 dah berkahwin pertengahan bulan 5 2017.

Masa tu semua enjoy dan teruja nak dapat ahli keluarga baru. Ye la kan. Asyik tengok dan berg4duh dengan muka yang sama je. Naik muak juga kadang – kadang. Mak? Ayah? Mereka lagi teruja. Ye la kan. Menantu pertama walaupun bukan dari kakak sulung aku.

Masa majlis bukan main meriah. Kitorang tinggal dekat kampung. Jadi ada la pakatan untuk kenduri dan rewang kalau setiap kali majlis. Habis sahaja kenduri. Diorang berdua masih tinggal dengan kami. Mak tak bagi lagi diorang keluar cari rumah sewa. Katanya rumah besar. Duduk aje la dekat sini.

Aku gelarkan abang nombor 4 aku ini sebagai “Acik” dan isteri dia sebagai “Kak Nur” (Bukan panggiIan sebenar). Kak nur ni tak ada lesen moto. Tapi cekap la juga kalau nak dik4takan. Dia lahir sama tahun dan sama bulan dengan kakak aku yang nombor 3. Kiranya dia lagi tua dari abang aku.

Masa diorang kahwin, aku masih bersekolah. Kebanyakan masa balik sekolah aku, dia yang ambil. Aku pun macam okay la kan? Mungkin mak tak larat dan mungkin ada kerja. Aku okay. Bersyukur juga sebab tak perlu menyusahkan mak bila dia dah penat balik dari menoreh terus ambik aku sekolah.

Tapi, masuk saja tingkatan 4. Aku disuruh untuk ambil lesen moto. Untuk memudahkan pergerakan. Tapi aku masih tidak dibenarkan untuk membawa moto sendiri ke sekolah. Kiranya Kak Nur yang akan ambil aku. Hantar sekolah? Ayah yang hantar.

Mak tak akan kacau menantu dia pagi – pagi buta untuk hantar aku yang dik4takannya ni tak berapa pandai dari anak kawan dia. Setiap kali peperiksaan, pasti akan dibeza – bezakan aku dengan anak kawan – kawan nya.

Masa PKP, waktu tu rakyat diperIukan untuk ambil vaksin, aku tingkatan 4 hampir tingkatan 5. Kiranya masa tu c0viid dah tak berapa teruk. Aku bersekolah secara bersemuka seperti biasa. Penat balik sekolah. Mak suruh aku bawa moto untuk ke pekan.

Lebih kurang 45 atau 30 minit dari rumah. Sebab tarikh ambil vaksin Kak Nur pada hari itu. Tapi abang aku “Acik”, kerja seperti biasa. Pada mulanya aku membantah. Biasalah kan. D4rah remaja. Tapi bantah masih dalam kelembutan.

Sebab mak, kan? Nanti ditulis dalam buku catatan amalan dik4tanya derh4ka pula. Tapi mak masih berkeras. Jadi, aku cuna tenangkan diri dan bersetuju sahaja. Malas nak bertengkar lebih lanjut pun ada time tu. Biarlah aku mengalah untuk waktu tu.

Kak Nur cepat – cepat seterika tudung. Aku hanya memerhati. Dalam diam memprotes. Orang suruh ambil lesen. Dia tak nak. Katanya, nanti Acik marah dekat dia. Lesen kot! Apa yang bongok sangat. Benda penting. Lebih penting dari baju baru kau tahu!

Baju baru kau boleh beli pulak dekat Kak Nur setiap kali dia nak baju baru. Aku protes secukupnya dalam hati. Masa di dewan untuk ambil vaksin, aku tunggu. Dengan perut tak diisi makanan tengah hari lagi. Dengan panas. Dengan kedai air pun aku tak nampak. Memang naik d4rah juga la time tu. Hampir 3 jam juga aku tunggu.

Okay. Mungkin ramai. Pandangan aku pertama kalinya untuk menyedapkan hati. 2 jam berlalu. Okay. Mungkin lambat proses sebab ramai. Kali kedua menyedapkan hati. 3 jam berlalu. Okay. Aku dah tak tahan. Kak Nur ni boleh dik4takan kedekut.

Kenapa aku cakap macam tu? Kalau kau ingat jasa aku bawa kau pergi sana, dengan tengah tahan lapar. Dengan baru balik sekolah penat. Kau akan suakan dua tiga ringgit untuk aku. Masa ni otak memang negatif habis.

Takkan la lama sangat. Kau tak boleh nak celah – celah. Selit – selit bagi cepat ke? Lepas tu, aku ada scroll fb. Nasib la bateri phone masih banyak time tu. Tiba – tiba nampak posting dia tangkap gambar dekat booth yang “Saya dah divaksin”.

Memang ternaik kening aku. Hampir jerit aku waktu tu. Kau dah tau kau datang dengan orang. Kau! Eyy. Ya Allah. Aku terus call mak. Cakap aku nak balik. Nanti pandai – pandai la dia balik sendiri. Mak tak bagi. Suruh tunggu lagi beberapa minit.

Aku mengadu aku lapar. Dan ya. Dia suruh aku pergi makan dulu. Duit? HAHAHA. Aku tak bawa satu sen pun time tu. Sebab memang kami kelam kabut keluar dan ya. Kak nur tak hulurkan sesen pun duit untuk aku. Aku terus call acik.

Aku cakap benda sama yang aku cakap dengan mak. Dia diam dan terus end call. Aku panas dah time tu. Aku terus call Kak Nur. Tapi tak berangkat. Mungkin tak dengar. Aku mesej whatsapp. Aku cakap Kak Nur lambat lagi ke? Fira dah lapar.

Dia cakap ada lagi SEPULUH orang. Aku dengar je benda tu. Meletus gunung berapi dalam hati. Aku cakap aku nak balik. Dia seen mesej aku. Hampir 5 minit berlalu baru dia mesej aku kembali. Okay, Fira balik la. Letak helmet Kak Nur dekat Rela.

Aku okay kan aja. Senang kerja aku. Tapi balik sahaja ke rumah. Jadi pula satu isu. Mak marah aku sebab aku tinggalkan menantu kesayangan dekat sana. Nanti apa – apa jadi dekat dia siapa nak tanggung. Aku yang baru sampai rumah tak sempat berapa minit. Punggung yang duduk tu pun tak panas lagi. Tapi mak suruh aku pergi ambil semula.

Ya Allah, aku memang barai time tu. Tapi tiba – tiba, dengar bunyi moto dekat luar rumah. Dan ya. Acik pergi ambil bini kesayangan dia. Mak membebel kata dekat aku. Aku terus masuk bilik. Makan dalam bilik. Malas nak keluar.

PukuI 8 malam. Jadi pula isu, Kak Nur nangis – nangis macam kena pukuI dengan acik. Kami yang tengah tengok berita terk3jut la juga. Member0ntak macam budak kecil, kau tahu! Kami adik beradik terus pergi dapur. Cakap pasal Kak Nur. Berdrama kata kami.

Pastu masing – masing masuk bilik. Malas nak tengok drama pukuI 7 yang tak berapa nak jadi. Acik ketuk semua pintu bilik. Bilik aku yang paling teruk kena. Dia kata “kenapa Kak Nur marah? Korang cakap apa dekat dia petang tadi? ”

Aku cakap, “dah lambat. Aku tinggal la. Aku dah la lapar” Acik diam. Mungkin memproses dari jawapan aku dan jawapan isteri tercinta dia. Dia pergi ketuk bilik kakak aku nombor 3. Dan ya, jawapannya sama. ” Aku tengok dia post dekat fb gambar dekat booth bergambar boleh ja. Sebab tu aku suruh adik balik.”

Masa ni lagi kuat Kak Nur member0ntak dekat bilik dia. Mak dah lemah dah waktu ni. Terduduk dekat tengah – tengah rumah. Dia boleh cakap. ”Biar mak m4ti. Senang. Mungkin korang tak kan g4duh lagi”. Menangis semua orang masa ni. Termasuk aku.

Tergamam juga dengan kata – kata mak. Sebabkan menantu. Boleh cakap benda macam tu. Ayah hanya diam. Memerhati. Kak nur cakap kami menipu. Dan masa ni, aku ambil keputvsan untuk menengking. Depan mak depan semua.

“Kak Nur! Fira ni penat tau! Penat! Dari dulu lagi. Kak Nur tak ambik lesen. Lepas tu setiap kali nak pergi mana mesti Acik pass kak Nur suruh Fira hantar. Masa tu Fira tak pernah mengungkit apa – apa lagi. Tapi hari ni Fira penat. Tersangat penat.

Kak nur macam tak faham kami. Kak nur macam seronok buIi Fira pergi sana sini. Tapi satu sen atau satu perkataan terima kasih pun tak pernah wujud dalam kamus Kak nur. Fira penat belajar lagi. Tapi Kak nur tak pernah faham”

Aku masuk bilik menutup dengan kuat. Memang hampir semua tergamam. Akak aku nombor 3 terus masuk bilik. Waktu kejadian akak sulung aku kerja malam. Kalau tak. Lagi teruk Kak nur kena tazkirah. Sebab pernah ada kejadian berlaku, ni aku tak berapa pasti tahun bila. Mungkin 2019 atau 2018 macam tu.

Akak sulung aku masih bekerja di satu hospitaI dekat kedah. Masa ni akak aku cuti. Cuti tu sebanyak 3 hari. Jadi kitorang plan nak duduk rumah dan makan – makan je. Kami balik kampung tapi tanpa akak sulung aku. Aku berikan gelaran samaran dia sebagai Kak long.

Masa ni kak long, acik dengan Kak Nur je tak ikut. Tapi bila kami balik. Semua tengah bertengkar. Macam suatu perkara terjadi. Masing – masing kelu lidah. Kak long menangis – menangis masa tu. Tercengang juga mak. Tak tahu nak bela siapa.

“Dia tu!! Orang nak ajar cara siang ayam. Buang pedu, t4hi ayam. Tapi dia boleh jeling lepas tu masuk dalam bilik buat taktahu. Dia ingat, kita ni nak sangat ajar dia yang tak tahu apa – apa tu” Kak Long menjerit separuh hati. Sambil menangis

Acik pegang kunci kereta kak long sebab masa tu memang kak long nak balik kedah balik. Ke rumah sewa dia. Dia m4ki hamun acik sambil mer4mpas kunci. Memang dia balik kedah dalam keadaan yang teresak – esak juga sebab sebelum dia keluar.

Mak ada cakap something dekat dia. “Kau yang macam budak – budak. Bukan salah Nur pun.” Yang lain semua masuk bilik. Aku? Memang menangis time tu. Sebabkan orang luar macam dia. Mak boleh mengetepikan anak – anak sendiri. – Fira (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Norizan Mamat : Salam, Hmmm… Sebagai pengajaran untuk confessor, nanti dah kahwin, pastikan kita keluar dari rumah mertua. JANGAN sesekali dok dengan mereka. Balik sekali sekala tak apa. Kalau mak mertua suruh dok sekali pun, mesti kena guling – guling dengan suami minta pindah, tau? JANGAN dok sekali.

Dua kali dah makcik tulis besar besar JANGAN tu. Kalau suami tak mampu pun, pi la merempat kat mana mana dulu, asalkan jangan dok umah mertua. Biarlah suami diugvt derh4ka pun, asalkan kita pindah rumah. Masa kita jadi tuan rumah, orang lain jadi ipar, kita boleh kata macam – macam.

Penyelesaian banyak, tapi sengaja cipta drama sana sini. Nanti, bila kita jadi menantu orang, ipar orang, kita akan rasa bagaimana jadi orang LUAR pula… hehehe… Makcik bimbang, apa yang kita buat kat orang, nanti orang lain buat kat kita pula. Syukur makcik ni family suami sangat baik. Lagi pun makcik tak dok dengan mereka… hehehe… Semoga kita semua bahagia..

Suci Kelam : Amboi, kak nur pergi amik kau dari sekolah boleh pula. Tak pula kau ungkit bab tu, ya. Setiap hari sampailah kau dah ada lesen sendiri, bukannya 3 jam kau yang anggap kak nur tu orang luar sedangkan dia dah jadi keluarga kau. Apa lagi keburukan kak nur? Takkanlah sebab dia tak ada lesen dan manja tak bertempat je kot.

Lia Azra : Kesiannye kak nur tu.. patut la mak tt ni sayang kat kak nur tu, sebab kak nur tu banyak bersabar dengan kerenah adik beradik tt.. Semoga Allah permudahkan segala urusan kak nur.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.