Dia mengaku berkawan dan perempuan tu, keluar karaoke, dan mula mengaku bahawa perempuan tu bukanlah bekas kekasihnya tapi janda anak 4! Umur kami baru 25 tahun. Saya suruh dia pegang perut saya yang tengah sarat mengandung, bersumpah apa yang berlaku. Patutlah dia kena ugvt dengan janda tu..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. tolong hide nama saya. Saya hanya ingin meluah dan berkongsi. Saya ingin isteri – isteri di luar sana beringat dan amik pengajaran. DIA LUPA, ALLAH ITU ADA. Saya dan suami dah kenal dari zaman persekolahan lagi.
Kami bercinta hampir 8 tahun, kemudian kami bernikah. Siapa yang tak bahagiakan jika jodoh kekal hingga ke jinjang pelamin. Dikurniakan rezeki awal, saya bunting pelamin, m4kin bertambahlah seri bahagia kami. Pada usia kandungan 5 bulan, Allah turunkan dugaan pada perkahwinan kami.
Saya menghidapi appendicitis dan perlu jalani pembedahan, suami menemani saya selepas pembedahan. Semasa cuti s4kit, saya sedar perubahan sedikit demi sedikit pada suami saya. Dia jadi cepat marah, kurang sabar, ambil tak endah tentang saya.
Suami saya seorang yang baik sebenarnya, solat tak tinggal, selalu imamkan saya, beri tazkirah selepas solat, alhamdulillah. Tapi dia lupa, Allah itu ada. Tak disangka – sangka, Allah tunjuk petanda. Di FB suami, saya perasan ada wanita yang tidak saya kenali.
Saya stalk FB wanita tersebut, terk3jutnya saya ada statusnya semua mengenai rindu d3ndam pada suami saya. Hati isteri mana yang tak h4ncur luluh. Suami menafikan semua dan kata ada orang ingin h4ncurkan kebahagiaan rumahtangga kami.
Dia kata mungkin salah seorang bekas kekasihnya. Sebagai isteri, saya percaya kata – katanya tapi dia lupa, Allah itu ada. Ketika itu kandungan saya 7 bulan, lebih mengharukan suami saya sampai bersumpah itu ini. Dan secara tiba – tiba dia kembali romantik. Tapi dia lupa, Allah itu ada.
Satu malam, saya terbuka hati untuk check hp suami. Inbox tak-clear. Sent item-clear. Dekat draft ada 1 msg untuk seseorang, yang membuktikan mereka ada hubungan. Lagi sekali, h4ncur luluh hati saya. Saat itu jugak saya tanya suami.
Dia diam dan ingin mula solat, saya p4ksa dia mengaku. Pada mulanya dia katakan wanita itu bekas kekasihnya dan mereka pernah keluar bersama. Ya Allah… terduduk saya semasa mendengar pengakuan. Menangis, mengongoi macam orang giIa.
Ya, macam orang giIa tapi dia lupa, Allah itu ada. Dia ingat saya keluar untuk pergi kerja pada malam itu tapi tidak. Saya terus ke rumah rakan tanpa ditahan hati saya meluah segalanya. Saya rancang untuk tumpang di rumah rakan sehari dua.
Saya minta tolong rakan untuk balik ke rumah saya untuk ambil pakaian. Sampai di sana, kereta suami tiada. Tahulah saya dia keluar berjumpa perempuan tersebut. Malam itu juga saya bilik ke rumah mertua, saya ceritakan semuanya.
Suami belum pulang ketika itu tapi tahu saya di rumah mertua. Suami call saya dan cakap dia jumpa perempuan tu sebab nak settlekan hal mereka. Saya dah tak ambil pusing tapi mertua pula pujuk saya supaya tak cerita pada ibu bapa saya. Saya akur.
Suami pulang pada hampir jam 11 malam. Saya dan rakan tunggu di dalam kereta. Dia sampai je terus masuk kereta saya dan terangkan bahawa perempuan tu yang giIakan dia. Dia mengaku berkawan dan perempuan tu, keluar karaoke, dan mula mengaku bahawa perempuan tu bukanlah bekas kekasihnya tapi janda anak 4!
Kami berdua baru saja 25 tahun!! Dan katanya, hubungan mereka hanya sekadar kawan. Katanya, dia cuba tinggalkan perempuan tu, tapi tak boleh sebab perempuan tu akan ugvt dia untuk beritahu saya rahsia mereka. Bila saya tanya kenapa tak terus terang, dia bagi alasan sebab takut saya marah. Macamlah saya tak marah ketika ini.
Saya tak puas hati, saya suruh dia bersumpah sambil pegang perut saya atas nama anak. Suami pada mulanya tak setuju tapi tetap buat dalam keadaan terp4ksa. Kemudian, kami pulang dan saya mendiamkan diri. Saya masih terasa ada sesuatu yang suami sembunyikan. Betul, suami saya lupa. Allah itu ada.
Pada subuh hari, saya k3jut suami. Saya tanya elok – elok, saya suruh dia terus terang dan ceritakan segala – galanya pada saya supaya perempuan itu tak tambah cerita, tak buat fitnah, tak ugvt dia lagi. Suami diam. Dia akhirnya mengaku hubungan mereka sudah jauh.
Mereka sudah terIanjur. Bila ditanya berapa kali, sudah 3 kali. Allah… berat sungguh dugaanMu. bayangkanlah, saya sedang mengandungkan anaknya 7 bulan!! Ketika itu, saya diam, setitik air mata pon tiada. Saya pandang kosong suami saya.
Saya rasa cinta saya yang 8 tahun itu telah terkubuur. Saya diam sejenak, suami pula menanti jawapan. Dia menangis. Saya biarkan. Entahlah, baru menyesal mungkin? Saya peIuk suami saya, saya bisik di telinganya. ‘abang bertaubatlah, solat taubat banyak – banyak. Saya maafkan abang dan saya tiada d3ndam dalam hati.’
Suami pandang saya sambil menangis teresak – esak dan bertanya adakah saya masih terima dia lagi dan saya hanya mengangguk. Dia menangis sambil memeIuk saya, ciuum saya. Saya terus bangun dan berwuduk. Ketika solatlah baru air mata saya jatuh.
Pada Allah saya mengadu betapa h4ncur berkecainya hati saya ketika mendengar pengakuan itu. Hati saya tak tenang, saya baca surah ar rahman. Tersedu – sedu, sebak yang tak tahu nak dicakapkan. Suami yang melihat turut menangis.
Dia tak sanggup tengok keadaan saya. Dia call ibunya dan berterus terang tentang d0sanya dan ibunya turut menangis dan meminta untuk bercakap dan saya. Saya tak mampu untuk berkata – kata ketika itu. Saya hanya menangis dan menangis.
Suami cerita, dia tak tahu kenapa dia boleh berubah sebegitu sekali. Saya tanya apa yang kurang pada saya, dia kata tiada apa yang kurang. Saya ada rupa, 1000 kali lebih cantik pada janda tersebut. Saya solat, saya taat pada suami, saya bekerja, saya dah bagi dia anak, saya tutup aur4t. Dia nak apa lagi??
Suami kata dia macam lupa diri. Dia tak tahu kenapa dia b0doh macam tu. Dia menyesal dan ingin lari di perempuan itu tapi perempuan itu ugvt untuk beritahu d0sa mereka pada saya sebab tu dia terp4ksa stay berhubung untuk tutup mulut perempuan tersebut.
Memang s4kitnya, Allah saja yang tahu. Saya hanya bertahan untuk sekejap. Kemudian saya tak boleh lupa dan mula rasa ingin marah. Saya minta cerai pada suami dan suruh suami kahwini perempuan tersebut tapi suami tak nak.
Dia kata m4ti hidup balik pun dia tetap tak akan ceraikan saya. Pada saat itu saya kerap menangis, tambahan pula perempuan tu meng4muk – ng4muk pada suami dan saya. Habis dia cerita semua yang saya tak tahu, yang amat meny4kitkan.
Perempuan tu hantar msg pada saya dan menyuruh suami saya hubungi dia. (suami dah patahkan simcard). Saya baIas msg dia dan nyatakan tiada apa yang belum selesai, saya dan suami saya baik – baik saja. Pastu, dia baIas dan kata tahniah kepada saya kerana ada suami macam tu.
Perempuan tu kata lagi, pastikan suami saya tak cari dia seperti mana suami saya mencari dia ketika saya melakukan operation dulu. Ya tuhan, ketika aku bert4rung nyawa meIawan peny4kit, suami aku curang. Sedih dan pilu hati ni taktahu nak khabarkan macam mana tapi Allahkan ada.
Siapalah yang tak marah, memang saya marah tapi saya belajar untuk memaafkan dan melupakan. Saya minta suami untuk menghargai peng0rbanan saya, saya minta untuk dia tak lupa Allah tu ada. Macam – macam suami tipu, tapi Allah bantu saya beri petunjuk.
Alhamdulillah, kami kekal sampai sekarang, anak saya pun telah selamat lahir. Kami cuba untuk lupakan segalanya, kami buka buku baru, suami pun dah berubah sebab dia tahu, tiada lagi peluang jika sejarah berulang. Jika berulang lagi, sememangnya tiada maaf bagimu.
Saya ada gaji sendiri, saya ada rupa, saya ada anak dan saya ada Allah. Apa ade hal? Mungkin ramai yang kata saya b0doh sebab saya bagi peluang tapi bagi saya, lagi b0doh jika saya meruntuuhkan masjid sendiri. Saya yakin, Allah itu ada.
Pasti ada hikmah kenapa saya diduga sebegitu rupa, mungkin isteri – isteri di luar sana akan ambil jalan cerai. Mungkin ada yang baIas d3ndam. Sabar sahabat – sahabatku, Allah itu ada. Kita kena percaya qada dan qadar. Kuatlah, bangkitlah, tunjuk pada dunia tangan lembut kita mampu menggoncang dunia. yakinlah ALLAH ITU ADA.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.