Adik ipar senyap-senyap bersalin dekat swasta lepas tu call suami aku menangis merayu suruh bayar bawak dia balik

Dari awal bersalin adik ipar aku berzikir nak bersalin dekat hospitaI swasta. Dia kata hospitaI kerajaan ni panas. Tak sangka dia pergi jugak hospitaI swasta diam – diam. Lepas tu nangis suruh suami aku bayar, kalau tak, dia tak boleh keluar. Tak cukup lagi, masa pantang tiba – tiba dia datang rumah aku bawak beg dan baby..

#Foto sekadar hiasan. Hi, min. Lately banyak min share cerita pasal mertua dan aku rasa terpanggil nak luah jugak. Suami aku ni merupakan anak ke-2 dari 7 orang adik beradik. Tapi yang sulungnya kaklong. Jadi biasalah, apa – apa tanggungjawab family semua jatuh ke suami aku sebab dia anak lelaki sulung.

Ayah mertua aku dah meninggaI. Rumah mak mertua sekarang ada adik ipar aku yang lelaki, isteri dan anak dia. Dorang duduk situ sekali. Sebelum tu nak bagitahu, umur aku dengan suami beza hampir 10 tahun. Jadi masa aku kahwin, suami aku dah complete semua dengan kerja dan gaji yg stabil, dah beli rumah, kereta motor semua.

Suami aku kahwin paling last sekali, adik – adik semua kahwin dulu. Disebabkan suami aku ni kan ‘abang’ dan gaji dia yang paling stabil dan besar antara adik beradik, jadi dia lah yang sponsor semua adik – adik kahwin.

Walaupun adik lelaki dia pun ada sedia duit hantaran je 3 – 4k (tu pun suami aku topup). Belanja kenduri ke bayar apa pun semua suami aku sponsor. Okay la tu kan sebelum kami kahwin, jadi aku tak nak campur. Kemudian kami tunang dan plan nak kahwin, kebetulan adik bongsu suami pun dah tunang awal lagi dari kami dan nak kahwin jugak.

Jadi kami plan buat je sekali kenduri senang sekali harung. Mak mertua aku pun tak berapa nak sihat dan kuat sangat nak buat kenduri banyak kali. Tapi adik suami aku ni tak nak buat sekali. Dia kata nanti orang tak tumpu dekat dia sebagai raja sehari sebab ada dua pasangan pengantin.

Ok, kami ikut je la buat kenduri asing, dia buat kenduri dulu sebab dia bertunang dulu. Tapi kenduri dia pun suami aku yang sponsor ye! Sebab dulu adik – adik lain suami aku dah sponsor jadi dia kata tak adil la kan kalau dia tak kena sponsor.

Yang aku geram tu, dah la demand dalam semua benda, ambil servis catering yang mahal, harga hotel padahal kenduri buat dekat rumah je. Suami aku memang mengadu la kat aku benda ni. Dah la nanti dia nak kena pikir untuk kenduri kami plak kan.

Kami plan nak buat kenduri 6 bulan selepas kenduri adik dia. Tapi adik dia demand itu ini plak.  ORANG SURUH BUAT KENDURI SEKALI TAK NAK, PASTU NAK KENDURI FREE PULAK ORANG SPONSOR. Suami aku pulak jenis tak pandai nak menolak.

Mak mertua aku okay je tegur jugak adik bongsu tu dan adik – adik lain jangan menempel sangat kat abang. Lagipun dorang semua dah kerja kot. Kecuali adik bongsu tu tak kerja, baru 21 tahun tapi gedik nak kahwin. Kerja kilang berapa bulan pastu berhenti duduk rumah je.

Memang takda saving la. Laki dia bayar kenduri basic – basic je, selebihnya suami aku bayar semua. Depan laki dia pandai ya kata, eh takyah la bayar ke apa semua. Buat baik depan laki dia padahal belakang duk bagi arahan kat abang dia suruh bayar semua.

Disebabkan kesian sangat kat suami terp4ksa habis banyak untuk kenduri adik dia, aku pujuk kenduri kami buat kecil – kecil je. Masa hari nikah dengan family dan kawan rapat. Tak payah resepsi semua. Lagipun kami ni pengantin PKP, nikah pun ada had.

Aku tahu dia lebih dari mampu nak buat kenduri kami besar – besar pun tapi kami bincang dan buat keputvsan buat kenduri kecil. Lepas tu kami pi honeymoon travel luangkan masa sama – sama ke sana sini. Alhamdulillah kenduri adik selesai.

Lepas berapa bulan tu kenduri nikah kami kecil – kecilan tu pun selesai. Aku dan suami  banyak travel sama – sama ke sana sini banyak negeri. Rezeki murah suami naik gaji, naik pangkat, elaun semua naik. Oh ya, aku pun kerja office hour sama dengan suami.

Kami duk sendiri tapi dekat dengan rumah mak mertua. Selalu je singgah balik. Paling penat tu bila aku yang kerja seharian ni, balik rumah kadang – kadang masak. Kadang – kadang beli luar. Adik ipar aku yang suri rumah tu asyik mai nak makan je.

Tanya masak apa hari ni. Kalau aku tak masak, aku kena beli lebih untuk dia. HAANGG DAH KENAPA?! Haangg tu seharian duk rumah je kot!! Makan tidor ja kerja. Tambah bila dia dah pregnant ni lagi laa dia guna alasan tak larat bawak baby.

Masalahnya kalau sarat sangat tu kita faham. Tapi ni dari masa baru kahwin, masih berdua dengan laki dia ja tu pun AKU YANG BEKERJA TIAP HARI NI KENA BALIK MASAK UNTUK DIA?!! Mulanya aku tak berkira, aku pun suka je masak bagi suami makan.

Cuma kena masak lebih la nak bagi adik ipar aku tu, siap bawak bekal balik untuk suami dia makan ya. Dia selalu cakap aku pandai masak dan sedap. Laki dia ok ja dia tak masak sebab tak reti, dua – dua muda kan. TAK, AKU NI MAID HAANGG KA NAK KENA BALIK KERJA MASAK KAT HAANGG?

Kemudian, masa dia prepare untuk nak bersalin. Dia mintak dekat suami aku dia nak bersalin dekat hospitaI swasta ya! Alasannya, tak bolehlah hospitaI kerajaan ni sebab panas dia kata. Rimas la. Katil tak cukup la. Hari – hari dia pesan kat suami aku dia nak hospitaI swasta.

Aku sampai pi cakap kat laki dia pergi la bayar bini hangg nak duk swasta. Laki dia pandai pulak cakap hospitaI kerajaan je dah cukup, beranak duk kejap je. Tapi adik ipar aku beng4ng, dia marah – marah merajuk kat suami aku cakap apalah sangat gaji besar tapi tak boleh belanja dia BERANAK KAT SWASTA tu.

Helooo, dah la kahwin suami aku sponsor, makan pakai pun suami aku beli, makan aku masak boleh dik4takan setiap hari dekat haangg. Tak kira lagi hadiah – hadiah atau barang apa yang dia nak mintak suami aku bayar (TAK LARAT NAK LIST SEBAB BANYAK).

Pastu nak beranak kat swasta. Paling aku terasa dengar dia cakap, “Kakak (aku lah tu) tak mengandung lagi pun, mana tahu lepas belanja dia beranak kat swasta ni datang rezeki anak.” Dia cakap macam tu dekat aku. Ya, kami belum ada rezeki lagi walau suami dah cecah 40 tahun, tapi kami percaya rezeki Allah. DIA bagi semua tepat pada masanya.

Tak perlu la guna ayat camtu. Dah la barang anak dia banyakkkkk kami yang belikan. Sebab kami pun excited nak dapat anak buah walaupun dah banyak anak buah dari adik – adik lain. Tapi kadang – kadang rasa sikap tak berkira kami ni diambil kesempatan pulak.

Sampai tiba masa, adik ipar pun beranak. DIA PERGI JUGAK KAT SWASTA rupanya. Pastu call suami aku mintak dia bayarkan. Kalau tak takleh balik. Ya Allah. Nangis – nangis mintak suami aku bayar. Ingat sampai situ je.

Balik berpantang berapa hari lepas tu, aku duk relaks dengan suami tiba – tiba dia sampai rumah dengan laki dan baby dia. Bawak barang banyak. Terus duduk bagitahu nak pantang kat rumah aku!!! Sebab rumah aku ada aircond, tak panas. Baby tak boleh panas.

Kebetulan bilik pun ada banyak yang kosong, dia nak tumpang. Entah la min, tak larat dah nak taip penyiksaan aku jaga dia pantang Sampai tahap suami aku plak terp4ksa upah CL untuk jaga dia pantang kat rumah kami sebab kami kerja lewat malam baru balik.

Aku tak larat nak jaga dia. Dia sendiri cari CL tu suruh datang rumah ya, p4ksa laki aku bayar sebab CL dah datang jaga dia masak untuk dia. Banyak lagi min. Anak dia dah setahun lebih pun semua nak suami belikan baju la toys la.

Laki dia ada je belikan jugak tapi nak jugak abang dia belikan yang lebih mahal dan branded. Alasan dia abang dan kak ipar dia ni gaji mahal. Takdak anak nak spend. Jadi kena habiskan duit dekat anak dia. Laki dia (biras aku) tu pulak jenis ikut je cakap bini dia.

Adik aku cakap A, maka laki dia pun A jugak.. Belum lagi part cerita dia honeymoon, dia nak travel atau pergi makan luar ke apa semua dia mintak suami aku bayarkan. Katanya dah jadi tanggungjawab suami aku sebagai abang dia dan gaji besar tak boleh kedekut. Haihh. Penatttt.

Hari – hari aku doa supaya aku ikhlas memberi. Cuma harap jugak untuk aku dan suami menolak melampau dia tu. Sekarang ni kami menolak jugak apa – apa yang tak perlu. Jadi dia kadang – kadang beng4ng. Selalu cakap kak ipar dia ni duk cucuk abang dia. Aku sabar je lah…

Side notes, alhamdulillah, walaupun aku dengan suami belum dikurniakan rezeki anak tapi rezeki kami murah dari segi yang lain. Alhamdulillah.. Adik ipar pun dah jarang datang rumah aku sebab dia kata kak ipar ni tak suka dia. Takpa lah min, janji mak mertua percaya aku dan dia faham aku. Alhamdulillah mak mertua aku baik, suami aku pun baik dan faham.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.