Aku cuba call ayah aku, tapi suami rampas fon aku. Aku pergi hospitaI pun naik grab, korang bayangkan aku bersalin dengan mulut bengk4k teruk. Lepas bersalin aku nekad bercerai. Ibu aku tanya kenapa, bila aku bukak mask, ibu aku terus mengucap tengok bibir aku bengk4k..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan Hi. Nama aku Oyen (bukan nama sebenar). Aku seorang isteri yang bekerjaya, dari aku sebelum kahwin pun aku memang dah biasa kerja dan hidup berdikari. Dan aku juga seorang yang mementingkan keluarga. Kalau apa- apa berkaitan family, aku memang akan ada.
Nak dijadikan cerita, aku berkahwin dengan suami aku selepas 6 bulan kami berkenalan, aku dalam fasa br0ken. Lepas tu aku kenal dengan suami aku, aku bagitahu dia aku malas nak buang masa bercinta bagai nak rak, sebab umur aku pun nak dekat 30.
Kalau rasa nak kahwin, masuk lah meminang. Dan betul – betul dia datang pinang aku. Dia pun okay dengan family aku, ramah dan seorang yang menjaga solat. Aku pun ok jela konon – konon bercinta lepas kahwin itu sweet (rolling eyes)
Tapi betul cakap orang, kita takkan kenal pasangan kita selagi tak tidur satu bantal kan? Lepas kahwin, aku berubah 360, aku jaga solat, aku pakai tudung. Aku jadi isteri yang taat, laki aku tak suka kawan – kawan aku, aku tinggalkan dorang. Kiranya semua benda dia tak suka, aku tak buat,
Tapi berbeza dengan dia, kawan dia is everything, dia akan lebih dengar pendapat kawan dia, dari aku. Tapi time tu baru kahwin, semua boleh dimaafkan, sampai lah time aku pregnant. Tahun pertama kahwin, aku dah mengandung.
Dalam fasa aku mengandung baru aku tahu per4ngai sebenar laki aku yang sebenarnya tak sukakan keluarga aku. Bagi dia keluarga aku tak elok sebab abang aku seorang pen4gih, pernah aku bergg4duh dengan dia sebab dia tak bagi aku balik rumah mak aku.
Dia cakap tak nak anak dalam perut aku terkenan per4ngai abang aku. Aku terus menangis, aku teringat muka abang aku, walaupun dia macam tu, dia tak pernah abaikan ibu ayah aku dan adik – adik dia tapi sampai hati laki aku cakap macam tu pasal abang aku.
Sampai aku cakap dengan laki aku, kalau awak suruh saya pilih antara awak dengan abang saya, saya pilih abang saya. Itu pertama kali aku berg4duh besar dengan laki aku. Kali kedua aku berg4duh besar sebab adik lelaki dia terjah masuk bilik aku masa aku tengah baring, aku tengah sarat menunggu hari nak bersalin, aku term4ki kan adik dia, adik dia dah akil baligh kot.
Laki aku terus naik tangan dekat muka aku, memancut d4rah dari mulut aku, habis baju aku penuh d4rah. Masa tu aku menangis sebab aku tak sangka laki aku boleh sampai tahap itu, aku cuba call ayah aku, tapi laki aku rampas fon aku.
3 hari lepas kejadian, aku bersalin, 3 hari jugak aku tak bercakap dengan laki aku. Aku pergi hospitaI pun naik grab, korang bayangkan aku bersalin dengan mulut bengk4k teruk. Aku pulak jenis tak cerita kat family aku pasal laki aku, konon – konon jaga aib suami.
Lepas aku bersalin, aku nekad nak cerai dengan laki aku. Ibu aku tanya kenapa, bila aku bukak mask dan ibu aku terus mengucap tengok bibir aku bengk4k, tapi aku rahsiakan dari ayah aku, dengan doktor pun aku cakap aku jatuh.
Bila keluarga mertua aku tahu, dorang pujuk aku, aku pun termakan pujukan mertua aku, sebab mertua aku sangat baik, adik beradik dia semua baik dengan aku. Aku teruskan kehidupan dengan laki aku yang tak pernah ada rasa cinta langsung, aku cuma bertahan sebab anak aku.
Sekarang dah 3 tahun berlalu, 3 tahun jugak aku yang bayar pengasuh anak aku, susu dan pampers pun aku yang tanggung, dia langsung tak bagi duit. Laki aku tetap sama macam tu cuma dia tak angkat tangan dengan aku, masih tak suka keluarga aku, sampai aku nak bawak anak aku balik kampung pun susah, hal anak aku semua dia yang control, sampai kadang – kadang aku rasa aku macam takda hak sebagai seorang ibu.
Aku banyak kali cakap dengan dia, kahwin la lain sebab aku memang dah takde hati dengan dia, aku selalu doa dengan Tuhan, supaya dia ditemukan dengan orang lain, sebab kalau aku minta cerai, dia takkan bagi anak dekat aku.
Biarlah Tuhan tu dengar doa aku, supaya dia dah ada bini baru, aku dapat anak aku, aku nak besarkan anak aku dengan cara aku. Aku tak tahu, walaupun dah 3 tahun dia cakap pasal abang aku, sampai sekarang aku terngiang – ngiang kat telinga lebih dari peristiwa dia tumbvk aku. Sekian luahan seorang isteri yang berharap laki dia berubah hati pergi dekat perempuan lain. – Oyen (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Fatimah Az-Zuhra Sobre : Kenapa ye selalu fikir kalau cerai anak akan dapat kat ayah. Hak penjagaan anak ikut undang – undang syariah keutamaan kepada ibu dahulu tambah – tambah anak bawah 12 tahun. Ayah hanya wajib beri nafkah anak.
Hak penjagaan akan dapat kepada ayah jika ibu ada masalah atau boleh beri kesan / pengaruh buruk kepada anak – anak. Patutnya suami yang takut tak dapat hak penjagaan anak sebab keperluan anak semua tt yang sediakan..
Norma Nor : Itulah sebab bila dah berg4duh teruk sampai dah kena tumbvk begitu abaikan perasaan d3ra mentaI, jangan mintak pendapat dan nasihat dari orang lain. Kan elok kalau awal – awal dulu dah angkat kaki. Sekarang dah hidup bahagia dah dengan anak di samping keluarga tanpa lelaki.
Adoila.. mertua baik tak semestinya anak dia baik. Yang nak hidup dengan anak dia serumah sebantal tu awak. Bukan mertua awak. Angkatla kaki sebelum tambah anak smpai 5, sebelum dia kakikan kau dan tangankan kau.
Takut hak penjagaan dapat ke suami? Mimpila.. Pergi je failkan fasakh atas pend3raan mentaI, pengabaian dan kau simpan semua resit bayar (better beli barang guna online @ debit card, bayar taska semua tu) nanti senang nak tulis surat serta bukti kat borang fasakh tu.
Bangkitla cik kak oiiii. Sebelum terlambat. Lepas ni dah tak payah nak dengar nasihat orang luar termasuk ustaz ke ustazah ke. Sabar ada limitnya. Buat apa nak membazirkn waktu untuk disia – siakan. U urself yang tau s4kit perit hidup dengan suami tu, u je yang boleh selamatkan keadaan. Directla cakap ye. Nak taat biar bertempat. Yang taat tak bertempat tu b0doh namanya.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.