Suami gaji 15k, dalam masa 2 tahun dia beli 4 biji rumah. Pelaburan tak jadi, sekarang suami tanggung hutang 2 juta

Aku kahwin dengan suami pun bila tengok gaji dia 15k, memang mampu sangat ni. Tapi bila kahwin rupanya dia langsung takde harta. Aku ajar la dia cara nak melabur, sekali dia giIa beli rumah sampai 4 bijik! Yelah! Gaji besar lagak pun sama besar! Percaya tak lepas 10 tahun kahwin, hutang dia dengan aku je lebih kurang 150k!

#Foto sekadar hiasan. Nama aku Lia, ada suami dan 3-orang anak – anak yang comel. Al-kisahnya aku ni masa bujang memang suka plan masa depan dan selalu buat baget dalam perbelanjaan. Umur aku 27 tahun kenal dengan suami aku yang berumur 35 tahun.

Bila kenal terus ajak kahwin, haha. Aku ni takde la excited sangat. Aku bukan jenis asal boleh je. Kan aku cakap aku berhati – hati dalam perbelanjaan. Macam tu la dari segi lain dalam kehidupan. Pendek cerita, aku terima sebab dia kononnya mampu dan sudah bersedia.

Mana taknya gaji dia masa tu bersih 15k dan gaji aku bersih dalam 5k. So lebih daripada mampu lah kan (dari segi kewangan). Kusangka panas sampai ke petang rupanya ribut di tengah hari, haha. Masa kahwin aku ada 2 biji rumah tapi takde kereta.

Simpanan ASB aku masa tu 200k dan ASB2 200k. Aku ada simpanan emas beberapa puluh gram. Suami aku pulak tak ada rumah atau kereta mahupun sebarang investment. Tak pelik sebab dia blacklisted dengan hutang credit card!

Hrmmm.. jadi sebelum kahwin, dia settlekan hutang tu dan start over. Bagus lah kan! Ye! Aku memang ingat dia dah insaf. Jadi aku ajar dia pasal investment dan laverage. Aku tak pandai pun tapi suka membaca. Dan aku bukan seorang pelabur yang agresif.

Masa kahwin kami sempat la gabung financial. Konon nak sama – sama menjaga satu sama lain dan ahli keluarga. Tapi dia lupa diri bila dah belajar serba sedikit tentang investment. Tak sampai 2-tahun kahwin, aku dah mula rasa tak sedap hati jadi aku minta asingkan duit gaji aku dan aku putvskan tak nak ambil tahu hal gaji dia.

Lagipun, semua nafkah dia sediakan cukup Alhamdulillah. Cuma kami tak sependapat dari segi pelaburan dan dia seolah – olah ketepikan aku. Kan gaji pun besar! Aku ni apalah sangat masa tu. Dalam tempoh 2 tahun, dia beli 4 biji rumah!

Rumah pertama kami sama – sama setuju. Rumah kedua, tup – tup dah beli baru aku tahu. Dan rumah ke 3 dan ke 4 aku cuba menghalang tapi macam biasa dia teruskan juga. Aku ada cakap, sebab eg0 dia hari ni jangan sampai kemudian hari aku dan anak – anak terp4ksa tanggung!

Nak dijadikan cerita, ekonomi pun tak berapa bagus. Rumah – rumah yang dia beli bila dah siap tak boleh nak jual. Bila disewakan pun separuh daripada nilai bayaran pinjaman bank. Anak – anak kami dah membesar dan perbelanjaan keluarga bertambah. Lagi – lagi keluarga dia sendiri berg4ntung 90% kepada dia.

Yelah! Gaji besar lagak pun sama besar! Keluarga pun nak menumpang sama. Adat lah kan! Suami aku sekarang hutang keliling pinggang dan tahun 2019 dia terp4ksa join AKPK. Total hutang dia 2 juta lebih! Percaya atau tak lepas 10 tahun kahwin, hutang dia dengan aku je lebih kurang 150k!

Keluarga dia tak tahu! Keluarga aku pun tak tahu! Semua orang ingat aku ni menumpang gaji dia yang kononnya besar tu! Aku ni dah hilang hormat tambah – tambah dengan per4ngai dia yang tak nampak ada usaha nak perbaiki kelemahan diri.

Cara dia masih sama, in denial! Aku takde niat pun nak pecah tembelang dia (lebih kepada nak jaga aib dia) tapi siapa yang sanggup duduk kat tempat aku?! Aku ni bertahan sebab fikir anak – anak je. Tahun lepas, 69k tergadai emas yang aku simpan dan 30k hutang credit card aku untuk dia!

Dah nama pun hutang, memang lambat laun dia akan bayar. Hrmmmm… tahun ni aku punya plan nak settlekan credit card dan t3bus balik emas. Lepas tu aku nak pulun buat full settlement rumah aku (yang aku beli dekat kampung untuk parents).

Rumah satu lagi Alhamdulillah dah terjual tahun 2020. Dalam kira – kira aku, lagi 3 atau 4 tahun aku boleh capai semua tu. Lepas tu aku nak migrate. Bawa anak – anak dan kalau boleh tinggalkan dia dan tinggalkan kehidupan aku dekat sini.

Aku tak tahu patut ke aku terus bertahan untuk 10 tahun lagi?! Berbaloi ke?! Walaupun aku dah niat tak nak kasi dia pinjam duit, tapi hati aku ni s4kittttt! Aku pun dah tak larat nak fikir hal keluarga dia yang dia kena tanggung!

Dia ni ibarat pak sanggup! Dengan family semua sanggup tapi hakik4tnya tiap – tiap bulan guna duit aku untuk bayar hutang! Aku penat! Walaupun dia anak yang baik, menantu yang dan dan ayah yang baik. Salah ke kalau aku nak hidup tenang dan bebas hutang?!

Salah ke kalau aku dah hilang kepercayaan pada suami aku?! Salah ke kalau aku dah mula fikir untuk kepentingan diri sendiri dan taknak campur kemelut kewangan dia?! – Lia (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Donna Karen : Gitu la kak. Saya pun da bercerai sebab ex suami sebijik gini lah. Hutang juta – juta. Tapi ada yang cakap tak menyesal ke tinggalkan suami kaya raya gaji puluh – puluh ribu. Dahla dia masa tu tengah m4buk cinta dengan janda lain dannak madukan saya.

Orang keliling dan family dia semua kata dia mampu. Saya je tau dia mampu ke tidak. Hutang – hutang isteri pun tak bayar – bayar, gaji dia memanglah puluh – puluh ribu tapi keraknya pun sebesar kawah gunung berapi, baik lah saya cabut lari. Sekarang ni naik turun mahkamah pulak nak tuntut balik hutang – hutang dengan ex husband. Dah 3 tahun dah.. punya lah siksa.

Siti Noraini Maidin : S4kit hutang ni. S4kit hati lebih s4kit dari terkena pis4u. Mungkin sebab dia dah terbiasa dari bujang, spend tanpa plan, bila dah berkahwin dengan tt eg0 tinggi kerana gaji tt rendah daripada dia. Hakik4tnya tt lebih bijak. Fikir masak – masak sebab eg0nya tinggi. Adakah mahu terus terpalit sedangkan tt boleh bertenang tanpa beban hutang seperti kehidupan sebelum kahwin.

Nu Ha : Pilih untuk bahagiakan diri kalau dah tak sanggup nak hadap. Ramai yang s4kit depr3ssion dan sebagaianya sebab terlalu banyak pendam / sabar akhirnya makan diri. Kalau orang tak faham suruh sabar, suruh dia bagi duit tengok boleh sabar tak.

Tq share kisah awak tt. Jawapan Allah kepada soalan – soalan saya, kenapa saya tak diberi apa yang saya nak. Kenapa kawan – kawan saya gaji lebih besar dan pangkat tinggi berbanding saya padahal saya layak dan saya berusaha untuk itu.

Rupanya sebab Allah tahu, dengan gaji kecik dan pangkat rendah dari kawan – kawan saya, saya lebih bersyukur, menghargai setiap sen gaji saya dapat. Gaji kecik tapi pandai berjimat, hati – hati urus duit, bebas hutang, mampu bina rumah cash, ada kereta dan aset lain sudah cukup untuk keperluan saya. Jika saya diberi gaji besar macam suami u, mungkin saya jadi boros dan lupa diri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.