Saya bawa anak2 ke kIinik dengan baju penuh muntaah, baju saya basah. Doktor simpati tengok janda anak 3

Waktu diceraikan anak bongsu belum setahun. Anak sulung darjah 3, yang kedua 6 tahun. Bayangkan bagaimana saya ditinggalkan dengan mereka yang masih kecil. Bekas suami ahli agama. Kakak dan abang ustaz ustazah. Beraninya mereka mengani4ya seorang wanita dan anak – anak. Saya tak mungkin maafkan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Hari ni saya teringin berkongsi hidup seharian seorang janda.. Saya dah diceraikan suami setahun yang lalu. Sebab diceraikan? Entahlah, katanya dah tak sehaluan. Hubungan saya dan bekas suami ok saja waktu tu, biasalah berg4duh dan baik berselang seli namun tiba – tiba pada suatu hari suami berkata dia dah tak boleh hidup dengan saya.

Saya agak kebingungan sebab tak tahu apa salah saya, sampailah saya terbaca mesej yang ibu mertua hantar pada bekas suami mengatakan yang buruk – buruk tentang saya. Maka fahamlah saya bekas suami tak mahu menjadi anak derh4ka lalu menceraikan saya hasil hasutan ibu mertua.

Baiklah, terima kasih kepada bekas suami kerana mengkhi4nati kepercayaan saya dan tahniah kepada ibu mertua kerana berjaya memisahkan kami. InsyaAllah kifarah Allah itu ada. Kami ada 3 orang anak. Waktu diceraikan anak bongsu belum lagi setahun.

Anak sulung darjah 3 dan anak kedua 6 tahun. Jadi bolehlah bayangkan bagaimana saya ditinggalkan dengan 3 orang anak yang masih kecil. Habis saja iddah saya buat segala tuntutan nafkah. Tapi prosesnya biasalah memakan masa yang lama, tapi tak apa saya terus move on.

Saya bersyukur ada kerjaya dan mulalah saya menguruskan anak – anak sendirian. Kepada bekas suami, dia tak beri nafkah anak berbulan – bulan, tak apa saya masih boleh surv1ve sebab masih ada ibu bapa yang sangat memahami.

Namun saya tak dapat nak halalkan, tak dapat nak lupakan dan tak mungkin dapat memaafkan. Setiap kali saya kepenatan menguruskan anak – anak, yang terlintas di fikiran cumalah semoga Allah membaIas kepenatan dan kes4kitan saya kepada mereka yang mengani4ya saya dan anak – anak.

Saya percaya Allah mendengar segala doa dan luahan saya, saya percaya Allah sentiasa menjaga saya dan anak – anak. Tiada simpati mahupun empati dari bekas suami, kadang – kadang ada juga saya meminta bantuan dia jika anak saya demam.

Saya minta dia ambil anak untuk dijaga bersama – sama ibu kesayangannya sementara saya pergi bekerja, kerana dia tidak bekerja tetap, tapi biasanya dia susah untuk menolong. Rasanya dia mahu membaIas pada saya kerana saya menuntut segala jenis tuntutan yang hakik4tmya adalah hak saya dan anak – anak.

Katanya saya sanggup buat dia macam itu sedangkan dia tidak punya duit dan tidak bekerja tetap. Oh, maka saya juga yang salah. Saya ditinggalkan sendirian dengan anak – anak, saya dibiarkan mengurus kewangan sendiri dengan anak – anak, saya yang kepenatan seharian dengan anak – anak, saya juga yang salah.

Saya tahu dia play v1ctim. Sekali lagi, saya ada Tuhan. Ironinya, dia seorang ahli agama. Ibunya juga ada basic agama. Keluarganya keluarga beragama. kakak dan abang ustaz ustazah. Beraninya mereka mengani4ya seorang wanita dan anak – anak. Saya tak mungkin memaafkan.

Saya menghadapi kesukaran dalam menguruskan anak – anak, pagi – pagi menguruskan yang bongsu yang kadang – kadang bangun pagi menangis mengganggu saya menyiapkan anak – anak yang mahu ke sekolah. Betapa kalutnya menguruskan ketiga – tiganya sendirian, menghantar anak sulung dan kedua ke sekolah dan anak ketiga ke taska, dan memastikan saya sampai pejabat tepat pada waktunya.

The struggIe is real, ya saya bangun awal seawal pukuI 5 solat serta bertahajud, masih juga pagi saya kalut. Dan petang balik kerja pukuI 6 sampai di rumah, dari memandikan anak bongsu yang comel dan banyak karenah, sambil sibuk sediakan makanan untuk semua, dan juga berkejar solat asar dan juga menguruskan kain baju untuk esok, ya saya sangat sibuk dan penat.

Malam saya sangat kepenatan setelah seharian menguruskan segalanya sendiri, namun masih juga belum boleh rehat kerana perlu tolong anak menyiapkan kerja sekolah, tengok anak mengaji, melayan anak bongsu yang kejap ber4k kejap nak makan kejap nak susu dan the list go on.

Begitulah kehidupan seorang janda. Kami struggIe untuk meneruskan hari – hari kami dengan rutin yang memenatkan. Belum kira waktu anak demam bersilih ganti, saya tak mampu nak cuti setiap kali anak demam, maka terjadilah bawa anak ke tempat kerja, mujur bos saya baik, tapi ia agak menganggu kerja saya.

Waktu inilah saya pohon ihsan bekas suami yang pada saya lebih ada masa terluang untuk menjaga anak – anak sendiri, tetapi ia menjadi sangat susah untuk memberi pertolongan. Hilang rasanya simpati dari dia dan ibunya yang juga seorang ustazah.

Masih saya ingat, anak bongsu demam, saya balik awal untuk bawa ke kIinik. Dalam perjalanan anak bongsu tak mahu duduk dalam car seat sebab badan panas dan tidak selesa, maka saya drive sambil pangku anak. Anak – anak yang lain lapar sebab baru balik dari sekolah.

Hanya Tuhan yang tahu betapa sukarnya keadaan saya, dengan badan saya juga tidak sihat, tiba – tiba anak bongsu itu munt4h, habis baju, tangan, dan kereta saya. Saya terdiam lalu menitis juga air mata kepenatan saya.

Dalam hati, ya Allah jika segala kesusahan saya ini akibat dari saya diani4ya, anak – anak diani4ya, pulangkanlah segala kesusahan saya ini pada pihak yang menganiaya saya dan anak – anak. Sungguh itu doa saya. Maka saya bawalah anak ke kIinik dengan baju penuh munt4h, sampai di kIinik saya basuh sikit – sikit dan baju saya basah.

Doktor juga sangat bersimpati melihat saya bawa ketiga – tiga anak dalam keadaan yang menyedihkan ini. Buat bekas suami, juga bekas mak mertua, saya masih tidak dapat mengubat hati yang Iuka ini. Begitu banyak keperitan yang saya tanggung hasil tindakan kalian yang tidak berfikir panjang.

Jangan lupa kalian ada adik dan kakak perempuan, kalian juga ada anak saud4ra dan cucu perempuan. Sedarlah sebelum terlambat. Allah itu sentiasa melihat kesusahan saya. Saya bukan perempuan jaIang, saya perempuan yang percaya sepenuhnya kepada Tuhan.

Saya terima ini ujian dariNya, saya berjaya move on dan hidup saya pun lebih baik sekarang. Cuma untuk melupakan dan memaafkan, mungkin belum masanya. Maafkan saya berdoa yang bukan – bukan, tapi kes4kitan itu tak dapat dirasai jika tidak dilalui sendiri.

Dan juga kepada lelaki – lelaki di luar sana, janda bukanlah untuk dipermainkan. Kami struggIe untuk meneruskan hidup sehari – hari, tiada masa untuk bercinta – cinta, hidup kami pun dah cukup dengan masalah yang pelbagai dan anak – anak yang perlu diuruskan.

Jika benar ikhlas, kami cuma mahukan seorang suami yang benar – benar menyayangi, simpati dan empati. Yang menyayangi anak – anak kami lebih dari kami sendiri. Yang mahu meringankan beban kami, yang tidak mengharapkan cinta dan keseronokan semata – mata dari kami.

Kami janda bukanlah h1na, kami ada tanggungjawab besar untuk dibawa ke syurga. Kami tidak perlukan suami yang perlu diajar bagaimana caranya memuliakan isteri. Kami benar – benar mahukan seorang pelindung, cukup sudah kami melalui pengalaman meny4kitkan, jadilah lelaki budiman dan gentleman.

Begitulah pesan pada lelaki – lelaki yang mahu berkenalan dengan saya, janda ini. Horm4tilah status janda, janganlah dipermainkan dan diperolokkan lagi, menjadi bahan bualan sesama lelaki. Mengh1nakan ujian Tuhan buat seorang wanita bergelar janda.

Begitulah hari – hari seorang janda. Semoga kami yang diuji dengan perceraian ini diberi ketenangan dan keyakinan yang jitu pada Tuhan yang Maha Satu. Hanya itulah pengubat hati dalam meneruskan kehidupan sehari – hari. Doakan saya pembaca sekalian.. – Aisya (Bukan nama sebenar)

Komen warganaet :

Masyitah Basyirah Yusof :  Horm4tilah status janda, janganlah dipermainkan dan diperolokkan lagi, menjadi bahan bualan sesama lelaki. Mengh1nakan ujian Tuhan buat seorang wanita bergelar janda. Terima kasih TT, wakil kami.

Saya sangat benci dan marah bila orang suka buat bergurau dengan janda. Seolah – olah diorang letakkan martabat janda ni yang paling h1na. Anak d4ra pun tak dibuat gurauan yang meIampau macam tu. Moga Allah permudahkan segala urusan TT, dibela..

Sameerah Rahman : Saya pernah melalui kekalutan mengurus anak – anak ketika baru lepas bercerai, anak bongsu masa tu berumur 2 bulan. Anak ke 4 umur 5 (asyik member0ntak kerap terk3ncing ditilam) apa yang sis rasa tu memang saya faham sangat.

Dan ketika itu saya macam sis jugak terdoa macam sis jugak. Sebab mentaI betul – betul koyak. Masa tu terbayang betapa tenangnya ex hidup macam orang bujang tak fikirkan apa – apa. Tapi tak lama lepas tu Allah membaIasnya dengan dia kerap acciident kete, kecurian hp2, dikejar along, kete ditarik bank.

2 tahun lepas tu dia kahwin dengan perempuan yang boleh support kehidupannya. Dia yakin jerr boleh berjodoh dengan perempuan yang baik – baik sedangkan diri ini dah tr4uma dan takut berkahwin lagi. Pesan terakhir sis tentang lelaki – lelaki yang ingin mendekati janda tu memang tepat sekali. Sis bertabah la. Percaya la akan berlalu jugak keperitan itu. Selepas 6 tahun bercerai alhamdulillah hidup saya sem4kin senang dan sem4kin stabil em0sinya.

Ha Limah : Apa perasaan bapak – bapak yang abaikan tanggungjawab ni eh? Takde rasa sayang ke kat anak? Buat anak tu macam anak orang lain pulak. S4kit demam langsung tak ambik tau. Padahal masa duduk sama – sama dulu elok je sayang anak, ditatang – tatang, dah cerai auto layan macam orang luar.

Terus hidup membujang, takde nak jaga gilir – gilir. Banyak la jantan macam ni, apa benda la yang diorang fikir. Tabah ye puan, semoga anak membesar dengan baik dan sihat, nanti dah besar diorang akan bantu ringankan beban puan. Semoga segala urusan jadi ringan dan mudah. Aamiin ya rabbal alamin.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.