Masa suami banyak duit, mertua kikis, suruh buat loan. Bila suami tak berduit, mereka fitnah suami aku curang

Baru sekarang mertua tahu anak dia yang kononya kerja oil and gas sebenarnya ‘miskin’. Dia boleh cakap rezeki suami aku sempit sebab suami aku kurang ibadah, dan suami ada curang belakang aku. Sedangkan dia pun tahu, suami aku terp4ksa buat pinjaman sebab adik dia nak belajar luar negara..

#Foto sekadar hiasan. Hai aku Sarah. aku seorang surirumah dan mempunyai seorang anak kecil. Masalah utama yang aku hadapi sekarang adalah kewangan. Gaji suami aku 6k sebulan. Kerja bidang oil & gas. Tapi gaji tak cukup tampung perbelanjaan.

Lately tiap – tiap bulan mesti akan pinjam dari mak ayah aku yang ada epf dan duit pencen. Aku dah tak sanggup nak menyusahkan mak ayah aku. Aku pernah juga bekerja tetapi berhenti selepas aku melahirkan anak. Aku dan suami PJJ.

Dia di Terengganu. Aku di selatan. Suatu hari aku rasa penat sangat nak hadap semua ni, sedih kenapa kena hidup macamni kena pinjam mak ayah aku. Aku call suami marah – marah dan menangis. Lepas tu suami aku breakdown dan depr3ssed sangat dan cakap yang dia suami tak berguna dan dia gagal menjadi suami dan ayah.

Salah aku sebab terlepas em0si kat dia. Lepas dari hari tu dia depr3ssed sangat. Suami aku anak sulung dan mempunyai dua adik lelaki. Keluarga mereka miskin bandar. Mereka menyewa rumah di Kuala Lumpur tetapi kerana ayah mertua tidak bekerja, dan mereka sering kesempitan wang, ibu mertua aku kerja dari rumah dan pendapatannya taklah banyak.

Jadi suami aku harus membantu keluarga dia. Namun itu bukan punca utama masalah kewangan kami. Kisah bermula selepas aku bersalin anak pertama. Mak mertua aku ni seorang yang mementingkan pelajaran anak – anaknya.

Suatu hari salah seorang anaknya ditawarkan belajar ke luar negara. Tetapi sudah jelas bahawa mereka tidak mampu untuk membiayai kos persiapan. Adik ipar aku dapat bantuan biasiswa, tapi duit itu prosesnya lambat untuk dapat jadi mereka perIukan duit yang banyak untuk persiapan ke sana.

Aku pun kurang jelas lah apa persiapannya tapi kesilapan suami aku adalah dia tidak berbincang dengan aku tentang niat kedua orang tua dia yang nak suami aku membuat pinjaman (loan bank) sebanyak 20k, Ianya untuk menampung perbelanjaan adik yang nak sambung belajar ke luar negara, dan kerana dia sulung, dia ikhlas membantu adiknya dia pun ambil la loan tu.

Kesilapan suami aku juga dia ambil tempoh bayaran semula loan yang singkat. Jadi bulanan kami sesak kerana nak membayar hutang sahaja. Lebih dari separuh gaji sahaja bayar hutang dan komitmen lain. Lepas tu kena bagi lagi duit sewa rumah dan bil api air rumah mertua.

Aku tak kisah pun sebab dia anak sulung dan dia wajib tolong mak ayah yang susah. Baru – baru ini sahaja mak mertua baru tau hidup kami ni, yang suami aku gaji 6k tu sekarang sedang kesempitan dan kesannya juga pada aku dan anak kami.

Selepas dapat tahu perkara tu, dia cakap rezeki kami sempit sebab suami aku kurang ibadah, tak jujur dengan aku. Dia rasa yang suami aku ada sorok sesuatu dari semua yang membuatkan dia serabut dan down. Sedangkan setiap bulan kami sentiasa catat jumlah komitmen hutang dan lain – lain.

Dia bersungguh – sungguh hendak mengiyakan yang suami aku ni dah berbuat curang dengan aku sebab tu rezeki kami sempit. Padahal suami aku serabut cuma sebab hutang – hutang yang dia kena bayar bulan – bulan daripada loan yang dia buat sampaikan dia ik4t perut dekat tempat kerja nak bagi aku dan anak cukup.

Pernah suami aku terdesak sangat sebab nak isi minyak motor nak pergi kerja, tak ada duit, time tu aku pun dah kosong dalam bank. Kawan – kawan dia pulak dah selalu mintak, dia segan jadi dia minta RM20 dari adik dia yang belajar dalam negara (yang seorang lagi) dapat duit pelajaran bulan – bulan untuk isi minyak moto dan simpanan hingga gaji.

Tapi lepas mak mertua dapat tau dia marah – marah dan tak boleh nak terima kenapa abang gaji ribu – ribu mintak duit dekat adik yang bulan – bulan dapat ratus – ratus je? Sedangkan itu sekali je dia mintak sebab dah terdesak.

Apa yang menyedihkan, mak mertua seolah – olah hilang sifat empati pada anaknya sendiri. Perkara tu lebih teruk sehingga dia pernah block suami aku di whatsapp gara – gara suami aku tak dapat nak fikirkan masalah kewangan keluarga mereka kerana kami juga tersepit dengan kesempitan wang.

Dan perkara ini terjadi selepas aku, suami, anak – anak dan ibu bapa aku pergi hantar adik aku ke tempat belajar dan sambil berjalan makan angin. Dia seolah – olah merasakan bahawa suami aku melebihkan ibu bapa aku sedangkan dia tak tau bahawa ibu bapa aku lah dari dulu yang banyak tolong kami dari segi kewangan dan moral support.

Sebab tu suami aku tolong hantarkan adik aku ke tempat belajarnya sebab kedua ibu bapa aku yang meminta tolong. Dan duit belanja ke sana pun dari parent aku, suami aku cuma tolong bawa kereta je. Apa yang membuatkan kami sedih adalah bila suami aku susah, famili dia yang suami sentiasa tolong macam – macam masalah famili dari zaman dia belajar dulu pun berkira – kira nak tolong siap pakej bersangka buruk lagi.

Allahuakbar. T0ksiknya per4ngai keluarga dia ni. Mereka ni bukan lah jahat. Mereka baik je tapi masalah utama adalah menguruskan wang dan expectation pada suami aku terlalu tinggi. Suami aku akui dia bersalah kerana mengambil loan tersebut tapi dia kata siapa lagi nak tolong pada masa tu.

Aku berkeras yang sepatutnya kalau tak mampu, sambung ajelah di dalam negara. Orang kata ukur baju di badan sendiri. Tak mampu buat cara tak mampu. Bila keadaan m4kin parah campur pulak lepas pkp dah habis moratorium hutang jadi tertunggak dan perbelanjaan kami dah lari dan menyusahkan banyak orang.

Cuma dari awal aku dah perasan yang keluarga mertua memang sangat teruk dalam menguruskan wang. Aku teringat masa berkawan sebelum kahwin dahulu suami aku pernah call katanya rumah mereka nak kena sita sebab hutang bank yang tertunggak.

Dan pada masa belajar pun aku selalu pinjamkan dia wang sebab famili dia susah jadi wang pelajaran dia akan bagi pada keluarga dia. Dan dia tak cukup nak surv1ve. Sampaikan aku pulak kena mintak topup sikit dari parent sebab bulan – bulan aku tak cukup sebab aku bagi kat dia.

Dah banyak red flags kan, tapi entah kenapa lah aku fikir nak kahwin juga masa tu. Mungkin masa tu aku fikir kesian takkan dia tak layak nak kecapi bahagia untuk diri dia sedangkan kesilapan financial famili dia parent dia yang pilih jalan tu.

Terutama ayah dia yang tidak bertanggungjawab sehingga mak dia harus membanting tuIang mencari rezeki. Dan dia pun terjebak bermula dengan perancangan kedua ibu bapa dia yang minta tolong dia ambilkan loan untuk adik dia sambung belajar.

Dan maybe aku simpati pada dia yang sentiasa mengeluh tentang keadaan famili dia. Aku faham tr4uma dan kepenatan mak mertua aku tapi didiklah adik – adik suami aku tu untuk ukur baju di badan sendiri. Aku perasan diorang ni satu family memang suka barang mahal, sentiasa berkinginan benda – benda dan perkara yang mereka tak mampu.

Bila nak jugak, mem4ksa perkara tu sampai minta ehsan dari orang atau meminjam. Korang rasa patut ke macam tu? Mungkin dulu mereka pernah senang tapi sekarang tidak lagi. Jadi berdiri la di bumi yang nyata. Berbalik kisah utama, yang buat aku marah adalah, kenapa mak mertua bersungguh – sungguh nak fitnah suami aku ada buat benda tak elok?

Sedangkan dia keluar gelap balik gelap dan dan kadang – kadang kami video call anak pun sampai dia tertidur keletihan. Aku kenal suami aku. Suami aku menangis – nangis sampai rasa nak bvnvh diri sebab dia sedih bila aku str3ss tentang financial kami dan dia kena ignore dengan mak sendiri when he is at his worst.

Dia boleh tuduh suami aku ada buat benda tak elok? M4kin hari suami aku makan hati dengan sikap keluarga t0ksik dia sendiri. Adik – adik dia sorang pun tak call tanya keadaan dia masa dia depr3ssed dan down sebab masalah kewangan tu.

Kami tak perIukan pun korang tolong dari segi duit but at least simpati pada suami aku bukan tuduh dengan tuduhan tak masuk akal. Dulu masa kami rajin balik, kalau balik je ade je la kisah harian suka judge orang, kutuk, mengumpat pasal semua orang, sepupu sed4ra.

Nak bernanah telinga nak kena sembang pasal buruk orang lain. Tak cukup tu, riak pulak tentang semua kebaikan korang buat. Kita ni siapa la nak judge hidup orang, hidup kita pun tunggang langgang. Aku suatu hari nanti lah kalau bercerai pun bukan sebab suami aku.

Tapi sebab keluarga t0ksik dia. Benda tu akan effect mentaI aku sekali dengan anak sekali. Dorang buat suami aku depr3ssed dan makan hati sangat – sangat. Suami aku takdela sempurna, dia ada kurang dia tapi at least dia bertanggungjawab, dia sanggup tak makan sebab aku dan anak – anak, even sebelum kahwin dia banyak susah sebab duit dia bagi dekat parent dia yang susah.

Family mertua aku ni ade per4ngai yang suka beli barang mahal – mahal je. Korang bayangkan dulu kami ni tak cukup duit tau, dorang mintak jugak, suami aku bagi jugak, tau – tau balik je rumah dorang beli itu beli ini benda – benda yang kemahuan, benda – benda mahal. Korang faham tak perasaan tu?

Kita bagi dia duit sebab dia cakap tak cukup bayar sewa, tapi balik – balik rumah mertua tengok dorang shopping barang – barang bukan keperluan. Famili aku yang tak kaya ni pun tau ukur baju di badan sendiri. Berjimat dan ada simpanan. Tak pernah nk beli barang mahal – mahal.

Lepas semua perkara ni terjadi, dorang langsung takde contact suami aku tanya khabar dia. Last suami aku balik pun sebab nak bagi kereta dia untuk kegunaan parent dia sebab mak mertua bising kereta kat rumah diorang asyik rosak dan takde duit nak repair.

Jadi suami aku bagiIah satu – satunya kereta proton yang dia ada untuk tolong mak ayah mertua. Dia di tempat kerja di terengganu naik moto je berhujan panas. Pastu aku yang dekat selatan ni pulak pinjam kereta mak ayah aku kalau nak ke mana – mana.

Parent aku ade dua kereta. Kami bertiga hidup ni pun atas ehsan ibu bapa aku. Selepas semua ni terjadi, suami aku yang dulunya paling backup family dia bila perkara macam ni terjadi tapi sekarang dia dah makan hati sangat – sangat.

Dia selalu ingatkan aku sebab apa mak dia jadi macam tu sebab dia pun penat cari duit sorang untuk tanggung famili. Dan dia pun anak sulung jadi harapan keluarga. Cuma jangan la rasa diri tu paling betul, paling sempurna dan shift blaming semua atas bahu suami aku.

Dia tersepit di antara nak bahagiakan semua orang. Masa dorang susah, dia ik4t perut susah sama – sama. Now dia susah korang tinggalkan dia. Bertanya pun tak. Sekarang dia sorang – sorang bayar loan yang bukan guna untuk dia pun.

Dia anak sulung, dia juga seorang anak yang perIukan perhatian dari mak dia. Kalau tak boleh tolong takpe tapi jangan la tuduh dia bukan – bukan. Kecil sangat hati dia lepas diperlakukan sebegitu oleh keluarga sendiri.

Kadang – kadang aku rasa nak lari dari semua ni tapi fikir anak – anak je aku bertahan. Kami hidup ni pun atas ihsan ibu bapa aku yang bersederhana dalam semua benda. cuma cuba sekali je mak mertua cek diri sendiri, cek hati tu dah cukup bersih ke bersangka – sangka pada anak sendiri yang tak tahu menahu dia dituduh sebegitu?

Yang dia tau dia kerja kerja kerja nak bagi semua cukup. Sekarang suami aku dah redha apa yang mak dia nak rasa. Tak nak berkat kan hidup dia ke. Tak nak tanya khabar ke. Dia dah penat dah banyak sangat makan hati.

Semua peng0rbanan dia seolah – olah langsung tak dihargai. Seolah – olah kahwin ni adalah benda salah yang dia tak patut buat. Kalau dia tak kahwin. Mungkin dia boleh bagi lebih kat parent dia. Satu je nak pesan, anak – anak bukan retirement plan. Sekian dari aku, – Sarah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nor Hidayah : Untuk jangka pendek tt boleh la usahakan cari duit. Nak kerja atau berniaga dari rumah terserah. Kalau berniaga dapat duit hari. Boleh terus guna untuk surv1ve dan bantu suami. Ikutlah nasihat pembaca lain yang minta ke Akpk.

Mudah – mudahan ada jalan lebih baik. Kedua, ambillah pengajaran. Lepas ni hati kena cekal untuk tak tolong benda yang boleh mud4ratkan. Mak bapa nak tuduh berkira ke apa biarkan janji utamakan tanggungjawab kepada diri sendiri, isteri dan anak. Kita dah nak tenggelam, kita juga kena usaha naik ke permukaan dan bernafas.

Ishmah Musfirah : Sarah, kalau dah tak kerja kan kenapa kena PJJ? Tinggal je lah kat Area Terengganu dekat dengan tempat kerja suami. So nanti kau boleh masak bekal untuk suami nak berjimat kos semua senang. Second, lembut sangat hati suami kau ni, dah lah bagitahu gaji kat parent sendiri lepas tu kene berk0rban jiwa raga kena sc4m macam tu je.

Kau, take over semua duit gaji dia. Bagi dia elaun untuk duit transport dan duit makan je. Yang lain semua kau setelkan. Kau bising – bising macam ni pun tak guna, kau memang kena take over gaji suami kau fully gaya orang Jepun.

Sebab suami kau tak cukup kering hati dan pandai nak manage duit at least macam kau lah pandai sikit kot. Take over okay. Tapi kalau dah nak bercerai tu abaikan je lah nasihat – nasihat kat atas.

Annie Mohd : Everytime bila diminta duit, buka mulut dan cakap. “Maaf kami tak cukup duit, yang ada ni pun mak ayah saya tolong”. Cakap. Speak up. Diorang tuduh itu ini sebab – 1) Tak tahu hal sebenar 2) Memang dah habit mengumpat.

So settlekan no 1 tu dulu. You pulak umur berapa? Kalau masih muda, sihat, cukup sifat buatlah apa – apa kerja untuk membantu. Kesian suami tu. Loan ni lama – lama akan habis jugak, sekejap je. Dah habis tu jangan buat loan lain dah. Kalau family dia kehabisan beras, belikan beras. Takde lauk, belikan barang mentah. Jangan bagi duit seguni memang enjoy sakan la.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.