Saya seorang pensyarah. Dengar je title pensyarah semua ingat gaji 3k hingga 4k sebulan tapi tidak pada saya. Gaji saya bersih tak sampai rm1.5k walaupun dah kerja hampir 5 tahun. Saya nak cari duit lebih tapi berniaga pun tak laku, buat dropship tak jadi..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, semoga admin sihat sejahtera. Pertama sekali minta hide lah saya punya nama dan akaun ye min.. terima kasih. Bukan apa, malu rasanya seorang lelaki, seorang suami, seorang bapa nak mengadu di sini.
Tapi saya pun dah buntu nak fikir seorang diri. Saya tak nak bebankan isteri fikirkan masalah saya. Sebagai permulaan cerita, biarlah saya ceritakan serba sedikit tentang diri saya. Saya seorang suami berumur 31 tahun yang mempunyai seorang isteri yang bagi saya cukup sempurna dan seorang anak lelaki yang comel, berusia 6 bulan.
Rumahtangga kami alhamdulillah cukup bahagia. Saya dan isteri saling memahami antara satu sama lain dan amat jarang berg4duh. Dia akan bagitahu saya terus bila saya ada buat salah dan saya akan terus mintak maaf.
Sama jugak dengan dia. Mertua saya pula sangatlah baik dan ibu bapa saya jugak sayang dekat isteri macam anak sendiri. Kadang – kadang saya rasa mak ayah saya sayang dekat isteri saya lebih dari saya. Kampung isteri jauh dalam 6 jam perjalanan tapi kami akan balik kampung isteri saya sekurang – kurangnya 2 bulan sekali.
Isteri saya tak pernah p4ksa untuk balik kampung dia tapi bagi saya, walaupun dia isteri saya, saya tak mahu pisahkan dia dan ibu bapa dia terlalu lama. Lagipun saya memang suka balik kampung isteri saya. Saya rasa sangat bertuah sangat memiliki isteri saya sekarang.
Semua nampak sempurnakan dari apa yang saya ceritakan. Masalah keluarga kami adalah satu sahaja iaitu kewangan. Untuk pengetahuan admin dan semua, saya seorang pensyarah. Dengar je title pensyarah semua ingat gaji 3k hingga 4k sebulan tapi tidak pada saya.
Gaji saya bersih tak sampai rm1.5k walaupun dah kerja hampir 5 tahun. Mungkin sebab bekerja di kolej swasta. Walaupun gaji saya kecil tapi kerja saya sangat fleksible. Nak mintak cuti senang, nak pergi hantar isteri dan anak checkup pun takde masalah.
Kalau isteri s4kit demam ke saya boleh je apply untuk kerja dari rumah. Kalau hari biasa, saya akan pergi kerja pukuI 9am balik pukuI 5.30pm. Balik je kerja saya akan luangkan masa sepenuhnya dengan anak dan isteri saya.
Hujung minggu hari sabtu dan ahad pun saya akan duduk rumah layan isteri dan anak atau bawak mreka jalan – jalan. Isteri saya faham yang saya takde duit. Tak pernah skali pun dia merungut. Makan je ape yang ada. Kalau hujung minggu dapat jalan – jalan naik kereta round bandar pun takpe.
Saya pulak memang suka kalau bawak isteri dan anak jalan – jalan. Sebelum ini isteri saya kerja tapi lepas bersalin isteri mintak untuk jaga anak sepenuh masa. Saya pun sebenarnya suka kalau isteri jaga anak dan jadi surirumah sepenuh masa tapi tu lah, saya ingat saya mampu cari duit lebih tapi susah.
Nak meniaga tak laku, buat dropship tak jadi. Sekarang tengah apply e-hailing tapi masih lagi menunggu untuk buat lesen PSV. Isteri pula masih lagi cuba untuk buat dropship dan jual kuih. Isteri ada bagitahu yang dia nak bekerja balik, saya sokong je keputusan dia tapi sekarang dia takut untuk letak anak dekat pengasuh sebab ade kes yang budak meninggaI hari tu.
Memandangkan saya masih belum ade Master jadi agak sukar untuk saya apply kerja di kolej atau universiti lain. Saya jugak ade minta kerja di syarik4t – syarik4t lain tapi masih lagi belum ade rezeki setakat ini. Jadi saya tengah berfikir untuk kerja kilang.
Sekurang – kurangnya kerje kilang boleh buat OT tapi saya pasti akan sibuk dengan kerja. Saya risau saya akan abaikan isteri dan anak saya secara tidak langsung meski pun isteri saya faham keadaan saya. Jadi saya mintak pendapat dari abang dan kakak semua yang lebih berpengalaman.
Apa lagi patut saya buat untuk meningkatkan ekonomi keluarga saya. Saya rase sedih tiap kali dapat gaji keluar pergi beli barang – barang basah hati akan rase berdebar sebab takut terbeli lebih dan overbudget untuk bayar.
Saya tak sanggup nak bagitahu dekat isteri yang duit mungkin tak cukup nak bayar dan terp4ksa letak balik beberapa barang. Sungguh saya tak sanggup. Saya harap abang kakak dapat bagi beberapa cadangan. Kalau takde cadangan, mintak doa je semoga saya dimurahkan rezeki. Terima kasih admin.
Komen Warganet :
Mimie Ariena : Pada pendapat saya, kalau isteri nak kerja, tuan dah izinkan tapi masalah risaukan asuhan anak pula, saya syorkan tuan boleh letak anak dekat tempat asuhan berdaftar. Macam pengalaman saya juga takut dulu tapi saya terp4ksa sebab saya single mom waktu tu.
Saya letak anak saya usianya 1 tahun lebih ke tempat asuhan. Bulanan dalam RM230. Bukan rumah asuhan ya. Kat sana macam taska. Ade playground. Ada ramai anak – anak. Untuk balik ke kampung isteri memerIukan banyak kos sebab perjalanan agak jauh 6 jam.
Jadi pada pandangan saya lebih baik balik jika perlu sahaja. Dalam masa sama, sentiasalah benarkan isteri atau ingatkan isteri untuk videocall atau call family di kampung. Jangan lupa family tuan juga. Saya sangat faham dengan keadaan ekonomi sekarang.
Sebab kehidupan saya juga seperti tuan. Apa yang saya dan suami buat. Kami hanya makan di rumah sahaja. Sentiasa bagitahu isteri masalah yang tuan hadapi. Jika isteri jenis mudah faham, dia akan memahami tuan. Suami saya ada bagitahu, “duit bukanlah segala – galanya. Duit juga tak menjamin kebahgiaan.” Saya doa semoga Allah permudahkan urusan tuan sekeluarga.
Wanyy Hazanie II : Alahai komen dalam ni suh dia besyukur la apa la. Dia mintak pendapat apa yang dia boleh buat. Kalau takleh bagi pendapat diam. Pendapat saya cik, isteri cik boleh bekerja.. Ya memang risaukan nak hantar anak kat pengasuh atau taska.
Tapi kalau kewangan cik sekeluarga betui – betul cukup makan sangat, cik kene fikir yang betapa ramai ibu – ibu kat luar sana berk0rban hantar anak kat taska dan pengasuh demi mencari rezeki. Kedua, boleh kembangkan bisnes online kalau betul – betul nak berbisnes. Contoh buat facebook ads, ig ads buat live di tiktok dan sebagainya.
Eid Daa : Owh title pensyarah tu besar. Jangan berhenti. Pengalaman mengajar sangat berharga. Saya sarankan cube buat part time mengajar tuition. Saya pernah mengajar pelajar SPM dan PMR walaupun tak lama, tapi income not bad.
Mengajar dalam 2 jam pun dah masyuk. Dan niat untuk buat grab tu teruskan. Sebab income grab part time pun boleh tahan. Jadinya jangan tanam dalam kepala rezeki asyik tak cukup jer. Fikir, yang rezeki Allah atas muka bumi ni sangat la luas.
Dan yang paling penting jangan tinggal solat dan selalu amalkan sedekah walaupn sikit dan kecik nilainye ikut kemampuan. Sedekah dengan hati yang ikhlas. Bila start mengajar tuition dan bawak grab pun biar ada niat ikhlas untuk bantu sesama manusia. InshaAllah, m4kin luas rezeki masuk nanti.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.