Tak sangka murid yg aku ajar membaca, angkat jari tengah siap menyumpah dekat aku. Aku tak boleh sabar

Itu line merah aku yang dia dah masuk. Masa tu aku rasa panas satu badan. Tak pernah rasa macam tu. Bayangkan murid yang aku depan – depan ajar baca dan tulis setiap hari. Hari ni tunjuk jari tengah dan suruh aku pergi mamp…! Wow. Luuka tu masih belum sembuh.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan hi anak – anak. Macam dalam kelas pulak. Terima kasih didahuIukan sekiranya pihak admin sudi menyiarkan cerita saya ni. Biarlah saya perkenalkan diri sebagai Chegu sahaja. Saya hanyalah guru sekolah rendah yang mengajar bahasa Inggeris.

Mohon kebenaran untuk penggunaan ‘aku’ untuk ayat – ayat seterusnya. Ada orang yang tak biasa dengan penggunaan ni jadi aku minta maaf dulu. Aku akan menceritakan kelemahan aku sebagai seorang guru dan sikap anak sekarang yang sem4kin menjadi – jadi.

Aku akan cerita beberapa kejadian yang agak sadis aku hadapi sebagai seorang guru. Walaupun begitu, aku tetap suka dengan kerja aku. Menyampaikan ilmu dan membantu anak bangsa. Cuma, situasinya amat berlainan dari apa yang aku bayangkan.

Perasaan aku? Sedih is an understatement. Later korang akan faham kenapa. Aku baru memulakan perkhidmatan di sebuah sekolah pinggir bandar. Aku bayangkan ia sebuah sekolah yang guru – gurunya peramah dan bersifat kekeluargaan.

Muridnya pula bersopan santun dan beradab. Jangkaan aku benar part guru – gurunya. Kebanyakannya peramah dan sangat welcoming. Part murid tu jangkaan aku jauh meleset. Dalam seminggu aku di sekolah, aku diberi kelas paling ‘otai’ di sekolah.

G3ng – g3ng vandaIisme, buIi, s4mseng, pau duit, mer0kok dan v4pe kat sekolah, ambil d4dah, cakap benda tak elok, kacau budak perempuan dan ponteng. Banyak sebenarnya dalam rekod disiplin tapi tak mampu la nak senarai semua.

Masa dapat tu aku tak tahu menahu yang kelas tu kelas otai. Aku cuma makcik baru start kerja yang super excited nak bantu anak murid aku. Jika aku imbas kembali pendekatan aku mula – mula tu. Aku memang tak naik suara.

Aku ni jenis yang agak lembut – lembut. Tak reti marah (itu sebelum part Harley Quinn aku keluar meng4muk). Ye lah sekarang zaman saman sokmo. Mungkin ini silap aku. Pengajaran aku banyak berbentuk permainan untuk tarik minat anak murid.

Murid aku jujur aku katakan waktu tu vocabulary diorang memang sangat teruk. Bayangkan lah eja basic sight words pun tak reti pada usia 12 tahun. Paling sadis. Lima daripada diorang tak reti baca bahasa Malaysia pun, bayangkan nak mengeja dalam English lagi la susah.

Aku kesian kat diorang, jadi aku lagi nekad nak bantu. Satu hari yang hening, masa aku mengajar dalam kelas. Ada sorang budak lelaki, aku namakan Fahmi pergi t3ndang salah seorang kawan dia dalam kelas tu. Bukan biasa – biasa ye t3ndangan dia tu, berkali – kali dia bagi dekat kawan dia tu.

Masa tu aku tengok muka dia lain macam. Dalam hati aku syak dia kena rasuk. Jadi, aku baca ayat kursi (dalam panik itu je yang aku baca) sambil tarik dia dari kawan tadi. Ada budak tanya aku baca jampi ke. Aku tanya Fahmi kenapa dia buat kawan dia macam tu.

Dia kata sebab kawan tu ejek dia. Kawan tu pulak cakap Fahmi ejek dulu. Nafas si Fahmi turun naik menahan d4rah baran. Aku hantar diorang dua jumpa guru disiplin. Lepas hantar tu macam – macam kawan – kawan Fahmi cerita.

Dia memang agak s4mseng. Aku tak percaya lagi cakap budak – budak ni. Jadi aku tanya cikgu – cikgu. Diorang cakap budak tu memang macam – macam masalah disiplin. Tambah diorang lagi, bukan sorang je bermasalah, hampir kesemua dalam kelas tu.

Aku mula cuak. Macamana lah aku nak hadap per4ngai pelajar – pelajar ni? Sejak dari tu, sifat baran Fahmi menjadi – jadi. Selain tu, yang lain pun dah mula tunjuk per4ngai. Ada yang tak reti duduk diam asyik nak berjalan bersembang padahal cikgu tengah mengajar (tapi ini lebih kepada kurang peka tentang adab bagi aku).

Ejek nama mak bapak tu memang jadi tabiat diorang. Jenuh marah. Tak lekat. Aku pula jadi helpless nasihat tak masuk ke hati diorang. Aku memang tak selesa sokmo nak marah naik suara. Dah la nak kejar silibus dalam masa yang sama terganggu dengan per4ngai diorang pulak tu.

Kerja di luar kelas lagi. Memang str3ss. Bayangkan setiap hari guru – guru, pakguard, ibubapa murid lain, pekebun dan makcik cleaner datang lapor pada aku pasal diorang. Setiap. Hari. Wajib. Ada. Kes.

“Chegu, tadi Amat pau duit murid Tahun satu. Makbapaknya cari Amat.”

“Chegu, si Black, Fahmi dengan si Rashid ponteng waktu agama, ada murid nampak diorang mer0kok belakang sekolah.”

“Chegu, Yuna dengan budak perempuan kelas chegu gedik menari – nari lagu korea belakang kelas.”

Yang paling kerap aku terima aduan berbunyi… “Chegu, si _____ berg4duh dengan si _______ tadi.” Aku bersabar dengan semuanya. Tindakan aku hanyalah marah dengan nasihat diorang. Catat kesalahan. Sehinggalah aku dah capai limit aku.

Satu hari, aku masuk mengajar macam biasa. Sewaktu mengajar, Fahmi mula datang sy4iton baran dia dan g4duh dengan si Black. Aku duumbfounded lagi untuk yang ke seratus kali. Aku cuba leraikan macam biasa sambil minta sorang murid cari guru disiplin.

Tiba – tiba si Fahmi mengejar Yuna pula sebab budak perempuan tu marah si Fahmi pukuI si Black. Aku cover si Yuna dan Black sambil si Fahmi berpusing – pusing nak cari ruang nak pukuI. Aku rimas, jadi aku suruh dia pergi jumpa cikgu disiplin.

Dia geram kemudian tunjuk jari tengah dan cakap “Buth, pegi m4mpus lah kau!” That’s it. Itu line merah aku yang dia dah masuk. Masa tu aku rasa panas satu badan. Tak pernah rasa macam tu. Bayangkan murid yang aku one on one ajar baca dan tulis setiap hari.

Hari ni tunjuk jari tengah dan suruh aku pegi m4mp0s? Wow. Luuka tu masih belum sembuh. Sejak dari tu, aku tak bagi muka kat seorang murid pun. Tocang Harley Quinn aku dah tahap mengg4nas sampai budak – budak tu panggil aku J0ker.

Bukan sebab kelakar tapi sebab denda yang k3jam. Daripada dulu aku tak pernah denda langsung sampai lah sekarang diorang takut kalau aku jeling. Adalah salahnya tu. Daripada dulu masuk kelas senyum sokmo sampai lah sekarang diorang seronok kalau aku tergelak sebab jarang senyum dengan diorang.

Lepas sedar tersenyum, masam muka balik. Psych0. Bukan berd3ndam tapi aku dah buat keputvsan lepas kejadian tu, aku kena bertegas dengan dorang. Bila dah lama, aku dengan anak murid semua m4kin rapat. Kebanyakan budak – budak ni mengadu masalah di rumah.

Mudah cakap antara penyumbang masalah sikap diorang ni datang dari rumah dan pilihan kawan – kawan. Tapi kebanyakan datang dari diri sendiri lah kan.

“Chegu, mak saya dalam penjara.”

“Chegu, saya rindu ayah saya. Mak ayah dah cerai. Semalam ayah kahwin baru tapi saya tak dapat jumpa ayah. Mak tak bagi.”

“Chegu, saya dah takde ayah. Chegu ada ayah lagi?” (ayahnya hidup lagi cuma Fahmi masih marah kena sebat dengan ayahnya)

“Chegu, pernah minum ar4k? Saya pernah. Pakcik saya bagi. Semalam saya teman dia beli g4nja.”

Maaf lah tapi cikgu – cikgu kebanyakan yang rapat dengan murid memang akan tahu serba sedikit masalah family. Budak – budak tu kadang – kadang cuma nak tempat meluahkan masalah. Pada umur 12 tahun mesti lah diorang runsing memikirkan masalah orang dewasa dan diorang pula tak boleh beri bantuan apa – apa untuk ubah keadaan.

Macam mana kalau budak – budak ni besar nanti tunjuk jari tengah dan mencarut pada mak bapak diorang pula? Bila fikir tentang benda ni yang buat aku nekad berubah total. Aku kena kedepan untuk bentuk adab diorang.

Takut sebenarnya sebab banyak cikgu – cikgu sekarang kena saman walaupun sekadar membebel. Sikap budak – budak ni aku dah nampak pada kebanyakan budak – budak sekarang. Tak ke kita takut or risau? Generasi ni nanti akan join masyarakat.

Aku tak sanggup fikir yang masyarakat kita akan terdiri daripada vulgar people. Harap sangat murid – murid aku ni akan berubah dah besar nanti. Apa boleh kita buat untuk ubah semua ni? Aku seru bantuan ibu bapa dalam hal ni.

Didikan awal bermula di rumah. Bentuk anak – anak. Dekati diorang. Tegas dengan diorang. Usaha dari rumah akan sangat – sangat membantu pihak sekolah dan anak – anak ni. Untuk guru – guru baru, stay strong! Salute pada guru – guru lama. Doakan jiwa kami sekuat kalian. – Chegu

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.