Hari pertama kahwin, pukuI 4.30 pagi mak mertua ketuk pintu sampai bergegar bilik selagi tak bukak

Dengan anak yang suka melekat memanjang, mak mertua masih suruh itu ini itu ini, anak dah menangis. Dia suruh buat jugak buat kerja rumah bagi siap waktu tu jugak. Kita ni dah nak nangis tengok anak menangis – nangis nak saya. Aku ni h4mba abdi ke menantu?

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Saya tahu cerita saya ni akan buat semua orang akan kecam saya. Cuma saya tak ada tempat nak meluahkan perasaan. Saya dah berkahwin 4 tahun. Saya kenal husband since sekolah menengah.

Husband saya ada satu per4ngai, kuat badmood. Tapi saya masih tetap terima dia sebab saya ingat orang boleh berubah selepas kawin. Tapi.. tidakk.. Nak dijadikan cerita, sebelum berkahwin, bakal husband pernah cakap “awak mesti terima mak saya seadanya”.

Bila saya dengar macam tu, terdetik dalam hati. Kenapa tetibe cakap macam tu. Selepas berkahwin, Allahuakbar. Baru saya tahu kenapa. Baru hari pertama kahwin, pukuI 4.30 pagi – 5 pagi, mak mertua ketuk pintu bilik.

Okay lagi laa hari pertama, tapi benda keep on sampai hampir 2 minggu. Kalau ketuk jenis yang sopan – sopan slow slow takpe, ni jenis yang ketuk sampai gegar pintu. Kita bangun setiap pagi dengan keadaan meng3jut.

Kakdang – kadang sampai macam kita terus takde mood untuk teruskan hari. Tapi masih bersabar. Oh yaa, Saya bekerja dan belajar PJJ. Kira setiap hari memang saya akan sibuk. Waktu rehat saya cuma tidur malam sahaja.

Kadang – kadang, waktu privasi kami suami dan isteri dalam bilik pun mak dia menganggu. Bila suami cakap “sekejap ya, sekejap lagi kami keluar.” Mak dia cakap, “apa yang susah sangat nak bukak pintu ni! Bukak jelaa!” Sambil marah – marah.

Allah. Kami cakap baik – baik. Takkan nak cakap kami tengah bermadu kasih. Bukan sekali dua ya mak dia buat macam ni, BANYAK KALI. Selagi tak bukak pintu, selagi tu laa pintu tu diketuknya. Kadang – kadang kita lepas mandi pun, dia ketuk pintu bilik.

Kita segan sebab baru nak pakai baju apa semua. Dia suruh bukak pintu bilik. Bila dah buka pintu, mak dia akan cari untuk salahkan saya. Habis satu bilik dia scan tengok. “Tu kenapa baju dalam bakul tak berlipat, dah seminggu dah ke?!”

Allah, baju yang tak sampai 1 hari angkat pun nak jadi isu cari salah saya. Senang cerita, privasi bilik memang takde. Isu kedua. Saya kadang – kadang rasa diri saya ni cuma H4MBA ABDI dalam rumah, bukan menantu. Diarah itu ini, diarah itu ini.

Apa saya buat tu salah, ini salah. Saya tak kisah dia nak menegur, tapi cara teguran dia umpama sindiran. Depan suami saya, dia tak tunjuk apa yang dia selalu buat dekat saya. Bila suami saya takde, dia akan mulakan apa yang dia rasa boleh puaskan hati dia, sindir itu ini.

Untuk 2 tahun pertama, apa yang dia cakap buruk, dia sindir, saya telan. Pendam. Saya balik kerja, tak sempat nak berehat bukak tudung, disuruh itu ini itu ini. Penat dengan assignment menimbun nak kejar deadline tak tidur satu malam esok tu pergi kerja.

Dia tak pernah tanya saya, “penat ke tak? Okay ke tak? TAK PERNAH TANYA. Sebenarnya saya penat sangat. Penat. Saya faham suami saya tersepit antara mak dia dan saya. Saya faham syurga dia bawah kaki mak dia. Cuma kadang – kadang saya perIukan suami untuk saya dapatkan kekuatan saya.

Isu ketiga, apa yang saya dan suami saya nak buat, mak mertua selalu masuk campur. Kadang – kadang saya nak keluar rumah, disoal macam polis tanya penjen4yah. Sedangkan saya dah mintak izin suami nak keluar. Bila saya dan suami nak keluar, mak dia sentiasa nak ikut.

Saya okay je. Cuma kesian dengan bapak mertua yang dah uzur kene tinggal sorang. Saya perasan, mak dia jenis layan suami saya ni umpama RAJA sedangkan dia cuma PUTERA RAJA, tapi dia tak layan suami dia macam RAJA tapi dia nak saya layan anak dia macam RAJA.

Contohnya, setiap kali anak dia dan saya nak makan, dia wajib datang dekat meja duduk sekali tengok kitorang makan. Tapi kalau suami dia nak makan, dia takde buat macam tu. Dulu depan suami saya dia tak berani nak sindir, sekarang depan suami saya dan depan rezeki (tengah makan) dia sindir saya.

Makanan yang masuk dalam mulut saya semua terasa pahit. Tapi suami senyap takde nampak usaha nak bantu backup saya. 3 tahun saya str3ss pendam perasaan, belum ada rezeki anak lagi masa ni. Tapi kerap jugak isu anak mak mertua saya bangkitkan.

Saya dan suami kerap jugak berg4duh. Suami saya, dia suka buat silent treatment kalau berg4duh. Dia akan buat saya ni tak wujud. Bila dia nak saya, dia cari. Bila dia tak nak, dia buat taktahu. Saya jenis tak suka g4duh lama lama, g4duh terg4ntung takde solution.

Saya yang sentiasa rendahkan eg0, sentiasa minta maaf walaupun bukan salah saya. Perit. Saya selalu ajak suami berbincang elok – elok, nak cakap elok – elok, tapi suami tak pernah nak berbincang. Dia teruskan dengan per4ngai silent treatment. Allah.

Bukan sekali dua je, 4 tahun perkahwinan. 4 tahun dia macam tu. Macam mana nak selesaikan masalah kalau tak berbincang. Even dah ada anak pun, masih sama per4ngai. Suami tahu saya tak okay dengan mak dia, jawapan dia cuma, “itu mak saya, syurga saya”.

Ya saya tahu, tapi hati isteri? Anak patung ke? Saya takde perasaan ke? Saya perasan 50% per4ngai mak dia, memang ada dekat suami. T4jamnya lidah mertua dan t4jamnya lidah suami. Saya bukan jenis meIawan, saya senyap, saya telan, saya pendam.

Kalau saya taktahan, saya akan masuk bilik air menangis sepuas hati (waktu suami tidur atau dia takde). Itu je tempat yang saya boleh sorok untuk menangis. Tahun ke 3 perkahwinan, saya dikurniakan zuriat. Dan saya buat keputvsan nak jaga baby sebab masa tu tengah PKP.

Suami saya je yang bekerja. Bayangkan setiap hari ya, setiap hari, mak mertua macam cakap, “kesian ayah kamu kerja sorang”, “kesian ayah kerja cari duit”, “kesian ayah penat kerja”. HAMPIR SETIAP HARI, bayangkan anak saya ni dah 7 bulan, saya dengar benda yang sama.

Dia hanya kesiankan anak dia, bukan anak orang lain a.k.a MENANTU. Oh ya, mungkin sebab bukan anak dia kan. Dulu aku pernah kerja, kenapa tak pernah kesiankan aku penat apa semua? Dengan anak yang suka melekat memanjang, dia masih suruh itu ini itu ini, anak saya menangis, dia suruh buat jugak kerja kerja rumah bagi siap waktu tu jugak.

Kita ni dah nak nangis tengok anak kita menangis nangis nak kita. Allah. Aku ni h4mba abdi ke menantu? Sejak akhir ni, aku macam lost. Aku lost diri aku. Apa aku buat semua tak kene, aku jadi cepat moody, aku dah tak senyum, aku kerap marah, aku senyap je.

Aku rasa nak duduk dalam bilik, taknak keluar. Aku taknak buat apa – apa. Aku lost. Aku burn out. Nak dijadikan cerita, tadi mak mertua suruh saya ambikkan mangkuk, tapi saya terpecahkan mangkuk kaca dia. Mak dia terus “mangkuk kaca tu tinggal satu je”, dengan nada yang ntah laa.

Saya tak boleh nak cakap macam mana nada dia. Saya jadi lagi down. Suami saya perasan sejak kebelakangan ni saya lain. Dia ada tanya, “awak orite tak orite ni? Dengan nada frust. Saya menunduk cakap, “saya okay”

HAKIK4TNYA, AKU TAK OKAYYYY. ALLAH. Saya ingat suami boleh jadi tempat nak luahkan perasaan, tapi tak. Family sendiri jauh. Kat sini saya takde sesiapa. Korang faham tak bila kata – kata sindiran bertahun – tahun kau hadap, kau tak bebas berdikari berdua dengan suami, kau telan semua tu.

Kau pendam. SERIUS STR3SS. Aku str3ss sangat str3ss. Aku nak lari dari rumah. Jauh – jauh. – Seorang isteri yang sentiasa pendamkan perasaan (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Zahra An-Nisa : Lepas kawen kena duduk sendiri.. PENTING!! Kalau marah bagitau, tak ok cakap lah tak ok kenapa cakap ok?? Buat hal sendiri, belajar ignore benda – benda remeh dan tak perlu campur. Cakap bila perlu, buat bila rasa nak buat, hormat pada yang layak dihorm4ti.

Its your body, yourself. Tak ada sape – sape boleh p4ksa tt untuk buat benda yang tt tak suka kecuali diri sendiri yang benarkan. Jaga diri sendiri.. Set your territory.. Jaga your territory.. Sape – sape yang lepasi sempadan pangkah dia dengan bijaksana. Kalau takda yang kacau act macam biasa. Ikut rules ni maka akan kurang segala semak – semak di kepala.

Peah Peah : Suami pun. Ada akal ke tak? Tak kan lah langsung tak boleh fikir, asyik tanya je, s4kit pula hati aku baca. Maaflah kalau aku dah lama lari bawa diri. Tak sanggup diri rasa kena buIi gitu dengan mertua dari ner4ka.

Lantaklah suami tu, nak sangat duduk dengan mak dia. Sebelum aku jadi giIa baik aku selamatkan diri sendiri dulu. S4kit esok bukan ada orang nak tolong, sendiri tanggung. Maaflah aku memang tak bolehlah, kalau aku tak selesa memang aku boleh str3ss level maximum. Sabar apanya, biarkan orang tua tu henyak kita, buat sesuka hati dia. MentaI penat + hati s4kit.

Atie Md Mansoor : Pindah balik rumah parents. Sis bukan orang gaji. Taat pada suami tu wajib tapi suami jangan b0doh sangat p4ksa isteri taat pada ibu dia sekali. Habis parents sis takkan sis tak kesian? Balik la sekali sekala lama – lama sikit. Dorang pun tahu rindu anak. Jangan lembut dan senyap sangat. Nanti tekanan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.