Suami cakap aku hamil anak orang lain, kuat m4in laki sebab tu dia nak kahwin lain. Kitorang jumpa kat kedai makan masa tu. Itulah kali terakhir dia suapkan aku, aku peIuk dia. Aku tahu hati dia dah tak sayang aku. Sebelum masuk dewan bersalin aku merayu suami untuk rujuk semula dengan aku..
#Foto sekadar hiasan. Salam kepada semua pembaca. aku mohon baca confession ni dengan penuh kesabaran sebab cerita ni panjang sangat sebenarnya tapi aku ringkaskan (walau sebenarnya panjang jugak). Aku berkahwin 3 tahun lepas.
Suami aku anak yatim piatu. Last year aku disahkan mengandung masa tu aku baru kerja kat public listed company. Diawal kehamilan suami selalu usap perut aku dan pesan kat baby, “make sure papa ada, baru keluar taw”.
Pendekkan cerita, kandungan aku selalu tumpah d4rah dan doktor nasihatkan untuk bedrest sebab takut keguguran. Setelah berbincang dengan suami, aku berhenti kerja demi anak kami dan suami suruh aku balik kampung sebab dia tak sempat nak hantar lunch everyday (doktor tak bagi drive, masak). Masa tu kandungan aku 4 bulan.
Kemudian masa kandungan 6 bulan aku pergi ke KL ingat nak duduk dengan suami sampai beranak tapi suami suruh aku balik sebab dia outstation. Tapi naluri seorang isteri tak pernah salah. Aku dapat rasa ada sesuatu yang tak kena.
Satu hari, aku jumpa bukti dia memang ada perempuan lain. Dia contact dengan perempuan tu melalui emel masa aku kat KL dengan kandungan 6 bulan. Jadi dalam email tu ada semua tarikh yang dia pegi outstation kononnya, tapi sebenarnya dia pergi bercuti dengan perempuan tu.
Siap dengan panggiIan ‘bakal’ wife. Excited rindu nak jumpa dan macam – macam la. Bayangkan perasaan aku masa tu mengandung 7 bulan dan baca sendiri suami bermesra siap bawa pergi holiday. Sedangkan aku isterinya 3 tahun, susah senang bersama, tak pernah dia bawa ke mana – mana sebab sebelum ni gaji aku lagi tinggi dari dia, aku yang bayarkan kereta dia, belikan motor untuk dia, bayarkan deposit rumah sewa semua.
Betul sesetengah orang cakap, bila dah berkahwin, perempuan boleh redha dengan apa – apa situasi, tapi bila melibatkan perempuan lain, h4ncur hati tu Allah je tahu. Dah kant0i tu, aku emel perempuan tu cakap benda sebenar.
Betina tu cakap dia tak tahu tu suami orang, kalau dia tahu, dia sendiri angkat kaki. Dah kant0i tu, suami aku balik jumpa aku minta maaf dan bertakIik, ‘Kalau aku keluar dengan Ain lagi, jatuh taIak awak’. Masa ni kandungan 8 bulan.
Setiap minggu suami cakap nak pulang ke Kelantan, aku tunggu tapi tak pernah sampai. Ada je alasan kereta problem, hujan lebat sangat, demam, dan lain – lain. Setiap minggu ada je alasan takde duit, jadi setiap minggu aku bank in tapi akhirnya tak balik pun.
Duit yang sepatutnya aku guna untuk anak aku, aku k0rbankan asalkan aku dapat jumpa suami aku. MaIangnya duit tu suami gunakan untuk betina tu. Masa berlalu dan due date aku tinggal lagi seminggu, banyak benda pelik yang jadi tapi aku cuba tutup mata dan anggap tu perasaan aku sebab hamil.
Tapi Allah tak zaIim. Ikhlas aku cakap, aku tak makan, tak tido dan hanya minum segelas susu je sehari sebab terlalu banyak makan hati menunggu suami. Saat orang lain mengandung, dibelai macam puteri, tapi aku, bukan kata nak makan benda mengidam, nak tengok suami yang dirindui, nak dengar suara suami pun tinggal impian.
Masa tu aku mintak dengan Allah satu je, izinkan aku peIuk suami sebelum aku bersalin. Aku tak contact family dia sebab suami cakap family dia tak suka aku dan banyak burukkan aku (sebenarnya dia dah plan semua ni sebab tak nak bagi kant0i).
Tapi takdir Allah, 3 hari sebelum aku bersalin, kant0i segalanya. Allah buka pintu hati aku contact anak saud4ra beIah dia. Maka terbongkarlah segalanya, seminggu lepas dia bertaklik yang akan jatuh taIak sekiranya dia jumpa dengan betina tu, suami bawa betina tu balik kelantan jumpa family dia.
Dia cakap nak kahwin. Dia cakap aku hamil anak orang lain, kuat main laki sebab tu dia nak kahwin lain tapi dalam masa yang sama suami duk contact aku macam takde apa – apa yang jadi. Kalau dia senyap 3 – 4 jam, alasan dia pergi surau atau masjid sebab dah insaf dengan ape jadi yang kant0i hari tu. Konon dia nak dekatkan diri dengan Tuhan.
Takdir Allah lepas aku sekeluarga berjumpa family suami dan dengar segala fitnah dia taburkan dekat aku, malam tu suami balik kelantan, dia cakap kat family dia, dia balik nak rujuk dengan aku. Kitorang jumpa kat kedai makan masa tu.
Tu kali terakhir dia suapkan aku, aku berterima kasih, syukur dekat Allah sebab aku boleh peIuk dia sebagaimana yang aku minta. Aku tahu hati dia dah tak sayang aku. Cara pandang aku pun aku tahu, dia bukan suami aku yang aku kenal selama 3 tahun.
Dia tak lafazkan pun nak rujuk. Terlalu s4kit hati, balik tu aku tidur dengan air mata tapi aku senyum sebab akhirnya selepas 2 bulan aku boleh tengok suami aku depan mata, aku boleh peIuk dia, terima kasih Allah. Pagi keesokkannya aku keluar d4rah tanda dah nak beranak.
Ya Allah, anak aku dengar pesanan ayah dia. Dia tunggu ayah dia untuk keluar. Family bawa aku ke hospitaI, aku masuk labour room suami datang, aku pujuk untuk rujuk masa tu jugak. Dia cakap tak payah fikir, beranak dulu.
Allahu, dalam hati kepala aku masa tu bukanlah anak tapi bertukarnya status dari isteri kepada janda. Benda tu lagi s4kit dari s4kit bersalin. Suami duk main fon je masa dalam labour room. Alhamdulillah anak aku dilahirkan dengan mudah, kejap je dalam labour room,”Doktor, saya dah janda.” tu perkataan pertama yang keluar dari mulut aku berserta air mata.
Esoknya terus aku boleh keluar. Tapi lepas 5 hari kat rumah, ada daging keluar rupanya uri tak habis dan aku kena admit balik. Aku call nak inform aku kena masuk wad, tapi dia tak angkat tapi family dia call dia cakap, dia dengan perempuan tu.
Suami contact aku macam biasa, panggil aku sayang tapi dia tak balik pun tengok aku. Ya, aku tahu cara dia memang dah tak sayangkan aku. Lepas beranak, aku pernah tak layan dia, dia ugvt nak bvnvh diri. Lepas tu hari cukur jambul anak.
Dia balik, dia datang dan sebelum balik tu dia dah janji dengan ayah aku nk rujuk nak duduk elok – elok dan janji nak jaga aku macam dulu. Dan dia bersump4h demi Allah dah takde betina tu. Aku ingat dia betul – betul berubah tapi bila aku check bag dia, aku jumpa dia ada fon lain yang masih berhubung dgn betina tu dan pada hari majlis anak tu, dia cakap kat betina tu yang dia dah lama ceraikan aku dan takde pape dengan aku.
Ya Allah, ape kau nak sebenarnya? Kau pujuk rayu tapi sebenarnya kau masih ada s3tan tu. Aku contact betina tu dia jawab simple, “Padan muka tak pandai jaga suami.” Aku halau suami masa tu jugak, dan lepas tu aku contact sume orang yang rapat dengan suami masa tu.
Astagfirullahalazim, ada orang emelkan video suami dengan betina tu duduk berasmara, siap gambar tak berbaju. Masa tu aku dalam pantang 22 hari, aku terus pergi court. Allah je tahu perasaan masa tu. Tarikh masa tu bulan 5.
Sebelum ni, failkan atas sebab takIik lisan jadi susah nak menang. Sekarang aku tuntut fasakh dia tak pedulikan aku dan anak. Dia berlakon tak habis – habis konon dah takde hubungan tapi dia tak pedulikan pun aku dan anak.
Nafkah dia bagi Rm100 je tu pun kadang – kadang. Dia tak datang mahkamah tapi setiap hari dia akan contact aku walaupun aku block, dia akan email aku berlakon macam takde apa yang berlaku. Ape dia nak sebenarnya?
Doakan urusan mahkamah aku cepat selesai dan terus kuat. Allah je tahu perasaan besarkan anak sorang – sorang. Sebenarnya aku sangat heran ape dia nak sebab cara dia macam tak nak tapi dia asyik contact aku setiap hari, duk panggil sayang – sayang macam takde ape yang jadi sedangkan aku tahu semua yang dia buat belakang aku, sampai ke hari ini.
Dan ya, dia tak datang mahkamah, dia tak kawhin pun dengan betina tu. Tapi dia masih berhubung siap buat supr1se lagi masa birthday betina tu. Anak kat kampung tak peduli. Jujur aku cakap, aku sayang suami aku dan mengharapkan dia berubah walau ape yang dia dah buat adalah sangat – sangat meIampau.
Tapi, yes, mulut dia cakap dia dah berubah dan takde dah perempuan tu. Tapi action speak louder than word. Kita pernah sebantal untuk 3 tahun dah cukup lama untuk saya cakap, saya kenal awak yang sayang saya macam mana.
Dulu kita tak pernah g4duh teruk, semua benda kita bincang elok, tapi lepas kenal betina ni, awak berubah. Dalam sekelip mata disebabkan perempuan yang awak kenal melalui tinder, awak sanggup abaikan isteri dan anak yang awak teruja nak sangat dulu.
Saya doakan awak cepat kahwin, hentikan benda tak sen0noh. Its ok, saya terima, saya dan anak tak mampu bahagiakan awak. Tapi awak berbahagialah dengan cara yang halal dan berhentilah menyiksa hidup saya, tolong datang mahkamah dan ceraikan saya dengan elok. Awak mintak saya dengan family saya cara elok, jadi lepaskan saya dengan cara elok.
Dear Ain,
Thanks for everything you’ve done to me and my baby!!! Now I am husbandless and my baby is fatherless. May Allah give you the best rewards for what you’ve done!
Anak saya tak sempat kenal ayah dia sebab awak. TQ taw Nak mintak pendapat, kalau korang kat tempat aku ape korang akan buat? Ikhlas aku cakap aku dah sangat penat dengan drama ni. Suami duk menyedap kat sana dan aku dig4ntung tak bertali membesarkan anak yang baru lahir sorang – sorang.
Untuk pengetahuan korang, anak saya keluar sebijik muka suami aku. Doakan aku terus kuat dan dipermudahkan urusan. Aku dah penat. – Amy
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.